Rabu, 19 September 2018

Kenangan durian.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..


Durian..durian, waktu kecil dulu hantu betul dengan durian. Paling seronok waktu musim buah-buahan, yelah duduk di kebun buah durian dan rambutan. 

Paling seronok waktu pagi kutip durian yang tergolek di tanah. Setakat kopek buah durian pakai parang, senanglah sangat. Tengok je ayah kopek buah durian banyak kali, dah pandai tiru. Pagi durian, petang durian, malam pun durian nasib tidur pun tak mimpi durian. Sampai demam, makan durian bercampur rambutan.

Dulu-dulu, sampai dah muak makan durian. Durian berlogok dan membukit walaupun makanlah banyak mana. Rezeki terlalu banyak sampai boleh dibuat jual dan diagihkan kepada saudara mara. Yang rasanya masam mak akan simpan buat tempoyak.

Macam-macam boleh buat dengan durian, bubur durian dan kuah durian. Syurga rasanya, tahun ni dapat juga makan durian tapi tak dapat tanding durian kat kampung. Kalau dulu boleh bawa sekarung guni sekarang boleh makan 4 biji je. 




Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama