Jumaat, 11 Januari 2019

Salah faham ajaran ibu.

Teks: Dalila Yusof
Bimillahiraminirahim..

" Ibu dah siap masak ni, jangan banyak rungutan. Makan je apa yang ada. Kalau kita bersyukur dengan apa yang ada Allah akan bagi lebih lagi. Jangan kritik makanan, itu rezeki yang ada. " Pesan aku setiap kali makanan terhidang.
Anak-anak bersifat memilih. Tak boleh makan ayam berhari, lauk mestilah berbeza setiap hari. Hari ini nak ikan, esok nak daging, tulat nak ayam, langkat nak sup telur.
Dan hasil pemahaman pesanan daripada aku, anak-anak sudah pandai membodek.
" Sedapnya ibu masak, macam hotel 5 star. "
" Tak sedap makanan ni, tapi makan jelah Allah yang beri
rezeki. "
" Sedapnya ibu masak, tapi masin sedikit, "
Tapi jamahnya sedikit sahaja. pujinya berlebihan.

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama