Jumaat, 21 Mac 2014

Kopiah Kait.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....

Hampir 4 hari mengait kopiah kait, memang sungguh mencabar, hampir nak putus asa. Hari pertama dan kedua kait, memang lari daripada paten, makin kait makin besar, terpaksalah meleraikan benangnya. Terpaksa buat semula, hari ketiga, kait semula daripada awal sampai hingga membentuk kelopak terpaksa leraikan semua benang, sebabnya terlebih pandai tambah baris sendiri, kopiah tak ikut saiz.

Hari semalam, kopiah dikait semula daripada awal baris paten sehinggalah sudah nampak kelopak bunganya. Seronok sungguh kopiah nampaknya sudah menjadi, tidak sia-sia berusaha berterusan. Walaupun penat, tapi hasil daripada kait kemudian terpaksa leraikan benang semula, kait semula, leraikan semula, kait semula lagi, sudah boleh hafal, paten kopiah ini daripada awal hingga akhir.

Sewaktu mengandungkan Aisyah, memang banyak projek nak buat, kopiah la, kait baju raya la, tahun ini insyaallah pulun semula, projek tahun lepas. Apa taknya, si Sara dah merenggek mintak baju cantik. Adui, sudah pandai nak melawa. Sakina pun lebih kurang juga lagaknya nak melawa. Itu, belum baju sejuk cik suami yang tak siap-siap lagi. Cik suami dah banyak kali tanya, bila mahu siapkan. Adui, terpaksalah kerahkan tulang 4 kerat untuk menyiapkan tempahan anak dara dan cik suami. 



Jika anda berminat nak dapatkan paten kopiah kait ini, anda boleh dapatkannya daripada http://linanuar69-kaitmengaitcun.blogspot.com/. Paten ini boleh diubasuai mengikut kreativiti anda bermain dengan warna. Bagusnya paten ini dilengkapi dengan foto tutorial, langkah demi langkah sesuai untuk orang yang sudah mahir dengan asas mengait jarum satu. 


Jana wang melalui blog di Akademi Bekerja Dari Rumah

Ingin selesa berjalan jauh, sewa kereta MPV dan Hiace





Label:

Rabu, 19 Mac 2014

Pengalaman Sangat Mahal

Teks; Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim

Pengalaman sangat berharga nilainya. Pengalaman tidak boleh dibeli tapi dilalui. Seseorang itu sampai nak dapat cerita pengalaman, dia terpaksa menempuhnya. Bermakna dia telah menempuhnya. Kalau pengalaman getir, beruntunglah kita tidak melaluinya. Kalau pengalaman menarik, beruntung kita dan moga-moga boleh dicontohi.

Dr. Hm Tuah Iskandar al-Haj, Buku Jom Jaguh.

Jika dibandingkan keadaan dulu dan sekarang, bekerja dari rumah agak mustahil. Namun kini, segalanya mampu menjadi kenyataan.


Julung kali kami bawakan dari Akademi Bekerja Dari Rumah. Inilah masanya untuk mula terus melangkah lebih jauh dalam dunia perniagaan anda.
Bengkel : Branding Yourself Strategies, Branding Your Business Strategies 
(Pendedahan Langkah Demi Langkah Mudah Yang Boleh Dilakukan)
*langkah-langkah ini tidak akan di dedahkan oleh sesiapa pun yang sudah berjaya melaluinya kerana mungkin mereka terlupa untuk berkongsi. 

Lokasi : Melaka ( 6 April 2014)
Kuala Lumpur ( 7 April 2014)
Kelantan (26 April 2014)

Yuran : RM350

TAWARAN ISTIMEWA SAH SEHINGGA 31 MARCH 2014 SAHAJA, IAITU:

*Masuk PERCUMA jika datang BERTIGA

Apa BONUS yang akan anda dapat?

1. Pendedahan Dan Latihan Langkah Demi Langkah Teknik Asas Bloging Untuk Blog Perkhidmatan/Perniagaan Anda Sendiri. (bernilai rm300)

2. Pendedahan Rahsia Mendapat Liputan Media Secara PERCUMA untuk Memperkenalkan Perniagaan Dan Perkhidmatan Anda Sendiri (bernilai rm300)

3. Pendedahan Cara Untuk Design (Merekabentuk) Bisnes Anda Sendiri Agar Dipandang Oleh Orang Ramai dan Dicari. (bernilai rm300)

Ketiga-tiga ini adalah teknik mudah untuk menjemput rezeki 

Peserta juga akan DIBERIKAN 2 EBOOK pada akaun email masing-masing:
a) Ebook Belajar Asas Blog - Penulisan Puan Masayu Ahmad (bernilai rm50)
b) Ebook Panduan Kediaman Pertamaku- Penulisan Khairunnisa Hamzahara (bernilai rm50)

Bukan itu sahaja. Semua akan membawa pulang HADIAH yang sangat istimewa iaitu:
Senaskah BUKU JANA RM DI RUMAH oleh Puan Masayu Ahmad di dalam bengkel ini nanti.
(bernilai rm20)

Apa yang bakal anda pelajari,
Apa yang bakal anda dengari,
Apa yang bakal anda lihat,

Insyaallah dengan IzinNya, anda juga boleh berjaya untuk memperkenalkan perkhidmatan dan perniagaan di mata orang ramai sekiranya anda mempraktikkannya. Apa akan jadi apabila orang ramai mengetahui perkhidmatan dan perniagaan anda? Anda akan jadi huru-hara tak menang tangan untuk menerima permintaan. Janji anda buat apa yang sudah di ajar. Berilmu tanpa beramal, ianya pasti akan sia-sia. Saya pasti jika anda menggunakan teknik yang diberikan, setakat yuran yang dibayar ini, sudah pasti mampu membawa pulangan modal semula malah Insyaallah berganda dari itu.

Nilai yang diberikan di dalam bengkel ini bernilai RM1020

Tetapi anda hanya perlu membuat pelaburan dengan nilai RM350 iaitu nilai kasih sayang yang diberikan untuk melihat semua orang berjaya menjenamakan diri dan perkhidmatan.

Namun, atas ucapan terima kasih yang tak terhingga kerana mengajak dan menyampaikan kebaikkan ini, setiap penyertaan untuk 3 orang, PERCUMA 1 orang. Ini bermakna nilai yang perlu di bayar iaitu RM1050 hanya perlu dibayar dengan nilai RM700 sahaja. Asalkan anda hadir dan mendapatkan tekniknya. Itu saja.

Sekembalinya di rumah nanti, anda berpeluang untuk :
-menyertai Group Ahli Akademi Bekerja Di Rumah untuk bertukar network, ukhuwah dan pelanggan
-dapat beriklan di SOHO directory PERCUMA selama 1 tahun.
Ini semua untuk memastikan keberlangsungan network dan menjadi medium pemasaran perniagaan dan perkhidmatan anda.

Daftar segera.
Borang tempahan



Label:

Sabtu, 15 Mac 2014

Bengkel Branding Untuk Perniagaan Online.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....

Pendaftaran semakin rancak, pilih lokasi kalian, sama ada di Melaka, Kuala lumpur, atau Kota Bharu.

Sesuai untuk mak cik2 di luar sana yang ingin menjana pendapatan hanya di rumah tanpa mengabaikan anak-anak, para graduan yang ingin meniaga tapi takde modal.

Nak dapat pelanggan ramai?
Mahu perniagaan dan perkhidmatan dikenali?
Nak ada pendapatan setiap hari?
Mahu mendapat tajaan dan kerjasama dari pelbagai pihak?
Mahu media tolong promosikan tentang perniagaan dan perkhidmatan anda secara PERCUMA?

Belajar teknik mudah ini di sini:
>> http://bengkelbranding.blogspot.com/


Hadir ke
Bengkel Branding Yourself & Business Strategies
(terhad kepada 50 orang sahaja)

Pilih antara 3 lokasi, Melaka, Kuala Lumpur atau Kelantan.

Untuk pendaftaran, pm saya segera.
Pendaftaran awal akan menerima hadiah misteri dari trainer, selain dari membawa pulang buku Jana RM dari Rumah.

MENARIK, DAFTAR 3 ORANG, bayar hanya untuk dua orang, PERCUMA SEORANG.



 — 

Label:

Ambil Masa Untuk Lakukan Apa Sahaja.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....


Selamat pagi dan assalamualaikum, banyak juga projek yang terbengkalai sejak akhir-akhir ini gara-gara memasuki satu lagi zon kurang selesa. Zon mengait satu hari untuk menjual di gerai Simposium Perniagaan Maya 1-4 Mei 2014. Kelamkabut kembali untuk menyusun jadual harian bersama anak-anak yang bertambah nakal  apabila si ibu sibuk mengait. Paling geli hati apabila Sara cuba mengait tanah liat guna chopstik. Ini sudah terpengaruh dengan kegilaan si ibu. Bolehlah membina syarikat mengait bersama-sama anak-anak kelak.

Sumber: http://reflectionsofachronicanthropologist.wordpress.com/page/2/

Apabila memasuki zon kurang selesa memang agak kelamkabut dan terasa seperti meroyan kembali. Apabila kita sendiri tak tenang anak juga akan terpengaruh dengan aura tertekan yang disebarkan oleh kita. Maka, kena belajar tenangkan diri dan banyak bersabar, serta selalu ingat Allah dan banyakkan berselawat.
Banyakkan bermain dengan anak dan selalu peluk mereka terutama ketika mereka baru bangun dari tidur, sebelum tidur. Jadikan setiap detik bersama mereka adalah detik paling berharga dan takkan kembali.

Apabila kita bercakap mengenai pengurusan masa, memang masa yang diberikan selama 24 jam sehari takkan pernah cukup. Apatah lagi terkejar-kejar dengan memasak, mengemas rumah, anak-anak inginkan belaian, itu belum suami juga yang mengarahkan itu ini. Kita perlu tahu hidup ini tiada yang sempurna kecuali Allah s.w.t, kita hanya boleh berusaha untuk sempurna sahaja, dan redha dengan apa jua hasilnya.

Jangan hidup terburu-buru, semuanya perlu cepat, cantik, sekali buat terus berjaya. Katakan pada diri beri fokus sepenuhnya apa yang anda sedang lakukan. Beri peluang pada diri untuk memhami  apa yang dipelajari tidak kira berapa lama masa yang perlu diambil, begitu lama masa yang perlu diambil. Agar kefahaman itu akan menjadikan anda pantas bergerak. Ambil masa bertenang supaya hidup berjalan lancar, supaya kita dapat mendengar suara hati kita, melihat setiap petunjuk yang Allah s.w.t beri dalam setiap kegagalan yang ditempuhi.

"Kalau anda ikut sesuatu impian, adakalanya anda tidak selesa-anda akan disingkiri, dikritik, kesempitan wang dan kehabisan tenaga. Apabila anda menghadapi kesusahan pandangla sebagai sebahagian proses. Biarkan diri terpesona. Berminat. Terasa lucu. Lihat unsur jenaka dalam keadaan itu."

Andrew Mathews, Ikut Hati anda.

Rujukan: Andrew Mathews, Ikut Hati anda.


Jana wang melalui blog di Akademi Bekerja Dari Rumah

Ingin selesa berjalan jauh, sewa kereta MPV dan Hiace




Label:

Khamis, 13 Mac 2014

Tips Urus Masa Dengan Anak

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

tip urus masa

Tips urus masa/tekanan suri kerja dari rumah
Kata suri K
"Saya kelam kabut tidak tahu mahu fokus yang mana. Anak-anak mula menangis kelaparan, kerja banyak yang mahu buat tetapi tidak selesai. Pendapatan juga turun dan naik. Saya hilang fokus."

-Ada lima check point harian untuk kita berhenti lelah dan bertenang sekejap
-Sebelum anak-anak bangun, kita perlu bangundahulu. Mulakan apa boleh selesai.
-Sebelum bagi anak-anak makan, kita dahulu perlu kenyang
-Sebelum beli untuk anak-anak, reward diri sendiri dahulu
-Buat senarai malam hari 1 hingga 20
-Pilih yang berat untuk diselesaikan pada jam awal pagi

Itu dulu.
Pakar motibasi mak jemah
MasayuAhmad.com
Baca naskah ini dulu, perkongsian sebenar ibu-ibu bekerja dari rumah
http://superwahmsupermom.blogspot.com/


Matlamat utama bekerja dari rumah adalah untuk menjaga dan mendidik anak serta memenuhi segala keperluan mereka. Pada masa sama, menjana pendapatan sampingan walaupun di rumah bagi membantu suami. Dua perkara tersebut yang paling penting, sesudah itu barulah urusan rumahtangga.  Jangan sesekali harapkan rumah sekemas hotel apabila mempunyai anak yang sedang membesar.

Terima hakikat: Bekerja dari rumah memang akan menjadi lambat terutamanya jika mempunyai anak yang masih kecil, sedang membesar, apatah lagi bergantung 100 % dengan kita. Apa gunanya berada di rumah jika anak-anak terabai dan hanya dibiarkan menonton tv, bermain ipad menonton kartun sepanjang hari semata-mata ingin bekerja cepat. Ibu perlu kaji anak sedalam-dalamnya waktu yang mereka paling aktif, lapar dan mengantuk.

Apabila anak sudah cukup tidur, makan, minum barulah mereka tidak akan membuat perangai. Fahami jiwa anak jika mereka mula memberontak dan mengamuk. Anak juga penat, letih, sakit, marah, sedih seperti kita. Jadi berikan perhatian belaian kepada anak, pelukan agar mereka rasa tenang bersama kita. Bukan mencemuh setiap kenakalan mereka. Mereka perlu lakukan kesilapan untuk memahami erti kehidupan. Jadikan waktu makan, tidur, main, mandi, waktu yang paling menyeronokkan. Biar  mereka rasai keseronokan apabila berada dengan anda. 

Teknik sambil-menyambil: Gunakan teknik sambil berjalan ke dapur untuk buat air kopi, mengutip mainan yang berterabur di lantai. Sambil berbual di telefon mengelap habuk di perabot. Maksudnya, setiap masa digunakan sepenuhnya dan tidak bertangguh. 

Peruntukkan 10/ 5 minit: Kadang-kadang pelbagai teknik telah digunakan, namun masih tidak berjaya, anak yang bergaduh, menyepahkan rumah, nak itu nak ini, apa yang boleh dilakukan hanyalah mengurangkan kesan rumah bersepah. Jangan terlalu berharap rumah cantik macam hotel apabila anak sedang membesar. Peruntukkan 10/ 5 minit untuk fokus kepada setiap kerja rumah dan perniagaan kecuali memasak.

Inginkan pelbagai tips lagi urus masa, urus tenaga dapatkan ebook Super Wahm, Super Mom hanya berharga RM 25 sahaja.


Tempah sahaja di  sini



Jana wang melalui blog di Akademi Bekerja Dari Rumah

Ingin selesa berjalan jauh, sewa kereta MPV dan Hiace











Label:

Isnin, 10 Mac 2014

Kelas Akaun Online

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....


Di antara kesalahan yang biasa dilakukan oleh pemula WAHM
-tidak ada rekod
-tidak tahu aliran kewangan
-tidak pandai jejak sumber
-tidak tahu menyimpan rekod

Perniagaan walaupun berskala kecil atau sederhana tetap perlu ada rekod simpanan kewangan yang sistematik. Tanpa kewangan yang sistematik, anda tidak sukar mengira keuntungan bersih anda. Jadi jangan lepaskan peluang ini, hanya perlu berada di rumah, belajar secara online.

Modul 1 & 2 (Yuran kelas: RM150)
Bagaimana merekod buku simpan kira-kira.
Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
-Invois, cash, bil, resit, purchase order

Peserta akan mendapat:
1. bonus ebook 101 Idea Homebased bisnes.
2. slot iklan di blog soho directory percuma selama setahun.

Proses merekod setiap transaksi secara harian
BOOK KEEPING....
DAILY TRANSACTION
RECORDING IN CHRONOLOGICAL ORDER
Ini semua akan diajar di dalam modul asas kelas akaun yang kami anjurkan.

Kelas asas akaun secara online 24 mac dan
31 mac 2014 masih ada tempat kosong.
3 jam sahaja masa anda diperlukan untuk online.

Daftar segera di 
Borang Tempahan

Jana wang melalui blog di Akademi Bekerja Dari Rumah

Ingin selesa berjalan jauh, sewa kereta MPV dan Hiace





Label:

Sabtu, 8 Mac 2014

Kelas online, Belajar hanya di Rumah.


Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....


Kelas online

Kehidupan sebagai seorang surirumah tanpa perhubungan dengan dunia luar, membuat otak semakin tepu.  Keyakinan semakin rendah apatah lagi tiada teman untuk berbual jika suami kadangkala sibuk di luar mencari nafkah. Ingin belajar, menambah ilmu di dada, pening memikirkan tempat untuk menghantar anak yang sudah biasa berkepit 24 jam. 

Alangkah seronoknya mempunyai kelas online, masih boleh belajar sambil menjaga anak. Kini dengan hanya berbekalkan internet disamping laptop atau hanya telefon bimbit yang canggih manggih, kami tawarkan anda, kelas yang mudah dan praktikal. 

Boleh sertai mana-mana kelas berikut.
1. ♥♡Kelas asas blog dan penulisan
2. ♥♡kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
3. ♥♡kelas belajar iklan mudah.my
4. ♥♡Kelas penulisan kreatif-daftar 
5.♥♡Kelas urus akaun bisnes kecil/ wahm, sahm, soho
6. ♥♡Pendaftaran rakan niaga/pengurus online akademi
7. ♥♡Tempahan blog bisnes/ blog penulisan-siap 3 hari
8. ♥♡Iklan di sohodirectory kami,

Jika sudah bersedia, hubungi saya. Boleh sertai mana-mana kelas berikut.
Kelas offline juga dibuka untuk kelas akaun. Boleh hubungi  untuk keterangan. 

Berikut merupakan yuran pakej berdasarkan kemampuan anda mengikut kelas yang anda ingin ikuti: 

  1. Kelas Asas Blog & Fanpage ATAU Kelas Asas Blog & Penulisan. 


2. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif

3. Kelas Asas Blog & Fanpage ATAU Kelas Asas Blog & Penulisan

4. Kelas Asas Blog & Fanpage ATAU Kelas Asas Blog & Penulisan


 ☆★Bekerja dari rumah tanpa perlu keluar rumah. 
☆★Kami sudah. Kalian tentu juga boleh lakukan.
☆★Tidak perlu keluar dari rumah.

☆★Semuanya di hujung jari. 
☆★Kutip komisen setiap hari.
☆★Ada minat dan kesungguhan, inshaallah, Allah pasti membantu.

Cepat jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sertai kami jana pendapatan hanya di rumah. Mulakan dengan langkah kecil di rumah di samping menjaga dan mendidik anak anda, sesudah anak dewasa lebarkan sayap perniagaan anda di luar rumah. Anak hanya membesar sekali, namun jangan korbankan cita-cita anda hanya alasan tidak tahu bermula di mana. Kami tunjukkan jalan, namun usaha di tangan anda. Jika berminat tempah segera di borang tempahan


Jana wang melalui blog di Akademi Bekerja Dari Rumah

Ingin selesa berjalan jauh, sewa kereta MPV dan Hiace


Label:

Promosi hebat bulan Mac dan April Sahaja

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Pakej Promosi terhebat


ebook promosi Mac & Apri: Harga biasa RM100 untuk 2 ebook. Harga promosi sekarang, RM50. Jadi dapatkan dua ebook ini sebelum tamat promosi. Cari apa idea yang sesuai untuk bermula dari rumah dan mulakan jejak pelanggan melalui blog.

Ringkasan Bab Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.
Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

Ringkasan Bab Asas Blog:

Bab 1: Analisa & Penentuan Blog
Bab 2: Langkah Demi Langkah
Bab 3: Blog Bisnes
Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Jenis Entri Penulisan
Bab 6: Penulisan Berpengaruh
Bab 7: Tips Penulisan
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Asas Suntingan
Bonus 1: Teknik Blog Siapkan Ebook
Bayar di sini, RM50
letak link borang tempahan masing2

Ringkasan Bab Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.
Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

Ringkasan Bab Asas blog:

Ringkasan Bab;

Bab 1: Analisa & Penentuan Blog
Bab 2: Langkah Demi Langkah
Bab 3: Blog Bisnes
Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Jenis Entri Penulisan
Bab 6: Penulisan Berpengaruh
Bab 7: Tips Penulisan
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Asas Suntingan
Bonus 1: Teknik Blog Siapkan Ebook
Bayar di sini, RM50
Borang tempahan 


Label:

Jumaat, 7 Mac 2014

Tutorial Tukar T-shirt Jadi Benang


Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim

T-shirt buruk,  kebiasaannya ramai yang akan buang atau memberi tshirt buruk kepada orang lain, sayangnya jika dibuang begitu sahaja. Tidak ramai yang tahu tshirt ini boleh ditukar menjadi benang. Benang tshirt boleh dikait menjadi alas kaki, bakul, alas periuk dan sebagainya. Hari ini saya ingin berkongsi tutorial menukar tshirt menjadi benang.
Anda memerlukan gunting kain yang tajam, beberapa helai tshirt buruk dan pembaris panjang.

1) Mula-mula,  bentangkan t-shirt di atas meja kerja atau lantai,  potong bahagian atas dan bawah seperti gambar 1(a). Kita hanya memerlukan bahagian tengah tshirt untuk dibuat benang.
Gambar 1 (a)


2) Ukur 1 inci di sisi atas tshirt, lipat 2 bahagian tengah tshirt tersebut. Pastikan bahagian tepi bawah tshirt tadi tidak melebihi ukuran 1 inci tadi seperti dalam gambar 2 (a).
Gambar 2 (a)

3) Lipat sekali lagi, pastikan lipatan tidak melebihi 1 inci seperti gambar 3 (a)
Gambar 3 (a)

4) Tandakan lebar jalur yang anda ingini,  samaada selebar 1/2 inci atau 1 1/2 inci, terpulang kepada anda.  Pastikan jangan terlalu kecil lebar jalur. 

5) Inilah hasilnya selepas anda selesai mengunting jalur-jalur tersebut. Pastikan anda mengunting tidak melebihi ukuran tepi 1 inci tadi. 

6)  Buka lipatan, dan anda akan dapati masih ada ukuran 1 inci  margin di atas jaluran tadi. 

7) Gunting secara menyerong  ikut garisan dalam gambar 7 (a) dan teruskan gunting sehingga selesai. Hasilnya akan menjadi seperti gambar 7 (b). Hati-hati dalam proses ini jika tersalah gunting anda gagal untuk mendapat benang yang panjang.

Gambar 7 (a)

Gambar 7 (b)

 Sila gunting secara menyerong daripada tepi tshirt, sehingga selesai, hujung tshirt akan berakhir seperti dalam gambar 7 (c). Gunting menyerong mengikut garisan sehinggalah selesai ke hujung tshirt. 


Gambar 7 (c)
8) Selesai mengunting anda akan dapat benang tshirt yang sangat panjang.

9) Sekarang anda perlu menarik benang tersebut menggunakan dua tangan supaya benang  tersebut bergulung menjadi seperti gambar 9 (a). Tarik dan tarik benang hingga hujung benang, langkah ini akan memanjangkan benang anda.
Gambar 9 (a)
Sumber: http://www.molliemakes.com/projects/how-to-make-t-shirt-yarn/
10) Sekarang sudah siap sedia untuk digulung menjadi bebola benang. 






Jana wang melalui blog di Akademi Bekerja Dari Rumah

Ingin selesa berjalan jauh, sewa kereta MPV dan Hiace

Rujukan:
http://mousechirpy-polkadotpineapple.blogspot.com/2008/03/tutorial-t-shirt-yarn.html
http://www.molliemakes.com/projects/how-to-make-t-shirt-yarn/









Label:

Rabu, 5 Mac 2014

Tips ajar anak ke tandas.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...



Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini sudah masuk hari ke tiga Sakinah belajar ke tandas, sangat mencabar dan memenatkan. Hari pertama, prosesnya sangat meletihkan, baju yang menimbun dan hancing, rumah terabur tak boleh dikata apa. Apatah lagi, kadang-kadang Sakina buang air besar merata-rata, yang paling seronoknya dia akan buang air besar dahulu baru cakap nak buang air besar. Tempat strategik untuk berak adalah pejabat kecil babanya, hari pertama bbuang air besar depan pintu. Hari kedua buang air besar, hampir sedikit lagi nak mengenai permukaan permaidani. Kalau tidak mahu jenuh menyental permaidani baba. Sudahnya tak tahu nak sidai di mana, apa taknya duduk di pangsapuri yang tidak mempunyai balkoni.

Apabila dikaji kembali, rupanya selalu beritahu Kina hanya kencing di tandas. Lupa pulak nak beritahu buang air besar pun sepatutnya di tandas. Dan selalu suruh dia yang pergi ke tandas, tak lakukan seperti Sarah dahulu, setiap 10 atau 20 minit ajak pergi ke tandas. Sakina pula, memang agak berpendirian tegas, kalau A mesti A, tidak boleh berkrompomi. Ada sahaja alasan yang diberikan, nak mainla, nak buat kerjala kadang-kadang boleh menjawab "tak boleh, mana boleh", "aku tak sukalah". Geram tengok perangai nakalnya kadang-kadang fikir balik boleh tergelak.  Itu salah satu faktor kencing dan berak berterabur, sabar sahajala.

Semalam, Sakinah sudah menunjukkan sedikit kemajuan, sudah pandai memberitahu hendak ke tandas, dan kencing di tandas. Sesuatu yang melegakan, maksudnya sudah membuahkan hasil. Walaupun, selepas itu, masih terkencing dahulu baru beritahu. Selalu berkata kepada Kina, kencing dan berak hanya di tandas supaya masuk dalam minda separa sedarnya. Supaya kata-kata tersebut jadi program dalam otaknya. Mungkin mengambil masa seminggu atau lebih yang penting bersabar dengan karenah anak. Letih memang tak terkata, itu adalah proses kehidupan apabila kita beralih daripada zon selesa ke zon kurang selesa memang banyak kegagalan yang perlu ditempuhi. Tapi kesabaran adalah kunci setiap kejayaan.

Teringat sewaktu mengajar Sara ke tandas, hari pertama sudah kencing di tandas. Namun tidak sampai 30 minit sudah kencing di lantai. Hari kedua, Sara menangis nak pakai pampers, mengadu dan merengek dengan baba, nasib baiklah baba tak makan kuasa tangisannya. Hari ini sudah tidak perlu ke memakai pampers walaupun tidur siang kecuali waktu tidur malam.  Terasa kepenatan dahulu berbaloi dan seronok anak sudah pandai ke tandas.

Panduan mengajar anak ke tandas.

Mengajar anak sesuatu yang baru perlu langkah demi langkah, usah terburu-buru semuanya perlu cepat. Namun hasilnya tidak menentu yang penting sabar kerana anak perlu selesa dengan pelajaran baru. Setiap kanak-kanak berbeza walaupun anak sendiri. Setiap anak berbeza cara penerimaannya, maka perlu faham dengan karenah anak. Jika dilihat anak saya, Sara agak cepat penerimaannya kerana mudah menerima arahan terutama jika tiada orang lain selain ibunya. Tidak sampai seminggu sudah pandai ke tandas walaupun kadang-kadang masih terkencing di luar tandas.  Namun, tidak pula Sakina kerana banyak membantah dan pandai menjawab. Mungkin mengambil masa lebih daripada seminggu.
  
Langkah pertama

  • Sila simpan segala permaidani yang terdapat dalam rumah, memang pada peringkat awal anak akan buang air merata-rata.  Jadi, jangan menyesal tak sudah apabila anak buang air atas permaindani anda yang cantik terutama yang baru beli.
  • Jangan pakaikan pampers pada waktu siang supaya anak terbiasa dengan keadaan tidak memakai pampers. Langkah ini dianggap sebagai paksaan lembut supaya anak tahu yang dia perlu kencing ke tandas. 
  • Banyakkan bersabar, jika tidak mampu menahan marah, minta maaf dan terangkan  pada anak supaya dia faham kenapa kita memarahinya. Banyakkan selawat supaya kita sentiasa tenang dalam menghadapi cabaran baju yang menimbun, hancing, najis bersepah-sepah dan kepenatan mengemop rumah. 
  • Sentiasa bawa anak ke tandas, pada waktu permulaan 10- 20 minit. Bergantung pada anak anda, kebiasaanya perempuan lebih kerap ke tandas berbanding lelaki.Ajari anak ke tandas sejurus dia minum susu atau air. 
  • Sentiasa tanya anak jika dia ingin ke tandas. Walaupun letih, supaya anak dan kita terbiasa dengan situasi kerap ke tandas. 
  • Jika gagal dan najis bertaburan, beritahu anak berulang kali, anak perlu buang air di tandas. Beritahu sekali sahaja larangan buang air di lantai, kemudian beritahu berulang kali anak perlu ke tandas jika mahu buang air. Ini penting supaya kita boleh programkan otak anak supaya dapat memahami arahan kita. 
  • Sediakan banyak-banyak kain buruk pakai buang supaya boleh lap najis sebelum cuci dan mop seperti biasa.

 Langkah ke 2
  • Pada peringkat ini anak sudah memahami latihan ke tandas, cuma kadangkala perlu berwaspada dengan tingkah laku anak yang menunjukkan anak ingin kencing atau berak. kadangkala, anak leka bermain, lupa untuk ke tandas. Alamatnya, habis bertaburan di lantai. 
  • Perlu sentiasa bertanya samada anak ingin ke tandas. 
  • Ajak anak ke tandas jika sudah lama tidak kencing. 
  • Jika anak kerap minum air, pastikan anak sentiasa ke tandas. 
 Langkah ke 3
  • Peringkat ini, anak sudah pandai mengawal kencing. Sekarang anda boleh mengajar anak tidur siang dan keluar rumah tanpa pampers. Sara sudah berjaya melepasi tidur siang tanpa pampers. Setakat ini tidak pernah kencing atas tilam. 
  •  Ajar anak kencing terlebih dahulu, sebelum tidur dan berjalan naik kereta. 
  • Jika anak tidur siang melebihi 2 atau 3 jam , kejut dan angkat bawa ke tandas untuk kencing. 
  • Jika pulang ke kampung atau dalam perjalanan yang jauh pastikan singgah di mana-mana perhentian dan bawa anak ke tandas untuk kencing.
Langkah ke 4
  • Langkah seterusnya, ajari anak tidak memakai pampers pada waktu malam.Pada waktu ini anak sudah mahir mengawal pundi kencing dan sudah selesa tidak memakai pampers pada waktu siang. 
  • Pastikan anak buang air kecil sebelum tidur. Jika anak tertidur masa menyusu, angkat dan bawa anak ke tandas untuk buang air kecil. 
  • Lebih kurang 2 atau 3 jam selepas itu, kejut anak dan bawa ke tandas untuk kencing. 
Anak Buang Air Besar
  • Buang air kecil tiada masalah, namun buang air besar memang sukar untuk dilatih. Kadang-kadang ada anak yang rela buang air besar dalam seluar berbanding dalam tandas. 
  • Jadi, ibu wajib bijak dan pada peringkat permulaan ini perlu sentiasa bersama dan berada disamping anak untuk waspada dengan tingkah laku anak, menunujukkan reaksi menahan buang air besar atau sebarang reaksi menunjuk ke arah tersebut.
  • Bagi kata-kata peransang, elak marah anak  jika gagal buang air besar di tandas. Beritahu berulang kali bahawa dia mampu lakukan, sudah dewasa dan dan pandai buang air di tandas. Jika tidak selesa di tandas duduk, ajar anak buang air besar di lantai buat permulaan ini, sudah pandai barulah buang air besar di tandas duduk.
Beberapa Tip untuk ibu. 
  • Banyakkan bersabar. Banyakkan bersabar, jangan sesekali putus asa dengan karenah anak. Adatla orang baru belajar hidup banyak buat silap.  Kesilapan itu, akan mengajar anak menjadi matang. Biarkan anak mengambil masa untuk memahami apa yang kita ajar. Pada masa yang sama, berikan galakan dan dorongan yang beterusan agar anak yakin pada dirinya. Jika terkeluar jugak amarah, cepat-cepat mohon maaf pada anak, terangkan kita sayang pada dia dan mahu dia pandai  dan cepat belajar. Elakkan daripada memaki anak-anak dengan kata kesat dan gantikan dengan kata-kata positif yang mampu mendorong anak jadi pandai. 
  • Programkan otak bawah sedar anak. Sentiasa beritahu anak berulang kali, anak perlu buang air kecil dan besar di tandas sahaja. Beri galakan bahwa dia sudah dewasa dan jika mahu ke sekolah, perlu pandai buang air kecil dan besar di tandas. 
  • Beri ganjaran. Jika sudah pandai ke tandas, belikan seluar dalam yang bercorak kartun dan menarik. Jika mampu belikan potty training yang menarik dan berwarna warni untuk menarik minat anak ke tandas. 
  • Sentiasa berada disamping anak. Buat permulaan ini, ibu perlu sentiasa disamping anak untuk berwaspada dengan tingkahlaku anak yang menunjukkan tanda-tanda ingin buang air. Pastikan memasak masakan yang ringkas dan sentiasa pastikan anak berada dengan kita dimana sahaja kita lakukan kerja supaya ibu tahu jika anak ingin buang air atau tempat anak membuang najis. Penting supaya mudah ibu membersihkan najis atau mudah ibu segera membawa anak ke tandas. 
  • Jika ibu bekerja. Latih anak pada hujung minggu dan boleh teruskan di rumah pengasuh. Beri penerangan kepada pengasuh untuk membantu melatih anak ke tandas.  Sila hadkan bilangan pampers yang diberi kepada pengasuh, supaya anak cepat belajar. Jika berjaya berilah sedikit penghargaan berupa hadiah kepada pengasuh, bukan mudah untuk melatih anak anda. Walaupun anda memberinya upah, sebenarnya tidak setimpal dengan penat lelah membesar dan mengasuh anak anda yang bermacam ragam.  

Jana wang melalui blog di Akademi Bekerja Dari Rumah

Ingin selesa berjalan jauh, sewa kereta MPV dan Hiace
 
Rujukan:

http://www.dailymontessori.com/self-development/toilet-learning-vs-toilet-training/
http://farahwahida22.blogspot.com/2011/03/mengajar-anak-menggunakan-tandas-potty.html


Label: