Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...
Allah s.w.t selalu menghantar guru untuk mendidik kita menjadi semakin baik. Bagaimana, dan di mana? Orang di sekeliling kita, anak-anak kita, pasangan hidup kita, selagi kita tak faham dan cuba lari daripada pelajaran itu. Pelajaran itu akan mengikuti kita ke mana sahaja. Dan pelajaran itu, disampaikan melalui orang yang berbeza namun masalah yang serupa.
|
http://www.bubblews.com/news/3122062-your-second-parents |
Apabila,
Orang banyak tak mengenang budi kita, sudah cukup ikhlaskah kita memberi?
Orang berbuat jahat kepada kita, sudah cukup baikkah kita?
Orang sentiasa membuat kita marah, menyakiti hati kita sudah cukup sabarkah kita?
Orang memperlekehkan kita, sudah cukupkah usaha yang kita lakukan untuk mencapai kejayaan?
Renung-renungkanlah, mungkin kita tak sanggup menghadapi karenah orang di sekeliling kita, pasangan kita. Mungkin kita fikir alangkah bagusnya jika orang itu berubah, tidak..... Walaupun mereka berubah, nanti timbul lagi perangai yang lain , yang menyakitkan hati kita. Kenapa? Kita telah meletakkan dalam minda kita bahawa orang itu jahat, maka kita akan nampak jahat mereka sahaja.
Jadi marilah kita berubah memandang yang baik-baik dan positif sahaja, terutama tentang anak-anak dan pasangan kita. Supaya mereka pun menjadi orang yang baik dan memandang yang baik-baik tentang kita. Kita tidak mampu merubah orang tapi insyaallah kita mampu mempengaruhi mereka menjadi orang yang baik. Tegurlah kesalahan mereka sekali, namun jangan lah ditegur dengan kata-kata kesat yang menyakitkan. Bukan mudah nak jadik baik, berikanlah galakan apabila mereka berusaha memperbaiki diri mereka bukannya mencerca. Jangan pula, diungkit lagi kesilapan dahulu. Ingat tiada manusia yang terlepas daripada membuat kesilapan. Ajarilah mereka belajar daripada kesilapan bukannya berterusan menghukum dengan alasan sakit hati. Ajarilah mereka cara yang betul bukannya mengutuk kesilapan mereka. Setiap orang berhak membuat kesilapan supaya mereka semakin pandai menghadapi hidup yang semakin mencabar.
Nak Tahu macamana nak belajar buat blog, belajar urus akaun hanya di rumah boleh lihat di
Kelas Online
salam sayang buat pembaca sekalian.
Label: Catatan Harian