Khamis, 16 Ogos 2018

Ibu tak sayang kina

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Anak-anakperempuan jiwanya lebih sensitif berbanding lelaki. Bercakap lebih banyak berbanding lelaki. Ini perbandingan antara anak perempuan dan anak buah lelaki. 
Anakku, cenderung menterjemah perasaan melalui pemberontakkan dan percakapan. Apa sahaja tak puas hati terus diutarakan pandangannya. Tiada belok dan kiasan. Adakala, perangai ini sangat bagus. Bukan apa kadang-kadang kita tak perasaan cara kita terlalu kasar dengan mereka. Lagilah, hati perempuan sangat lembut seperti tisu. 
"Ibu, sayang Kina." sambil peluk Kina dan cium di pipinya.
"Tipu, ibu sayang Aisyah je."
Kalau Aisyah yang dipeluk dan dicium, si kakak dan Kina akan menarik muka masam. Aduilah anak, itu nak minta adik lagi seorang. Cemburu tak bertempat. Kalau Si Aisyah tak boleh langsung orang memuji kakak-kakaknya terus makan hati. Semua pujian dan kasih sayang untuk dia. Kadang-kadang, kita tak perasaan pun anak dah besar tak perlu dicium seperti budak kecil. Tapi mereka tetap mahukan perhatian. Yelah, asyik kena marah. Kadang-kadang tak cakap pun terima kasih kalau mereka menolong. Tak beritahu pun kita sayang mereka. Perlu luahkan betapa berharganya mereka dimata kita. Supaya anak-anak sentiasa tahu betapa sayangnya kita pada mereka. 

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama