Buku biografi pengasas jenama Siti Khadijah.

Teks: Dalila Yusof 

Bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum..

Buku yang sangat bermotivasi untuk dibaca terutama usahawanita. Beliau hanyalah surirumah biasa sahaja mengasuh dan mendidik anak-anak di rumah. Buku ini menceritakan pengalaman hidup beliau yang lahir daripada keluarga miskin. Kemudiannya, perkahwinanlah yang membawa beliau keluar daripada kepompong kemiskinan.
Daripada surirumah yang biasa beliau mengorak langkah membuka bisnes telekung Siti Khadijah, bagi menyediakan telekung yang selesa dipakai ketika solat. Telekung dipasaran agak sukar memenuhi citarasa beliau yang sangat teliti mahu terbaik ketika melakukan ibadah solat. Jika mahu keluar berjalan mahupun ke kenduri kita berdandan cantik dan menawan daripada hujung rambut ke hujung kepala, kenapa tidak sedemikian apabila mengadap Ilahi.
Adakala telekung sudah cantik bersulam dan kemas, namun nipis dan jarang. Beliau mahukan fabrik yang selesa, sedap dipakai dan menyerlahkan kecantikan si pemakai. Oleh itu, beliau akan memperbaiki telekung yang dibeli untuk keselesaan sendiri.
Terdapat pelbagai tip perniagaan yang diberikan dalam buku ini boleh dimanfaatkan kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Antaranya betapa pentingnya mempromosi produk dalam media elektronik. Medium media elektronik ini sangat membantu meluaskan pemasaran produk ke seluruh negara. Sampai tak menang tangan dibuatnya.
Tip yang lain pula, beliau sangat menekankan kerja keras diawal mula bisnes.
"Apabila sudah memilih untuk mencari rezeki dengan berniaga, kita perlu bersedia untuk bekerja 24 jam sepanjang minggu. Namuun, apabila bisnes makin selesa , kita boleh bergerak
secara mobile dan tidak perlu berada di pejabat atau butik 24 jam. Di mana-man sahaja kita boleh mendapat idea dan tidak terbatas di ruang pejabat semata-mata. "
Tidak dinafikan kesusahan hidup waktu kecillah yang banyak membantu beliau kebal untuk maju dalam bisnes telekung ini.


Ulasan