Sabtu, 15 September 2018

Membawa anak kecil ke hospital

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum


Teringat kata-kata seorang doktor klinik sewaktu membawa Sara ke klinik.

"Awak bawa anak awak 4 orang sekali datang klinik, kesian."

Aku senyum je mendengar, hanya nak bawa kakak ke klinik dalam tempoh satu hingga 2 jam tahan jelah karenah anak-anak. Malas nak menyusahkan orang.

Kadang-kadang, kita tengok orang bawak anak ramai ke klinik. Yelah, bukan mudah orang nak tinggalkan anak dalam jagaan orang lain, lagi pula kalau seorang surirumah. Hati tak senang kalau anak tiada depan mata.


Maaf doktor yang menulis di buku Cakar ayam Doktor, meninggalkan anak kecil di rumah lagi bahaya jika tidak dibawa sekali hospital. Tak semua orang ada tempat untuk tinggalkan anak sebentar. Saya memang akan bawa anak ke mana sahaja malahan ke pasaraya. Sekarang ni, biasanya saya terpaksa bawa bersama suami. Tak semua orang ada kemudahan untuk tinggalkan anak. 



Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama