Sabtu, 15 September 2018

Ulasan buku Cakar Ayam Doktor

Teks: Dalila Yusof
Assalamualaikum dan bismillahirahmanirahim..

Catatan 16/9/2018

Assalamualaikum, selamat pagi ahad. Selamat bercuti dan semoga sentiasa ceria dihari cuti. Hari khamis lepas pergi menukar buku di perpustakaan desa. Bagusnya banyak buku baru di perputakaan ini setiap sebulan. Belek punya belek jumpalah buku Cakar Ayam Doktor.
Buku ini merupakan himpunan cerita kehidupan dan pengalaman beberapa orang doktor dan seorang dietetition di hospital disulami pelbagai tips berguna untuk kesihatan dan perubatan.
Antara topik hangat yang dicoretkan disini banyak berkisar keengganan pesakit menelan ubat hospital walaupun sudah tahu menghidapi penyakit kronik menyebabkan mereka menjadi bertambah sakit dan parah. Ada yang kena stroke dan ada juga yang koma angkara kedegilan mereka. Sememangnya ubat doktor bukanlah menyembuhkan tapi melambatkan proses kerosakan organ badan.
Jom beli kain silk murah je
Salah satu coretan yang paling terkesan apabila doktor seringkali dicerca dan dipersalahkan apabila berlaku sesuatu yang diluar kawalan terutama kematian. Namun, jarang juga yang memberi penghargaan dan ucapan "terima kasih" walaupun rawatan diberi memberikan kelegaan. Lepas ini, kena selalu ucap terima kasih pada doktor dan kakitangan hospital yang merawat kerana mereka juga manusia  juga mahukan penghargaan.
Kakitangan hospital memang suka membebel dan garang belaka, yelah mana taknya menghadap ratusan pelbagai perangai pelik dan emosi negatif pesakit setiap hari. Kalau kita, mampukah tersenyum sepanjang hari. Buku yang sangat bagus untuk memahami kehidupan doktor dan kakitangan hospital. Bacalah ada yang kelakar dengan perangai pesakit yang bermacam ragam terutama sewaktu memohon mc. Ada yang serius terutama bab mengambil ubat-ubatan. Ada yang sedih terutama ketika menghadapi kematian pesakit. Baca dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.
Jom beli kain silk murah je

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama