Isnin, 18 Februari 2019

Naikkan semangat diri.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Assalamualaikum, sudah beberapa kali membiarkan orang melemahkan semangat aku. Gara-gara memilih anak daripada kerjaya. Satu kesilapan yang aku selalu lakukan adalah mengharapkan sokongan orang sekelililing. Terlalu mengharapkan orang memuji aku, membuatkan aku tak bebas dalam  hidup aku sendiri. namun apabila mendengar tip daripada Marie Forleo baru tersedar yang akulah yang bersalah melayani perasaan dan emosi.

Ibarat semangat aku datang kembali dengan maraknya. Aku tuliskan di sini supaya kita dapat manfaat bersama-sama.

Kritikann  ini sebenarnya sesuatu yang normal. Sewaktru kecil aku memandang kritikan orang ini ibarat pembunuh semangat aku. Namun, apabila dewasa. Aku makin nampak kekejaman orang di mana-mana sahaja, mengkritik tanpa rasa bersalah dan langsung tiada perasaan bahkan orang yang paling rapat sekalipun.   Marie Forleo dalam videonya memberikan tips berikut untuk menangani kritikan.

1. Criticism comes with creativity.

Aristotle menyatakan bahawa ;

"Tidak mahu dikritik jangan buat apa-apa, jangan cakap  apa-apa, jangan jadi apa-apa.  "

Sedangkan tunggul pun berharga, jadikan diri kita bermanfaat di seluruh alam ini.

Jika kita mahu mengejar impian kita, kita perlu terima hakikat inilah salah satu permainan yang perlu dihadapi jika mahu berjaya. Senyum, terima dan maju ke hadapan.


2. Not all criticism is bad

Ada juga kritikan membina yang akan membuatkan kita semakin maju dan matang ke hadapan. Jadi jangan buang terus semua kritikan. Perlu fahami dan tapis kritikan tersebut. Kebanyakan kritikan membina datangnya daripada rakan dan keluarga yang memahami kita. Malahan orang yang pakar dalam bidang kita ceburi. Contohnya, kalau pelanggan membuat aduan mengenani produk kita, ini kita perlu kaji dan beri perhatian. Jangan terus melenting.

Namun, kritikan yang membunuh ini perlu dijauhi. Kadang-kadang, ada sesetengah manusia yang datangnya daripada mana mempunyai masa yang begitu banyak melemparkan kata nista pada kita. Itu yang perlu kita jauhi dan elakkan. Ada sesetengah manusia, mereka merasa puas membuli manusia melalui kata-kata, satu kegembiraan lagilah apabila mangsa jatuh tersungkur dengan kritikan tersebut. Orang begini usah dilayan. Biasanya orang begini melakukan serangan jika kita tak sependapat dan tak mahu mengikuti saranan mereka.

3. Don't give away your power.

Sematakan dalam kepala ayat ini,

" You cannot take me down, I will not give that power."

(Kamu tak mampu melemahkan saya , saya takkan berikan kuasa itu pada awak.)

Orang boleh cakap, kritik apa sahaja, tetapi jangan biarkan kritikan mereka melemahkan kita! Masa kita ni di bumi, tak lama dan sangat berharga. Oleh itu, kita perlu jaga kekuatan diri kita. Jangan terlalu melayan remeh temeh dan membuang masa dengan kata-kata yang tak membina.

4. Take  a stand for kindness

Jangan terlalu berlembut dengan orang yang  bersikap kurang ajar dengan kita, team, dan juga ahli keluarga kita. Bagaimana? Kita  jauhkan diri sahaja. Adakala, saya tak kan menunggu lama untuk mendengar bebelan dan kritikan orang yang sangat melukakan hati terutama jika diserang secara terang-terangan. Senyum dan angkat kaki.

5. Have a good laugh

Ethan Hawke, seorang selebriti menangani kritikan dengan membaca kritikan pembencinya di twitter  yang ditulis pada mereka dengan membaca kuat tentang apa yang mereka tulis dan bergelak ketawa mengenainya. Gelakkan apa sahaja yang mereka kritikan berbanding kita menangis. Kita akan rasa terhibur.



6. Sibukkan diri

Tip ini aku tambah, apabila makin ramai yang mengkritik hasil kerja kita. Yang perlu dilakaukan gandakan usaha, jangan cepat sangat mengalah. Orang mahukan hasil. Ada hasil barulah mulut mereka terkunci. Apabila kita sudah makin sibukkan diri, kita tak mampu mendengar apa yang orang perkatakan lagi.

7. Jangan susahkan orang lain.

Mahu jadi apa sahaja, boleh sahaja. Tetapi jangan susahkan orang lain. Berdikari dan tidak mengharapkan bantuan orang lain.

Tak kira apa pun jangan biarkan diri lemah terlalu lama. Tiada siapa akan datang membantu kita berdiri semula. Apa yang akan berlaku orang akan memeijak kita sampai lenyek. Bangun dengan tangkas, buat sahaja apa yang kita mampu. Insyaallah semuanya akan brjaya, usaha dan doa sebanyak mungkin.





Label:

Rabu, 13 Februari 2019

Bebelan Cik Aina


Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim

      

Ibu: Aina, sebut ikan.
Aina: pish, pish
Ibu: Ikanlah..
Aina: pish, ish ce bu cit.
Eh..eh kita yang kena marah pula.

Ibu   :  Atuk
Aina :  Atuk
Ibu   :  Baba
Aina : Baba
Ibu   : Ibu
Aina : Babu
Ibu   :  Ibu..ibu..
Aina : Babu.. Babu

Geram pula dengan budak ni. 

Label:

Lukisan Cik Sara

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim

Bermula dengan lukisan bulat-bulat kecil. Kemudian, lukisan orang lidi. Senget benget melukis. Sekarang ni melukis puteri pula.

Teringat dulu-dulu, semua aktiviti untuk kanak-kanak di internet banyak dicuba. Semuanya anak tak minat, tak sesuai dengan jiwa anak-anak.

Cuba aktiviti melukis, barulah anak-anak minat. Apabila melukis barulah anak-anak leka hampir sejam dua jam. Berpandukan youtube, gigih ajar anak melukis pelbagai kartu dan bentuk.

Lukisan si kakak yang dulu paling susah nak ajar melukis. Sekarang ni, macam-macam dilukisnya.


Label:

belajar daripada pengalaman

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..


Cik Aina dah makin pandai kawal kencing, beria-ia buka seluar kalau terasa nak terkencing. Sudah mampu beza pakai pampers atau tidak. Jarang dia terkucil kecuali kalau ibu dan dia leka membuat projek masing-masing.
Anak yang ke empat memang lagi mudah nampaknya, mungkin dia belajar daripada kakak-kakak. Kali ni lagi mudah, mungkin sebab Si Sara sudah boleh diharap. Dia yang akan bawa adik ke tandas. Sesekali dia merungut nak pakaikan adik pampers. Kadang-kadang, Si Kinah yang membantu.
Apabila anak membuat laihan ke tandas ni, sebenarnya ibu dan anak saling belajar. Si anak belajar ke tandas dan ibu belajar memahami berapa lama anak mampu menahan daripada terkucil.
Ini baru fasa pertama, latihan ke tandas waktu siang. Ada lagi 2 fasa belum dicuba, fasa tidur malam dan waktu keluar berjalan. 2 fasa yang menyeramkan.

Label:

Selasa, 12 Februari 2019

Sales kain 3 pasang RM 100 FEB 2019

Teks:  Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Ada yang mencari kain untuk hari raya akan datang. Ada yang berminat? Kain murah dan cantik-cantik. Kain paling laku dan laris, lagilah kalau tengah buat jualan murah ni.
SALE...SALE...SALE...
Rm100 3pasang Jual.Postage Rm14.
Sepsg Rm35 jual. Postage Rm8.
Seragam jual Rm34. Postage bergantung pd kuantiti.
Berminat utk Order RTW / Kain Pasang / tekan link whatsapp saya:






























my/60193229480

Label:

Review Drama Romance is bonus book.

Tajuk Filem: Romance is a bonus book
Pelakon Utama : Lee Jong Suk ( Eun Ho)
Lee Na Young (Kang Dang I)

Saluran: Netflix.
Genre: Penerbitan buku, bisnes, Komedi, percintaan

Drama ini mengisahkankan kisah hidup seorang wanita Dan I, berusia 37 tahun seorang surirumah yang mahu kembali bekerja setelah ditinggalkan dan diceraikan suaminya gara-gara perempuan lain.

Rumah yang dibeli tergadai kerana hutang bekas suaminya. Oleh kerana, tiada pekerjaan, duit dan rumah. Dia terpaksa berpura-pura menjadi orang gaji Eun Ho, kawan baiknya sejak kecil untuk menumpang mandi dan makan di rumah kawannya. Malamnya, dia akan kembali untuk tidur di rumah lamanya tanpa bekalan elektrik dan air yang bakal dirobohkan sambil mengenang kembali kenangan lama yang manis dan pahit.

Setelah melalui 50 kali temuduga, Dan I berjaya diterima bekerja dengan hanya menggunakan kelulusan sekolah tingginya. Bekerja sebagai Team Supporter di syarikat penerbitan bersama Eun Ho tanpa sesiapa pun sedari mereka sebenarnya adalah kawan baik dan tinggal serumah. Dan I sentiasa mencari peluang untuk kembali ke bidang pemasaran dengan memberikan pelbagai idea menarik untuk memasarkan buku terbaru syarikat tersebut. Walaupun ideanya diterima, namun usahanya tidak diiktiraf.

Paling suka watak Dan I yang sangat ceria, bersemangat untuk bekerja keras bagi menampung kehidupan dia dan anak perempuannya. Dia sentiasa memberi semangat pada diri sendiri. Pada waktu kita susah, tak ramai yang akan membantu, banyak yang akan mencerca. Yang ada hanyalah diri sendiri. Hanya kitalah yang membantu diri sendiri untuk bangkit berjuang menghadapi dugaan hidup yang maha hebat.

Label: