Ulasan buku Oh, Mudahnya Buat Baju Kurung

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..






Penulis: Yasalma

m/s: 105

Ulasan:

Bagi yang tercari-cari cara menjahit baju kurung yang amat mudah, saya sarankan beli buku ini. Tutorialnya sangat mudah, tiada formula matematik yang rumit. Buku ini mirip seperti cara mak ajar saya. Oleh kerana saya ini jenis suka nota bertulis, barulah faham apa yang mak ajar.

Tapi malangnya, pengukuran dalam buku ini hanya sesuai untuk orang bersaiz S dan M sahaja. Ukuran bahu bersaiz 15", pesaknya hanya untuk orang yang bersaiz sederhana sahaja. Nasib baik hidup dalam dunia google, cari sahaja di internet ukuran pesak budak. Sempatlah siap baju kurung sekolah anak tahun ni. Banyak jugak siapkan bajunya lebih kurang 6 helai termasuk 8 helai kain.


Bagi saya buku ini lengkap menerangkan satu persatu cara buat kurung dengan mudah. Antara isi kandungannya:


  1. cara ambil ukuran badan
  2. Cara mengunting kain mengikut ukuran
  3. Cara menjahit baju satu persatu bermula daripada kekek, pesak hinggalah cantum badan dan tangan. 
  4. Cara menjahit poket.
  5. cara menjahit kain susun tepi.
  6. Tips supaya baju tak terjongket. 
  7. Terdapat acuan leher untuk leher baju dewasa. 

Terima kasih buat penulis buku ini, saya siapkan baju kurung anak dengan cepat dan pantas. Seronok juga mata melihat anak pakai apa yang saya jahit. 



Jika berminat nak beli kain pasang buat baju kurung boleh  tengok kainnya di Kain Jappanese cotton. Boleh pilih pelbagai corak menarik, paling minimum boleh request 2 meter. Lagi banyak borong lagi banyak dapat jimat. 




Ulasan