Review Drama Romance is bonus book.

Tajuk Filem: Romance is a bonus book
Pelakon Utama : Lee Jong Suk ( Eun Ho)
Lee Na Young (Kang Dang I)

Saluran: Netflix.
Genre: Penerbitan buku, bisnes, Komedi, percintaan

Drama ini mengisahkankan kisah hidup seorang wanita Dan I, berusia 37 tahun seorang surirumah yang mahu kembali bekerja setelah ditinggalkan dan diceraikan suaminya gara-gara perempuan lain.

Rumah yang dibeli tergadai kerana hutang bekas suaminya. Oleh kerana, tiada pekerjaan, duit dan rumah. Dia terpaksa berpura-pura menjadi orang gaji Eun Ho, kawan baiknya sejak kecil untuk menumpang mandi dan makan di rumah kawannya. Malamnya, dia akan kembali untuk tidur di rumah lamanya tanpa bekalan elektrik dan air yang bakal dirobohkan sambil mengenang kembali kenangan lama yang manis dan pahit.

Setelah melalui 50 kali temuduga, Dan I berjaya diterima bekerja dengan hanya menggunakan kelulusan sekolah tingginya. Bekerja sebagai Team Supporter di syarikat penerbitan bersama Eun Ho tanpa sesiapa pun sedari mereka sebenarnya adalah kawan baik dan tinggal serumah. Dan I sentiasa mencari peluang untuk kembali ke bidang pemasaran dengan memberikan pelbagai idea menarik untuk memasarkan buku terbaru syarikat tersebut. Walaupun ideanya diterima, namun usahanya tidak diiktiraf.

Paling suka watak Dan I yang sangat ceria, bersemangat untuk bekerja keras bagi menampung kehidupan dia dan anak perempuannya. Dia sentiasa memberi semangat pada diri sendiri. Pada waktu kita susah, tak ramai yang akan membantu, banyak yang akan mencerca. Yang ada hanyalah diri sendiri. Hanya kitalah yang membantu diri sendiri untuk bangkit berjuang menghadapi dugaan hidup yang maha hebat.

Ulasan