Jumaat, 11 Januari 2019

Takrifan ibu yang baik

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Takrifan ibu yang baik.
Petang semalam, bergolek-golek dikatil bersama Aisyah dan Aina dengan harapan tidurkan 2 orang budak kecil ni.
Aisyah bertanya suatu soalan, "Betul ke ibu ni, ibu Aisyah?. Ibu selalu marah Aisyah. "
" Aisyah nak ibu baru ke? " laju sahaja soalan keluar daripada mulut aku.
" Taklah Aisyah tanya je, mak orang lain baik je. Tak selalu marah anak. " Dan mata dia pun terlelap selepas meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati.
Mesti kat sekolah cerita ibu garang ni.

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama