Rabu, 30 Januari 2019

Surirumah kacukan robot

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Surirumah kacukan robot dan manusia

Saya : Bagus tuan, sudi beli buku ni. Tak ramai lelaki nak dapatkan buku ni. Boleh kongsi untuk siapa buku ni ya?

Tuan M : Oh, saya nak hadiah untuk isteri.

Saya : Tahniah tuan. Bagus suami prihatin macam ni. Boleh saya tahu kenapa nak hadiahkan pada isteri?

Tuan M : (Ketawa). Sebagai penghargaan pada dia. Wanita surirumah macam kacukan robot dan manusia. Semua kerja dia boleh buat :)

Sejuk hati saya baca. Saya kira ia sebagai tanda memahami dan menghargai isterinya.

Betul tu, isteri ni boleh jadi robot. Surirumah sepenuh masa tidak pernah cuti dan berhenti. Tangan macam sotong. Kalau isteri bekerja lebih-lebihlah lagi. Awal pagi dah ready siapkan anak ke sekolah. Siap ada yang buat bekal hari-hari.

Balik kerja, terus ke sinki menyinsing lengan, beri salam pada ikan dan sayur. Tak sampai setengah jam dah siap hidangan malam hari. Fuh!

Ya, tuan-tuan para suami ini salah satu cara yang boleh buatkan hati isteri bahagia. Bila bahagia, macam-macam isteri boleh buat. Senyum memanjang dari ruang tamu hingga ke dapur.

Dia punya terawang-awangan bila suami buat macam ni mahu tahan berbulan lamanya. Hihhihi

Apa pun antara keistimewaan buku ini ia soal rezeki, antara perkara utama yang menyatukan pasangan suami isteri. Susah senang sama-sama melayari bahtera rumahtangga.

Semua kisah benar.
Kisah bagaimana penulis suri peroleh rezeki rumah percuma.
Kisah cek bernilai RM1500 datang tiba-tiba selepas berhenti kerja.
Kisah tunai umrah di saat hutang keliling pinggang
Kisah uncang duit dicuri, tetapi duitnya masih ada asbab amalan doa dan sunnah nabi
Dan banyak lagi kisah rezeki ajaib yang lain.

Secara peribadi saya lihat konsep 'believing is seeing', kita bersangka baik dan percaya sesuatu seperti kita sudah memilikinya. Jangan takut dan risau dengan rezeki Allah yang sangat berkelimpahan

Optimis mengenai rezeki Allah.

Harapan kami moga ia ada manfaat buat pembaca.


Label:

2 Ulasan:

Di 31 Januari 2019 pada 2:16 PG, Blogger mrhanafi berkata...

menarik pulak buku ini....

kalau ada jumpa mau juga sembat satu

 
Di 1 Februari 2019 pada 12:09 PG, Blogger Zurainny Ismail berkata...

Waa...sis tulis buku ya? Tahniah! Bukan senang tu... Sekarang dpt la menikmati hasil passive income. :D

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama