Siap tapi comot

Teks: dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Assalamualaikum, hari ni berjaya siap jahit baju Cik Aina. Kain daripada japannese cotton, lega siap sudah. Comot, tak cantik macam kat kedai. Biarlah, kena buat banyakkan latihan lagi lepas ni. Nak pula, latihan siapkan kerja dengan karenah dan nak uruskan rumah tangga. Siapkan sahaja sambil pekakkan telinga.
Apabila belajar melalui internet ni tak sama macam kita belajar dengan guru. Setiap satu bahagian perlu rujuk dengan cikgu youtube. Design ni belajar daripada cikgu youtube daripada India. Gigih fahamkan apa dia cakap.
Tang pinggang pula daripada cikgu facebook. Nak buat reben pun terhegeh-hegeh cari dekat facebook. Akhirnya siap juga bajunya dalam masa 2 hari. Tak termasuk iklan-iklan anak dan suami. Duduk rumah masa kita banyak dimiliki orang lain. Kena pandailah cari masa.
Kain jappanese cotton ni banyak corak, bukan corak ni sahaja. Boleh pilih di fanpage Hobi menjahit. Cantik-cantik semuanya.


Ulasan