ulasan buku Syurga Pak Hang
Teks: Dalila Yusof
Sekarang ni semua pakat bukukan ceramah uztaz-uztaz ye. Baguslah, boleh baca berulang kali. Tapi dalam buku ini kata ganti Nabi Muhammad s.a.w. boleh digantikan dengan beliau ke? Selalunya hadis ditulis diriwayatkan bukan dilaporkan.
Tapi maklumat dalam buku ini sangat bagus, penerangan agak ringkas namun padat dalam setiap bab.
Antara pelajaran dalam buku ini:
1. Setiap perkara perlulah mencontohi Nabi Muhammad s.a.w. daripada perkara kecil seperti adab tandas hinggalah hal kenegaraan dan umat manusia.
2. Sentiasa berselawat pada Nabi Muhammad s.a.w. kerana Allah s.w.t menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang berselawat sentiasa selain tanda cinta pada Nabi.
3. Solat jenazah ghaib diharuskan apabila jenazah berada jauh di tempat lain dengan syarat jenazah perlulah telah disempurnakan bukannya hilang tanpa khabar berita.
4. Doa adalah senjata orang beriman. Berdoa bermaksud kita bergantung sepenuhnya pada Allah s.w.t. Doa boleh dilakukan setiap masa dan keadaan duduk, baring atau berdiri.
5. Beribadat dengan ilmu memberi kemanisan beribadat, solat dengan khusyuk dan jiwa terasa tenang.
6. Sesiapa yang rajin ke masjid untuk beribadat akan dikurniakan syurga di akhirat kelak.
7. Sentiasa berdoa dipermudahkan dan dikurniakan solat yang khusyuk selain belajar memahami maksud bacaan solat.
8. Berwuduk wajib disertakan niat serta mengamalkan perkara sunat seperti mengucapkan basmallah. Disunatkan juga membersihkan kedua-dua tapak tangan, berkumur-kumur, beristinsyaq dan berinstisar. Selesai berwuduk, disunatkan untuk berdoa selesai berwuduk.
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama