Rabu, 7 November 2018

Merempit buat kerja rumah

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..


Kadang-kadang orang suruh kita melakukan kerja waktu anak tidur. Entah apa yang membuatkan anak ni, gemar terjaga apabila kita tiada disamping mereka walaupun waktu malam. Puas sudah bagi makan yang banyak, susu berbotol-bbotol. Nampak sudah mengantuk, mereka tetap tak mahu tidur.

Saya yakin inilah antara salah satu punca tekanan buat surirumah. Suami pula jenis tak berapa faham dengan masalah isteri dan karenah anak-anak. Jenis yang mahukan semua terletak sempurna dan cantik. Ini yang membuatkan isteri depresi kecuali suami menolong. Malangnya, si suami kaki mengkritik dan tahu membebel sahaja.

Memang lumrah anak kecil memang begitu terutama fasa mereka sangat rapat dengan kita dalam usia selepas lahir hingga 2 tahun. Waktu fasa ini terutama anak sulung, anak memang kuat menangis walaupun  sudah diberi susu, diberi makan. Bayikan sudah biasa dengan kita 9 bulan dalam perut, dalam keadaan yang sangat rapat dan sentiasa mendengar dengup jantung ibunya.tiba-tiba, mereka sudah tidak mendengar jadi mereka ketakutan.

Mereka mahu kita berada disamping mereka, duduk rehat-rehat. Mereka riang bermain sendiri, kadangkala nyenyak tidurnya. Senyap-senyap kita bangun, apabila kita tiada di sisi mereka melalak. Pada waktu ini jangan kita terlalu taksub dengan kesempurnaan. Rumah sentiasa bersih, anak kecil mengikut jadual. Kelak kita menjadi tertekan dan depresi.

Iklan ini bukan hanya daripada bayi sahaja malahan kanak-kanak dan bapa budak. Kalau waktu cuti sekolah ada sahaja mahu mencuri perhatian malahan asyik kelaparan. Yang banyak bekerja ibunya tapi yang kelaparannya mereka.


*Merempit buat kerja di rumah 

Pada peringkat ini, yang penting adalah kelajuan bukan kesempurnaan. Biar otak biasa dengan kerja yang perlu dibuat. Bekerja dengan sangat laju memberi kesan pada otak untuk menerima perubahan disekeliling kita.  Ibarat kata pepatah , Alah bisa, tegar biasa. Sudah biasa kita takkan rasa apa-apa.

Belajar bekerja dengan pantas walaupun nampak lintang pukang. Lebih baik daripada mahu sempurna tapi satu pun tak jalan kerana sibuk mencari tips terbaik di internet. Buat kerja rumah jangan terlalu berfikir panjang. Sudah biasa  kita makin cekap uruskan rumah tangga.

Tabiat baru perlu diulang-ulang beberapa kali barulah menjadi tabiat, bukan dengan menunggu masa sesuai. Terima hakikat kesilapan demi kesilapan akan berlaku. Namun, semakin hari semakin kita menjadi lebih baik dengan mempelajari setiap kesilapan yang berlaku. Apabila kita berlatih melakukan kerja dengan pantas, tanpa kita sedari kita menjadi 2 kali lebih pantas daripada sebelum ini. Dan kita akan menjadi ketagih apabila melihat pencapaian dan hasil yang kita perolehi.

Lagilah zaman mee segera ini, semuanya perlu dilakukan pantas kalau tidak kita akan ketinggalan jauh ke belakang daripada orang lain. Orang lembap selalu diperlekehkan. Cubalah, jangan terlalu banyak berfikir dan tutup mata. Jalan terus ke hadapan.

Hidup kita apabila  sudah mempunyai anak dan keluarga, tanpa kita sedari hanya tinggal berapa tahun sahaja untuk menikmati hidup di dunia. Buat apa kita rehat terlalu banyak, konnonya tak mahu menghadapi risiko dan takut gagal. Tapi banyak impian kita tertinggal di usia muda. Takut kita meninggalkan dunia dengan penyesalan yang tak terhingga. Misalnya, jika usia sudah mencapai 30 tahun, lagi 10 tahun akan mencecah 40  tahun. Lagi 20 tahun sudah mencecah usia 50 tahun. waktu itu, jika pada usia muda banyak berehat. Maka, badan akan cepat lemah dan tak bertenaga. Pulunlah bekerja keras waktu muda ni dan jangan leka lagi.


Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama