Kait alas meja akhirnya.
Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum
Hari tu, punyalah ku godek youtube, idea mahu mengait alas sofa. Tapi, benang pun tak cukup, ini sahaja hampir 5 buku benang sudah ku kait. Jadi dengan rasa yang sedih, terus kait alas meja. Insyaallah ada rezeki kait alas sofa pula.
Paling suka kait "granny square" sebenarnya kita boleh hasilkan pelbagai bentuk melaluinya. Antara hasil yang kita boleh buat daripanya ialah beg, bola kait, dan terkini saya buat alas meja. Alas meja pun boleh dikait dengan pelbagai patten hanya menggunakan "grany square' asas ni. Jadi, kalau anda adalah seorang yang baru lagi menceburkan diri dalam kaitan, apa kata cuba paten ni. Patennya berulang-ulang, dan mudah difahami.
Mengait ini sangat menyeronokkan apabila hasil sudah depan mata, hilang sudah sakit dijari dan tapak tangan ku.
Label: Catatan Harian, catatan pengalaman
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama