Sabtu, 28 Disember 2013

Tutorial Mengait half double crochet

Teks: Dalila Yusof
Gambar: Lion Brands Yarn

Bismilahirahmanirahim...

Hari ini saya ingin berkongsi kaitan asas yang terakhir, half double crochet (hdc). Anda akan faham tentang mengait jika sudah mahir menggunakan tiga asas kaitan tersebut.

1.  Mulakan dengan 7 ch.
2. Belit sekali benang pada jarum kemudian langkau 2 ch. Masukkan jarum pada ch yang ke  3.
3. Kaitkan benang melalui ch. Sekarang terdapat 3 loops pada jarum. 

4. Belitkan benang pada jarum dan kaitkan benang melalui kesemua loops. 
5. Anda telah menyiapkan satu hdc. Ulang langkah di atas huingga hujung ch. 
Selamat mencuba.
* Nota kaki: sskb= hdc (half double crochet), kta=ch (chain),  



Label: ,

Khamis, 26 Disember 2013

Tutorial Mengait Double Crochet

Teks: Dalila Yusof
Sumber Gambar: Lion Brand. 

Hari ini saya akan berkongsi cara double crochet. Kaitan sekali belit (skb) atau lebih dikenali sebagai double crochet (dc). Kaitan sdouble crochet 2 kali lebih tinggi daripada half double crochet. Kaitan ini  sangat popular kerana menghasilkan kaitan yang longgar berbanding half double crochet. 

1. Mulakan dengan 7 chain. 


2. Belit  sekali benang pada jarum . Langkau 3 chain, masukkan jarum pada chain  ke 4.
3. Kait benang melalui chain ke 4. Sekarang anda ada 3 loops pada jarum. 

4. Belitkan benang pada jarum, kaitkan hanya  2 loops.  
5. Sekarang hanya tinggal 2 loops pada jarum. Belit sekali lagi benang ke jarum, kemudian kait 2 loops terakhir. 
6. Inilah hasilnya. Sekarang ulang langkah 2 hingga 5 sehingga hujung chain. 
Selamat mencuba..Jika anda kurang faham istilah di atas, sila rujuk istilah kait. 


Nota Kaki: skb= dc (double crochet) , dkk= sc(single crochet), kta=chain (ch), jerutan= loops. 

Label: ,

Isnin, 9 Disember 2013

Tutorial Mengait Single Crochet

Teks: Dalila Yusof
Gambar: Google

Bismillahirahmirahim.....

Saya mula minat mengait ketika mengandung anak yang kedua. Internet merupakan sumber ilmu tanpa sempadan kerana kita boleh belajar dengan pelbagai ilmu  di seluruh dunia dengan percuma. Saya banyak belajar menerusi youtube dan blog-blog dari serata dunia termasukla Jepun, Rusia dan lain-lain. Hari ini saya akan berkongsi teknik mengait . 

1. Anda perlu mengait  7 chain. Kira chain seperti dalam rajah 1.1, lubang yang terdapat jarum di dalamnya tidak dikira sebagai chain.
Rajah 1.1


2. Masukkan jarum pada ch kedua seperti dalam rajah 2.1.
Rajah 2.1


3. Belit benang dan tarik menerusi (yarn over~yo) lubang benang tadi seperti rajah 3.2. Anda akan dapat 2 loops pada jarum kait seperti rajah 2.3


Rajah 3.1


Rajah 3.2

Rajah 3.2




3. Belit benang sekali lagi seperti dalam rajah 3.1 dan tarik ke hadapan menerusi 2 loops seperti Rajah 3.2. 
Rajah 3.1



Rajah 3.2



4. Anda telah menghasilkan satu sc. Teruskan langkah 2 dan 3 hingga hujung chain. 



Nota kaki; Dua kali kait=dkk=single crochet

5. Pada penghujung baris, kaitkan 1 chain dan pusingkan.




6.

Sc pada sc pertama dalam baris pertama tadi. 

Rujukan:
https://www.anniescatalog.com/crochet/content.html?content_id=68







Label: ,

Selasa, 3 Disember 2013

Teknik Asas Mengait Kait Tali Air

Teks: Dalila Yusof
Gambar: Google

Bismillahirahmanirahim...

Selamat pagi..saya ingin berkongsi bagaimana mengait kait tali air untuk memulakan sebarang projek.



1. Mulakan dengan mengait Slip knot.

Kelas offline, kelas Blog dan fanpage serta beriklan di instagram


2. Masukkan jarum kait seperti dalam rajah 2.1 lalu cangkuk benang  dan tarik keluar menerusi jerutan tadi. anda telah menghasilkan satu kait tali air. Ulang langkah ini sehingga anda dapat bilangan kait tali air yang dikehendaki seperti dalam rajah 2.2.


Rajah 2.1









Tips menulis lancar di blog


Chain ini mempunyai nama pada setiap 3 bahagiannya, dan akan memberikan paten yang berlainan apabila kita mengait pada setiap bahagian tersebut. 






Chain akan membentuk seperti  bentuk "V",  seperti rantai yang dipakai begitulah bentuk chain dan mempunyai 2 loop. Bahagian atas kita panggil sebagai back loop chain, manakala bahagian bawah pula kita panggil sebagai front loop. Paling mudah nak ingat front loop berada di depan kita manakala back loop pula bahagian belakang kita. 

Kadang-kadang kita jumpa paten yang mengarahkan kita mengait di bahagian belakang chain. Bagi yang baru bermula pasti pening kepala. Contoh seperti paten daripada Bunga lily daripada Moogly blog ini. 

Row 1 (WS): Working into the back of the ch, sl st in second hump from hook. Sc in next 2 ch. Hdc in 3 ch. Dc in last 8 ch. Turn.
Iklankan homestay anda di tapak kekal pengiklanan di blog ABDR
Yang dimaksudkan dengan back loop hump adalah seperti dalam rajah di bawah. Ini merupakan bahagian belakang chain tadi. Apabila chain stitch diterbalikkan maka kita akan nampak back chain yang kelihatan  seperti bongol. 


Apa-apa pun apabila mula mengait, jangan tertekan, teruskan sahaja walaupun tak cantik. Lama kelamaan kaitan kita akan bertambah cantik dan menarik. Jangan risau ya .
Nota kaki: Kait tali air=kta=chain, jerutan=slip knot,

Label: ,

Isnin, 2 Disember 2013

Teknik Mengait Jerutan

Teks: Dalila Yusof
Sumber gambar: http://www.crochetguru.com

Bismillahiramanirrahim.

Hari ini saya akan menerangkan tentang teknik asas mengait jarum 1. Kita mulakan dengan mempelajari cara membuat jerutan. Penting kerana  kita akan mulakan hampir kesemua projek mengait menggunakan teknik ini.




Belitkan  hujung benang pada jari telunjuk dan jari hantu . Bergantung pada keselesaan tangan anda , tangan kiri atau kanan. 



Belit benang sekali lagi,untuk membentuk huruf x. 




Tolak lilitan pertama ke belakang dan tarik lilitan kedua untuk membentuk gelung.






Tarik gelung dan benang untuk mengetatkan jerutan . Sekarang anda sudah bersedia untuk mengait. 





Nota kaki: jerutan =slip knot

Label: