Peminta sedekah dan bukunya


Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum..

Peminta sedekah dan bukunya
"Assalammulaikum, saya datang nak kutip derma." tangannya memegang pen dan buku. Ada beberapa not biru dan hijau ditengah bukunya. Hebatnya dia sangat bersistematik menulis setiap duit sedekah yang diperolehi.
"Maaf saya tiada duit ditangan." duit ditangan memang cukup untuk bagi anak belanja sekolah petang nanti. Alasanku membuatkan dia pantas berlalu pergi. Sebenarnya malas nak bagi, lelaki ni memang selalu minta sedekah dengan alasan anak sakit. Kalau dah beri risau dia datang lagi dan lagi.
Pagi-pagi, pintu akan ditutup rapat, tingkap tak dibuka. Dahulu ada seorang lelaki datang mahu meminjam duit alasannya tiada duit nak makan dan motor rosak. Alasanku tiada duit ditangan cepat-cepat dia pergi. Pakainannya terlalu kemas, rabut tersisir rapi, sempat pula mengemaskan diri sebelum meminta duit pada orang. Yang datang kebanyakkan lelaki, waktu pagi dan tengahari, waktu orang lelaki pergi bekerja.

Ulasan