Selamat Hari X-Ray 2018

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..





Hari-hari melihat orang sakit daripada pagi sehingga petang. Ada yang ucap terima kasih, ada yang terlupa dan tak kurang juga masam mencuka. Ada yang kemalangan terputus kaki, kehilangan bayi, melihat muntah dan darah. Rasa macam seriau mengenangkannya. Kalau membaca dan melihat dah pening kepala. Inikan hari-hari menghadap.
Adakala, melayani karenah kanak-kanak yang sakit ketakutan mengambil gambar x-ray.
"Senyum ye, kita nak bergambar dengan upin ipin ni." Senyum lebar budak kecil lagak gambar dirakam sedangkan ambil gambar tangan je.
Melayani karenah pesakit yang segalanya mahu pantas sahaja. Sedangkan ramai pesakit sudah lama menunggu.
"Saya dah menunggu hampir satu jam." sambil membentak-bentak di kaunter hadapan lagak macam VVIP.
Selamat Hari Juru Xray sedunia hari ini, semoga sentiasa cekap dan sabar dalam menjalani tugas.

Ulasan