Pengorbanan seorang ibu
Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum, hari jumaat yang lepas, 6 hari bulan 9 sejurus selepas temujanji doktor menyuruh aku masuk wad. Ini sebagai langkah berjaga-jaga, kerana bayi bergerak agak perlahan dan tidak sekuat sebelum ini.
Esoknya, aku dikejutkan dengan jeritan seorang ibu muda yang berusia lingkungan 18 tahun yang menjerit meminta tolong kerana terlalu sakit akibat kontraksi seawal pagi hinggalah selesai bersalin pada pukul 12 tengahari. Walhal ibu-ibu lain hanya bertenang walaupun ada beberapa ibu sedang bertarung dengan kontraksi yang semakin kuat. Mereka nampak tenang dan berjalan setempat untuk memudahkan proses bersalin.
Nasiblah, emak sudah pesan awal jangan menjerit ketika sakit dan banyakkan berzikir Nabi Yunus r.a untuk mengurangkankan kesakitan. Manakala, mak uda pula sudah pesan awal-awal jangan diketuk belakang pinggang takut rosak muka bayi. Alhamdullilah aku dapat nasihat yang banyak daripada orang sekeliling.
Ada ibu yang terpaksa ditahan sebulan di wad kerana uri melekat, doktor bercadang mahu membuang rahimnya kerana risau rahim pecah. Runsing hati, bagaimana mahu ditinggalkan anak di rumah bawah jagaan suami. Yelah, aku pun tak keruan jika bersalin nanti biasanya akan ditahan seminggu. Namun, kebanyakkan datang kerana anak kurang bergerak seperti aku. Hari sabtu pagi, doktor memberi khabar gembira, bahawa aku boleh pulang ke rumah. Namun, ada juga yang tak dilepaskan pulang kerana anak tak bergerak, walaupun laporan ctg agak memuaskan.
" Kesakitan bersalin ini sangat la sakit. Dan fasa kesakitannya semakin bertambah dan bertambah hinggalah bayi keluar dengan selamatnya. " gigih cerita dekat ibu muda yang baru nak bersalin sulung. Bukanlah menakutkan, itulah hakikatnya. Sehinggakan jika mati ketika melahirkan anak, itu dikira syahid.
Orang yang terbunuh di jalan Allah (fii sabilillah) adalah syahid; orang yang mati karena wabah adalah syahid; orang yang mati karena penyakit perut adalah syahid; dan wanita yang mati karena melahirkan adalah syahid.” (HR. Ahmad, 2: 522. Syaikh Syu’aib Al-Arnauth dan ‘Adil Mursyid menyatakan bahwa sanad hadits ini shahih sesuai syarat Muslim).
Maka sebab itulah syurga di bawah tapak kaki ibu, kerana pengorbanan mengandung dan melahirkan anak adalah menaruhkan nyawa sendiri. Maka, hargailah ibu yang mengandungkan kita.
Label: Catatan Harian
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama