Review Filem Toilet (bollywood)

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Hanya kerana tandas seorang wanita, Jiya  nekad menuntut cerai daripada suaminya, Keshav walaupun baru beberapa bulan berkahwin. Kerja gila namanya, tapi hakikatnya kalau perlu menahan hajat daripada pagi hingga ke tengah malam semata-mata nak membuang di kawasan semak yang jauh daripada rumah. Pergi ke semak pun, secara berkumpulan. Memerut pun  sambil menghadap antara satu sama lain.  Sanggupkah anda? Jiya merupakan graduan universiti sudah terbiasa memiliki tandas sendiri di rumah ibu bapanya, menuntut suaminya membina tandas dalam rumah.

Namun dihalang oleh bapa mertuanya kerana menganggap tandas adalah sesuatu yang kotor terasa jijik jika dibina di dalam rumah. Tapi tidak mengapa jika lembu membuang najis di hadapan rumahnya dan membuang air merata-rata tempat. Bapanya merupakan seorang sami yang sangat tegas dalam agama dan budaya mereka. Bukan sahaja bapanya menghalang malah seluruh kampung menentang. Bantuan untuk membuat tandas digunakan penduduk kampung untuk membina kedai jahit, dan kandang kuda dan membayar perkara yang tiada kena mengena dengan tandas. Apabila dia mahu memohon membuat tandas awam di kampung juga memngambil masa hampir satu tahun dia nekad membina tandas sendiri. Namun, bapanya bertindak merobohkan tandas tersebut.

Apabila sudah putus asa, Jaya dan Keshav bertindak memohon penceraian di mahkamah. Tindakkan mereka mempengaruhi kaum wanita di kampung mereka untuk turut menuntut cerai beramai-ramai sebagai protes kerana tidak membina tandas di kampung mereka. Penceraian mereka tidak diluluskan kerana permohonan membina tandas awam di kampung mereka diluluskan. Bapa Keshav juga bersetuju untuk membenarkan pembinaan tandas di rumah mereka kerana nenek Keshav telah menggunakan tandas tersebut akibat tidak mampu berjalan ke kawasan padang untuk membuang air.

Cerita ini diambil daripada kisah benar daripada Anita Narre pada tahun 2011  yang bertegas mahu berpisah jika suaminya tak mahu membina tandas untuk kegunaannya. Selang 8 hari kemudian, dia kembali semula ke rumah suaminya apabila suaminya berjaya mebuat tandas untuk dia. Kuasa rajuk wanita ini bukan sahaja berjaya membuatkan suaminya membina tandas di rumah malah membuka matahampir kesemua penduduk kampungnya membina tandas. Hebat juaga kuasa merajuk wanita ni. ha..ha..



Ulasan