Darjat Surirumah
Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..
Surirumah dihenyak, dihina semahunya hanya kerana tiada jawatan seperti wanita lain. Tidak bergaya seperti perempuan bekerjaya. Selekeh tak terurus mengejar anak sana sini.
Sebenarnya cara kita berinteraksi dengan penghinaan orang sekeliling akan memberi impak kepada kehidupan kita. Adakah kita jatuh terduduk atau tetap berdiri dengan keputsan kita menjadi surirumah. Cuba kita lihat bagaimana orang bekerja bertahan dalam pekerjaan mereka. Tetap juga ada penghinaan dan caci maki tapi mereka tetap teruskan kerja dengan cekap dan baik. Pendek kata ada hasil dalam setiap pekerjaan mereka.
Kita sebagai surirumah apa hasilnya? Anak-anak terdidik dengan baik, rumah tangga terurus. Mungkin kita masih tak cekap, masih ada kelemahan disana sini. Lama kelamaan kita makin cekap. Kritikan orang ni jangan jadikan satu yang melemahkan, tapi jadikan satu rujukan untuk kita jadi lebih baik. Bukan terus buat tak tahu sahaja. Yang penting berdoa sebanyak mungkin pada DIA yang satu. Semoga darjat kita sebagai surirumah diangkat tinggi di sisi Allah S.W.T. Itu yang penting sekali.
Jom dapatkan buku REZEKI LUAR BIASA SURIRUMAH. pm saya di dalilayusof untuk mendapatkan buku kumpulan pengalaman surirumah.
Label: Catatan Harian
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama