Jumaat, 26 Januari 2018

Si pendiam


Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum




Usai pulang dari sekolah petang, Kina terus mengadu lapar.
" Ibu, Kina laparlah. Tadi kawan tak nak belikan makanan. " muka menahan kesedihan. Ish tercalar betul hati, tengok muka Kina yang menahan lapar dan sedih. Tadi belajar dengan perut berkeroncong.
Alahai siannya, lain betul dengan si kakak. Ramai pula tukang beli makanan. Bagi seringit habis, bagi 3 ringgit habis. Nak tak nak kena rajin buat minum petang. Kina ni hanya kecoh kat rumah. Kalau dekat sekolah mulut tu terkunci terus. Adeh ragam anak.



Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama