Isnin, 10 September 2018

Review Kisah Padman

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim..


Niatnya hanya satu untuk memastikan isterinya, Gayatri tidak memakai kain buruk sebagai pengganti tuala wanita ketika haid. Namun niat sucinya untuk membuat sendiri "pad" iaitu tuala wanita yang murah dikeji hanya kerana dia seorang lelaki. Bayangkanlah, harga sebungkus "pad" cukup mahal berharga 55 rupee, cukup mahal sehingga ramai kaum wanita di India tidak mampu membelinya. Mengikut logik akal para wanita, siapa yang tidak malu jika seorang lelaki memberikan "pad" percuma kan. Namun, gigihnya Laksmikant bereksperimentasi untuk menghasilkan pad yang dihasilkan daripada kapas biasa dan kain muslin supaya setanding dengan "pad" mahal yang dijual di kedai.
Akibat tak puas hati, dia membuat eksperimen ke atas dirinya menggunakan darah kambing yang diisi dalam kantung bola sepak sebagai uterus palsu dan memakai pad sepanjang hari. Tanpa disedari seluarnya ditembusi darah, dan dia bergegas terjun ke dalam sungai dan mencemari sungai tersebut dengan darah kambing. Kemuncak cerita ini, apabila dia dihalau keluar daripada kampung kerana digelar gila seks dan isterinya lari kembali ke pangkuan keluarga. Namun, dia tidak putus asa dan berjaya mencipta mesin membuat pad . Dia akhirnya berjaya memenangi pelbagai anugerah hasil inovasinya mencipta mesin membuat pad yang sangat ringkas dan tidak memerlukan penggunaan elektrik seperti mesin automatik di kilang gergasi. Padnya mula diterima ramai, dengan bantuan seorang wanita bernama Pari yang banyak menolongnya untuk menjual dan memasarkan pad keluarannya kepada kaum wanita. Sehinggakan ramai orang menempah mesin buatannya untuk menghasilkan sendiri produk tuala wanita yang murah.
Cerita ini bersandarkan kisah sebenar seorang lelaki yang miskin bernama Arunachalam Muruganantham untuk mencipta pad yang murah untuk isterinya supaya boleh menggantikkan kain buruk yang dipakai ketika haid. Lakonan bersahaja Akshay Kumar nampak bersahaja memberikan cerita ini nampak lucu dan menarik ditonton.



Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama