Nanti Ecah Mati

Teks:  Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum, malam tadi teringin nak makan kuih bakar ni. Resepi diambil daripada blog Azzie Kichen. Anak-anak cukup seronok, tolong mengacau menyiapkan bahan-bahan seperti air pandan, mengisar bahan dalam mesin pengisar. "Whisk" pula hilang tanpa dikesan, pasrah jelah guna mesin pengisar bawang.

Sudah siap semua sebati dan ditapis, proses pembakaran bermula. Paling lama 40 minit baru betul-betul masak. Anak-anak dah tak sabar, kuih bakar masih dalam oven. Terkinja-kinja anak dara nak makan kuih bakar. Pertanyaan dah siap ke belum akan ditanya sampailah kuih masak. Seronok betul tunggu kuih depan oven. 

Aisyah: Tak siap lagi ke? 
Ibu : Belum, tak masak lagi.
Aisyah: Ala, nanti matilah Aisyah. Lapar sangat
ni.
Ibu : Tak pernah lagi orang mati sebab tak
makan kuih bakar Ecah oi.

Siap sahaja kuih bakar dimasak.

Aisyah: Sedapnya kuih ni, pandai ibu masak.

Pandai bodel ibu ya, sejuk hati walaupun kuih tak cantik macam kat kedai.




Ulasan