Ulasan Buku Aku Nabi Isa



Teks:Dalila Yusof




Buku yang memberi gambaran sebenar tentang depresion tahap kronik. Tugas doktor psikiatri bukan sahja mendengar tapi turut cuba membantu pesakit keluar dari masalah mereka.
Ada 3 kes kajian yang sangat memilukan
Kes 1 cubaan bunuh diri perlarian Iran.
Pasangan suami isteri ni mempunyai perancangan membunuh diri bersama anak kecil berusia tiga minggu. Tertekan dengan keadaan mereka dihukum tahanan di rumah di Australia, jauh daripada keluarga, mempunyai anak yang masih kecil dan bergantung dengan bantuan kebajikan menyebabkan mereka merancang membunuh diri setiap malam. Jika visa tidak diluluskan kemungkinan akan dihantar pulang di Iran, ditangkap dan dipenjara atau dihukum pancung. Mereka kemudian menganut agama bahai bagi mengisi kekosongan dihati mereka.
Kes 2 : suami disembelih, anak diculik, rumah dibakar.
Agak-agak bagaimana penerimaan kita jika diuji dengan ujian seberat ini. Seorang wanita Iraq cuba membakar diri. Suami disembelih dan mayat dipulangkan tanpa kepala sewaktu mengandung anak bongsu. Ketika anak besar pula pengganas menculik anak-anak lelakinya dan membakar rumahnya pula.
Mak cik ini merupakan pendatang berstatus perlarian berasal dari Iraq datang bersama anak perempuan dan cucunya. Oleh kerana bersendirian di rumah ketika cucu dan anaknya menghadiri kelas bahasa inggeris. Ini menyebabkan dia mula berfikir semula tentang kisah lampaunya menyebabkan dia mula mengalami depresi.
Makcik ini kemudiaannya dibantu oleh South Australian Muslim Women Association, persatuan yang membantu wanita muslim baru di Australia. Dia sudah mampu tersenyum, ketawa, memasak dan menguruskan keluarga.
Kes 3 : penderaan seksual
Lisa cuba membunuh diri, kerana menghadapi tekanan emosi cukup hebat. Dia dicabul kehormatannya dengan rakus dan kejam ketika berusia 6 tahun oleh ayahnya sendiri.
Kejadian tersebut di saksikan oleh abangnya melalui cermin bilik. Ketika itu, ibunya masih lagi tempat kerja. Dan dia terpaksa melaluinya hampir setiap hari sehingga berusia 12 tahun.
Kemudiaan abangnya pula bertukar menjadi raksasa ganas setelah mempelajarinya dari cermin bilik.Abangnya merogolnya setiap hari hingga dewasa.
Dengan sokongan moral, emosi dan sosial, Lisa sudah mampu membina kekuatan dalam diri.
Ini hanya 3 kes yang sangat menyentuh hati apabila dibaca. Terdapat beberapa kes pesakit yang dikongsi dalam buku ni.
Hidup ini memang adakala nampaknya tak adil.
Juga satu ujian bagi orang yang diberi pelbagai kemudahan dan kesenangan adakah hanya melihat atau menolong orang yang susah dan dizalimi.

Ulasan