Kanak-kanak sentiasa kebuluran
Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum...
Sudah 5 hari anak-anak bercuti. Lapar, lapar adalah satu perkataan yang tak asing lagi meniti dibibir kanak-kanak. Kanak-kanak sentiasa kebuluran, yelah sekarang kan musim hujan dan cuti sekolah. Sejuk dan aktif bermain, berlari dan memanjat bersama-sama, bekerjasama menyepahkan rumah, sekejap sahaja perut sudah bermain lagu keroncong dondang sayang.
Ibu, laparlah.
Tak cukuplah ibu.
Muka kanak-kanak, berkerut menahan lapar. Tangan diletakkan diperut tanda kebuluran yang amat, ibarat satu hari tak makan. Rasanya tadi baru lepas makan. Tak sampai 2 jam, rasanya penat ibu pun tak habis lagi. Kanak-kanak merengek lagi minta biskut kali ini.
Tersengih-sengih melihat ibu, membuat biskut. Gigih ibu tanya blogger-blogger yang rajin menempek resepi biskut di blog. Tak kurang juga ibu lihat resepi di facebook. Nasiblah nak, ini zaman ramai yang rajin memberikan ilmu. Itu pun dah berjam-jam ibu google resepi ikut bahan di dapur. Nasib ada, alamatnya, tak siaplah biskut ibu. Apabila adunan biskut sedang dibakar dalam oven, tak sampai 5 minit minta keluarkan. Katanya dah siap. Aih, sungguh tak sabar.
" Ting !"
Oven berbunyi. Kanak-kanak bergegas lari, menghulur pinggan ditangan. Berebut-rebut nak merasa biskut panas dalam oven. Separuh adunan masuk peti ais dahulu. Takut pula, bapak budak kempunan biskut coklat ini. Perangai kanak-kanak, selagi ada selagi tu dikunyah.
"Em, sedap ibu masak. " Aisyah dengan gaya manja dan membodeklah tu.
Ibu hanya tersenyum, sambil kunyah biskut konon merasa, sedap atau tidak. Haih, gemuklah ibu, anak-anak ada di rumah.
Label: Catatan Harian
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama