Sabtu, 21 April 2018

Zaman kecil yang kita lupakan.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim

Anak-anak ini masa kecil memang nakal. Almaklumlah, orang tengah belajar nak hidup. Macam-macam kesilapan yang dibuatnya. Kadang-kadang, dah tak tahan minta pendapat mak. 
Perbualan dengan mak tentang anak-anak @ cucu mak.
DY: Mak, anak dila makin nakal. Macamana ni?
Mak : Macam tulah, kau waktu kecil dulu. Nakal sangat pastu kuat melawan.
Rasa macam masa kecil baik sahaja. Cikgu pun selalu cakap saya baik sahaja. Zaman kecil tak semua kita ingatkan. Tapi, mak akan ingat banyak tentang kenangan manis, nakal kita dengan mak. Nak kumpulkan semua memori, dialog yang nakal, baik dan lucu dengan anak-anak. Jadi peneman, masa anak-anak sudah sibuk dengan kehidupan masing-masing.

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama