Khamis, 30 November 2017

Tutorial membaca pembaris inci bah 1.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...



Cara baca pembaris/ tali pengukur dalam inci

Assalamualaikum, hari ini saya ingin berkongsi nota membaca pembaris atau tali pengukur jahitan. Dulu sewaktu saya mula menjahit, saya banyak guna pola baju dari Internet. Cukuplah gila memuaturun segala macam pola, namun tak semuannya mengikut saiz anak-anak saya yang amat kecil molek. Gigihlah, suruh mak dan mak su ajar bagaimana nak buat pola. Agak keliru waktu itu, mak dan mak su  suka sebut suku dan 3 suku sewaktu mengajar.

Waktu itu, saya tak berapa faham nak baca ukuran pada tali pengukur. Agak pelik, waktu itu saya rasa pembaris inci sepatutnya ada  10 sengatan. Rupanya memang pembarisnya hanya ada 8 sengatan. Kemudian, mak ajar cara membaca pembaris inci satu persatu. Rasa rendah diri dengan mak yang tak belajar tinggi tapi ilmunya lagi tinggi daripada anaknya. Hu..hu..memang mak makan garam lebih daripada anaknya. Cuma ilmunya,  sahaja tak diterbitkan dalam buku. Kalau tidak tentu dah berjilid-jild buku diterbitkan.  


  • ·         Perbezaan sengatan pembaris sentimeter dan inci.



Rajah  1

Jika merujuk pada Rajah 1, sengatan pada pembaris sentimeter adalah 10 sengatan kecil berbanding pembaris inci mempunyai 8 sengatan sahaja.  Jadi cara pembacaannya pun berbeza. Setiap satu sengatan kecil pada pembaris sentimeter bernilai 0.1. Manakala, pembaris inci pula satu sengatan kecil bernilai 1/8.




Rajah  2

Bacaan bermula dengan 0, kemudian diikuti dengan:

1/8 inci
2/8 inci =1/4 inci (suku inci)
3/8 inci
4/8 inci=1/2 inci (setengah inci)
5/8 inci
6/8 inci= ¾ inci (tiga suku inci)
7/8 inci
8/8 inci=1 inci

Selain menggunakan pecahan, 1 sengatan kecil disebut juga 1 hoon iaitu 1/8 bersamaan 1 hoon, ¼ bersamaan 2 hoon, jadi 1 inci bersamaan 8 hoon.


Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama