Isnin, 15 Januari 2018

tangisan ke tadika.

Teks: bismillahirahmanirrahim..

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Semalam Aisyah buat perangai pelik, tak nak ke tadika. Dah tak seronok macam minggu sudah. Mandi malas, pakai baju macam lambat sangat.

Sampai di tadika, dia ajak ibu masuk kelas sekali, suruh ibu angkatkan kerusi untuk dia. Nak bergerak je, terus dia peluk ibu tak bagi balik. Menangis takut, aih takkan ibu nak belajar sekali.

Cikgu tarik tangan dia, cepat-cepat ibu lari ke kereta. Hati tak leh tisu sangat. Takkan nak bawak balik. Baru datang mood nangis dia. Sebelum ni tak kisah pun, kelakar budak kenit.

Datang ambil Aisyah, cikgu kata nangis sekejap sahaja, Alasan takut ibu lari. Macam-macamlah auta dia. Malamnya, Aisyah cari idea, tak nak pergi tadika lagi.

" Aisyah demamla ibu, cuba rasa dahi Aishah." ditariknya tangan ibu nak rasa dahi. Dahi tak panas pun. Macam-macamlah taktik awak ye.



Aisyah tak puas hati masih lagi bertanya, " Cikgu tahu tak Aisyah demam. " Cantik muka tak nak pergi ke tadika. adui

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama