Buat kuih guna ketuhar dari Lazada
Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Hari ini nak kongsi cerita tentang pembelian oven dari lazada. Sudah lama nak beli oven tapi asyik duit tak cukup sahaja, banyak benda penting nak buat. Tahun lepas suami buat kejutan harijadi, beli ketuhar senyap-senyap. Apabila abang posmen hantar depan rumah terkejut campur gembira. Anak-anak pun buat senarai kuih, kek dan biskut yang mereka ingini.
Permulaan biskut yang saya bakar adalah biskut lidah kucing. Ini memang biskut yang anak-anak hajati. Tak sampai 2 hari dah habis. Kemudian saya cuba buat biskut, roti, dan kuih bingka. Alhamdullilah semua menjadi, dan kadang-kadang ada juga tak jadi. Waktu ni memang mencabar dengan perut anak yang sentiasa lapar minta diisi. Kalau beli habis kat celah gigi. Nak tak nak paksa diri belajar buat kuih kan.
Roti hotdog |
Anak-anak makin seronok, makin bertambah la senarai kuih. Ramadhan ni tambahlah kerja baru buat kuih raya, menjahit lagi. Nampaknya kena belajar urus masa lah, ini pun terkejar-kejar lagi. Tiada alasan lagi tak boleh buat kuih.
Biskut Famous Amous |
Kalau nak beli barang memang suka beli di Lazada, setakat ini tiada masalah. Klik je dan bayar, tunggu barang depan rumah. Jangan lupa klik iklan lazada di blog ni ya. Harga pun murah, tak payah keluar rumah tunggu barang sampai je.
Pilih macam-macam oven dekat sini, murah-murah je.
Label: Catatan Harian
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama