Isnin, 26 Februari 2018

Perjumpaan keluarga Haji Yasin yang meriah.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum..



Pada 17 Februari yang lepas, hari sabtu, Raya Cina merupakan perjumpaan kali pertama cucu cicit Haji Yassin. Cuti sekolah yang panjang, merupakan satu peluang untuk berkumpul dan berkenalan sesama sendiri. Satu perkara yang paling dirisaukan generasi tua, generasi muda tak mengenali  sanak saudara sendiri apabila generasi tua sudah tiada kelak. Sewaktu raya pun tak semua akan balik berjumpa dengan semua sanak saudara jadi dengan adanya perjumpaan ini, diharap dapat mengukuhkan dan mengeratkan silaturahim antara saundara mara terutama yang jauh diperantauan.  Harapannya lepas ni kalau jumpa di tepi jalan bertegur sapa lah ye. Ha..ha.. 

Generasi tua Keluarga Yasin


Keluarga cucu cicit haji Yasin kini sudah sampai kepada generasi ke 5. Kira-kira terdapat seramai 400 orang dalam keluarga Haji Yassin. Hampir separuh daripada Keluarga Haji Yasin dapat hadir pada perjumpaan kali ini. Itu pun sudah memenuhi 2 khemah, yang tidak dapat hadir mempunyai program dan kesulitan masing-masing. Bertempat di perkarangan rumah penganjur Haji Adenan. Keluarga kami banyak berkumpul di Bukit Tempayan Melaka. Generasi tua yang banyak berkumpul di sini. Kalau raya memang meriah berkumpul berjumpa sanak saudara. 




  • Sesi memperkenalkan diri setiap anggota keluarga. 


Hanya sebahagian yang mengambil gambar, kalau tak mesti tak muat dalam gambar ni. Cucu cicit pun dah ramai. Program pagi dimulakan dengan kata-kata aluan  tuan pengerusi dan jamuan sarapan. Sambil itu diselang selikan dengan cabutan bertuah dan program beramah mesra bersama dengan semua ahli keluarga. Setiap sorang akan memperkenalkan semua anggota keluarga masing-masing dan tempat tinggal masing-masing. Satu persatu keluarga kecil, bukan keluarga besar ya. Program kali ini lebih menumpukan beramah mesra sesama keluarga. Dan saya akui ada yang saya tak kenali terutama apabila sudah berkahwin jarang pulang ke Melaka. 


sesi memperkenalkan keluarga masing-masing


Sesi memperkenalkan keluarga masing-masing



  • Cabutan bertuah
Yang paling ditunggu-tunggu waktu cabutan bertuah, tapi saya tiada rezeki kali ni ya. Wajah-wajah tersenyum riang penerima cabutan bertuah, besar juga hampernya. Mana tak tersenyum riang, yang tak dapat tunggulah perjumpaan akan datang. hu..hu. 




Selepas itu turut diselitkan permainan teka teki daripada Tok Su. Antara teka teki yang paling saya ingat, antara banyak-banyak sakit, sakit apa paling sakit? 

Jawapannya sakit tengkuk, maksud "paling" kalau dalam bahasa kampung memusing kepala. Kalau paling leher mesti tengkuk sakitkan. 


Kemudiaannya, program dihentikan untuk makan tengahari dan solat zuhur. Sekitar 2,30 program di mulakan semula. 
  • Aktiviti permainan 
Permainan dimulakan dengan permainan paling popular permainan rebut kerusi, tiup belon sampai pecah. Yang kalah pun dapat hadiah cenderamata atau coklat. Permainan ni dibahagikan kepada kategori budak-budak dan dewasa. Sekadar suka-suka, semuanya terutama atuk dan nenek saudara memberikan kerjasama yang cukup baik dalam permainan. Permainan musang berjanggut pula diadakan untuk nenek-nenek saudara sahaja. Semuanya "sporting " habis, tak kisah walaupun kena buli ye. 











Permainan musang berjanggut. 




Program tamat hampir pukul 6 petang, harapannya perjumpaan keluarga seterusnya lebih banyak hadiah dan program-program yang menarik. Harapannya juga penyertaan lebih ramai supaya lebih ramai yang dapat dikenali. Umur panjang kita berkumpul lagi. Terima kasih daun keladi. 





  

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama