Pencil box untuk anak
Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum
Siap 4 keping bekas pensil. Satu saya punya, yang lain untuk anak-anak. Seronoklah anak-anak nampak banyak poket dalam bekas pensil.
" Ibu dah siap jahit, jangan sepah-sepah lagi barang ok. " kata-kata tegas ibu sambil cuba buat muka garang dan menakutkan. Anak-anak kadang dah kebal, buat dek je. Ibu ni kalau bab anak segarang mana tetap akan cair.
Tahun lepas tak sampai sebulan barang lesap, ada yang rosak. Tahun ni kita tengok dan lihat. Walaupun dah siap kotak pencil. Anak-anak tetap mintak pencil box yang kat kedai. Macam-macam alasan diberi. Ibu buat dek buat kebal je. Tabahlah anak-anak, banyak nak jimat. Baik ibu buat je.
Saya ada jual kain ni, kain jappanese cotton bagi yang berminat boleh tengok kainnya di Kain Jappanese cotton. Boleh pilih pelbagai corak menarik, paling minimum boleh request 2 meter. Lagi banyak borong lagi banyak dapat jimat.
Label: Menjahit la pulak
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama