Isnin, 25 Mei 2015

Cara gulung bunga ros kait guna dawai.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Sebelum ini saya pernah menyiarkan entri tutorial mengait  bunga  ros. Hari ini saya berkongsi pula cara mengulungkan jaluran bunga ros menggunakan dawai kasar. maaf saya kongsikan lambat, kerana sibuk dengan projek membuat mas kahwin menggunakan bunga ros kait. 

Mari kita sambung pada topik perbincangan kita hari ini, apa yang penting dalam proses mengulung jaluran bunga ros ini, kita perlu gunakan jaluran kait yang melengkung ke luar, bukan ke dalam. Penting untuk memastikan bunga ros nampak kembang.



Jadi gunakan jaluran seperti dalam rajah B ya, bahagian yang melengkung ke luar sewaktu proses mengulung. Bunga ros akan nampak cantik dan kembang secara automatik.

Belajar cara mengunnakan pemasaran percuma seperti blog secara meluas melalui ABDR. Apa itu ABDR?


  • Bengkokkan hujung dawai kasar untuk memudahkan proses mengulungkan jaluran ros. 
  • Gunakan hujung jaluran ros yang tidak mempunyai lebihan benang. Letakkan dawai yang dibengkokkan tadi pada hujung jalur rose, dan mulakan mengulung jaluran bersama dawai tadi. 
  • Jahitkan gulungan kecil yang menutupi dawai bengkok tadi.matikan benang.
  • teruskan mengulung sehinggalah hingga akhir gulungan. * Tips: Jangan jahit bunga rose ketika proses mengulung, tapi jahit selepasnya proses mengulung tadi. 



  • Sudah nampak bentuk kelopak bunga ros yang mengembang dan mekar.
  • Jahitkan di sekeling bunga  ros, untuk kukuhkan bunga ros dan tidak mudah terlerai. 
  • Tadaa...dah siap pun..
Kalau tak faham, boleh rujuk dalam video tersebut ya. 
Apabila kita belajar secara online, guru tiada depan mata. memang agak sukar sebenarnya. Jadi kita perlulah lakukan banyak kali samapi faham. Mula-mula, buat dahulu jangan fikir cantik atau tak. Siapkan sahaja, jangan tinggalkan. Ros kait yang pertama akan jadi rujukan kita. Kita akan perasan hasil kait kita makin cantik dan kemas daripada semasa ke semasa. 

Sekian terima kasih, kalau tak faham bagitau ya.


Iklan: 

Iklan: 

hanya beberapa hari sahaja promosi akan tamat, 

Cabaran SOHO
Bekerja sambil melayan kerenah anak-anak tidak semudah yang dibayangkan. Tambahan pula jika anak-anak adalah masih kecil. Beberapa cabaran kecil perlu ditukarkan kepada disiplin kerja yang lebih teratur, hadkan masa bersama keluarga dan juga rakan dan bina imej yang lebih profesional. Kadangkala tetamu yang tidak diundang datang bertandang, jadi perlu pandai menyesuaikan keadaan ini ketika kritikal berdepan perlu menyelesaikan tugas segera dan penting.
baca lagi dalam ebook 101 idea home based bisnes


Iklan: 

Pendaftaran iklan sudah dibuka,
2 tapak kekal
sohodiredtory dan tapak terbaru di sini
http://senaraihomestaymalaysia.blogspot.com/
Yuran iklan: RM150



Berminat untuk tapak pengiklanan di blog jemaah abdr boleh hubungi saya


Jika berminat hubungi saya: 

Email : dalilayusof86@gmail.com

sms / wsapp / : 0193229480

atau fb: https://www.facebook.com/dalilayusof

Label: , ,

Ahad, 24 Mei 2015

Projek terbaru daripada bunga ros kait

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Projek yang dibuat sangat ringkas, sebab waktu diberikan hanya 5 hari sahaja. Projek Mas kahwin untuk adik ipar yang selamat berlangsung hari sabtu lepas. Lega apabila satu kerja dah siap, banyak lagi yang kena siapkan ni.


Tarik nafas, senaraikan satu-satu, kemudian buat sahaja. kalau tak memang takkan siaplah kerjanya. Bunga ros kait, patennya boleh tengok dalam entri tutorial kait bunga ros. Bunga rossette daripada duit saya lihat tutorial making rossete , money origami. Daun pula, saya kait sahaja tanpa memahami maksud pasud patern  daripada laman web rusia,kseniyanik.



Sakit-sakit tangan mengait bunga dan daun, tapi apabila tengok hasilnya, penat pun hilang. 


Iklan: 

hanya beberapa hari sahaja promosi akan tamat, 

Cabaran SOHO
Bekerja sambil melayan kerenah anak-anak tidak semudah yang dibayangkan. Tambahan pula jika anak-anak adalah masih kecil. Beberapa cabaran kecil perlu ditukarkan kepada disiplin kerja yang lebih teratur, hadkan masa bersama keluarga dan juga rakan dan bina imej yang lebih profesional. Kadangkala tetamu yang tidak diundang datang bertandang, jadi perlu pandai menyesuaikan keadaan ini ketika kritikal berdepan perlu menyelesaikan tugas segera dan penting.
baca lagi dalam ebook 101 idea home based bisnes
Iklan: 

Pendaftaran iklan sudah dibuka,
2 tapak kekal
sohodiredtory dan tapak terbaru di sini
http://senaraihomestaymalaysia.blogspot.com/
Yuran iklan: RM150



Berminat untuk tapak pengiklanan di blog jemaah abdr boleh hubungi saya


Jika berminat hubungi saya: 

Email : dalilayusof86@gmail.com

sms / wsapp / : 0193229480

atau fb: https://www.facebook.com/dalilayusof



Label:

Isnin, 18 Mei 2015

Tutorial mengait bunga ros

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Hari ini saya kongsikan cara saya mengait bunga ros, pada entri Projek kait jambangan bunga ros. Jika anda baru berjinak-jinak dengan hobi mengait ini, saya alu-alukan anda mencubanya kerana patennya sangat mudah. 

Bahan-bahannya


Benang nona(sebarang warna), jarum jahit, jarum kait bersaiz 4 mm, gunting. 

Langkah-langkahnya: 

dalilayusof.blogspot.com
Bahagian bunga:

1. Pastikan ada lebihan benang sepanjang 8 inci untuk menjahit bunga nanti, buatkan 'slipknot'.


2. Kaitkan sebanyak 66 chain.

3.


Pada penghujung baris, chain 3 kemudian pusing.

4. 


Ulangi langkah ** kaitkan (2 dc, Ch3, 2 dc)** pada kaitan -V sehinggalah hujung baris. Pada pengghujung baris, kaitkan 1 sc, dan pusing. 


5.

 6. 

Pada kaitan terakhir, kaitkan 1 sc, kemudian tinggalkan sekurang-kurang panjang lebihan benang sepanjang 8 inci. Gunting dan matikan benang. 



Kita mulakan pada bahagian bukan yang ada benang lebihan tadi, gulungkan jaluran kait di sekeliling jari telunjuk untuk membentuk bunga. apabila sudah siap, gunakan benang lebihan tadi untuk menjahit bunga. Jika anda tak faham boleh rujuk video di bawah ye. Ini bukanlah tutorial saya, tutorial asal daripada Naztazia. Terima kasih atas tutorial anda yang cukup lengkap. Saya mampu siapkan jambangan bunga yang cantik daripada tutorial anda. 





Kesemua gambar adalah hak milik saya, jika mahu meniru, tirulah dengan niat untuk belajar bukannya menciplak, bak kata orang jangan tiru secara bebal.  Anda hanya dapat hasilnya tanpa belajar satu pun daripada saya. Saya tak minta bayaran cuma kreditkanlah pada blog saya dan empunya tutorial yang asal. Semoga ilmu yang anda dapat adalah bermanfaat. Jika mahu menulis tutorial yang sama , tulis semula, dan gunakan gambar sendiri untuk menulis di blog anda ye. Walaupun sama tetap tak serupa. Salam sayang daripada saya selamat mencuba. 

Iklan: 

Pendaftaran iklan sudah dibuka,
2 tapak kekal
sohodiredtory dan tapak terbaru di sini
http://senaraihomestaymalaysia.blogspot.com/
Yuran iklan: RM150



Berminat untuk tapak pengiklanan di blog jemaah abdr boleh hubungi saya


Jika berminat hubungi saya: 

Email : dalilayusof86@gmail.com

sms / wsapp / : 0193229480

atau fb: https://www.facebook.com/dalilayusof

.

Label:

Suka bertangguh itu bahaya.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sudah lama tak menulis di blog. Hari ini kita sapu-sapu sawang pada blog ye. Antara salah satu projek menghias rumah saya buat kali ini saya kait sahaja guna granny square simple untuk menghasilkan alas kait.


Bulan ini dan bulan depan memang gerenti sibuk dengan tempahan kait. Jadi kita buat sedikit demi sedikit untuk menyiapkan kerja. Duduk di rumah salah satu penyakit yang paling bahaya adalah bertangguh. Kalau satu hari tangguh cuci pinggan, melipat baju dan pelbagai lagi kerja rumah bertimbun. Lagi pula, kadang-kadang ada sahaja perlu keluar rumah, yelah cik bos biasanya cakap pada saat-saat terakhir baru nak bagitau programnya. Jadi nak tak nak kena bersedia, tidak membuang masa walaupun sesaat pun.

 Begitu juga kerja mengait, kalau tangguh-tanguh memang tak mengaitla jadinya. tak tahulah projek ini akan siap atau tak. Nanti saya postkan hasil kaitnya. Blog pun sama, sudah banyak hari tertinggal walaupun idea sudah banyak bertimbun ni. Menulisnya pun tak sempat, sebab bertangguh. Memang betul-betul berusaha siapkan tempahan kait.

Kesimpulannya, sikap bertangguh itu sangat bahaya, lagila untuk surirumah yang terkejar-kejar masa, dan sangat sedikit masa. Jangan tunggu sempurna untuk bermula, itu hanya alasan untuk sikap suka bertangguh. Nota untuk diri sendiri.


iklan:



Pendaftaran iklan sudah dibuka,
2 tapak kekal
sohodiredtory dan tapak terbaru di sini
http://senaraihomestaymalaysia.blogspot.com/
Yuran iklan: RM150



Berminat untuk tapak pengiklanan di blog jemaah abdr boleh hubungi saya


Jika berminat hubungi saya: 

Email : dalilayusof86@gmail.com

sms / wsapp / : 0193229480

atau fb: https://www.facebook.com/dalilayusof


Label:

Khamis, 7 Mei 2015

Projek kait jambangan bunga ros.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Antara projek raya yang saya buat adalah mengait jambangan bunga ros. Rumah dah macam kandang kambing, yela dengan contengan dinding anak-anak membuatkan ibu bertambah tertekan. Rumah dah macam tongkang pecah, pereka hiasan dalaman saya baru nak belajar menghias dinding. Malu betul nak ajak orang datang rumah, semua mata tertumpu dengan hasil seni anak. hu..hu..

Antara hasil seni anak-anak

Nak ikut masa memang tak cukup, kerja rumah yang berulang-ulang melayan perangai anak-anak, mengasuh dan menguruskan anak-anak lagi. Paksa juga la diri untuk mengait bunga ros ni, barulah cantik rumah. Buat sikit-sikit lama jadi bukit. Dah nampak hasil barulah mood datang mengunung tinggi untuk mengait perhiasan lain. Hobi mengait ini, memang la mengajar erti kesabaran, kalau tak sabar memang tak de hasil la gamaknya.



Hari ini tak nak cerita tentang bunga ros, saya ceritakan tentang pasunya ya. Pasunya saya kitar semula daripada botol minuman kaca, yang telah ditanggalkan labelnya. Rendam botol kaca dalam air sederhana panas, mudah sahaja nak tanggalkan labelnya. 



Keringkan, kemudian lilitkan warna benang mengikut kreativiti anda. Prosesnya nampak mudah, tapi rumit sebenarnya. Sewaktu melilitkan dengan gam pistol atau gam yang berwarna putih, perlu lilit secara perlahan-lahan, lilitan benang perlulah rapat dan tidak terlalu jarak. Apa-apa pun, tutup mata sahaja jika kita buat tak kemas buat permulaan. Buat lagi, sampai betul-betul kemas ya. Bak kata pepatah english, "Practice makes perfect" . 






Iklan: 

Bagi yang mahu belajar Kelas Asas Blog secara Offline, Pihak ABDR mengadakan Kelas Offline di Shah Alam. 


Jika berminat hubungi saya: 

Email : dalilayusof86@gmail.com

sms / wsapp / : 0193229480

atau fb: https://www.facebook.com/dalilayusof








Label:

Rabu, 6 Mei 2015

Kait cover tin untuk tempat letak sikat.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Tin ini asalnya hadiah percuma  daripada susu yang budak-budak ni minum, jadi daripada terletak tak tau pakai untuk apa. Saya jadikan tempat letak sikat, untuk nampakkan lebih menarik saya kaitkan sarungnya. Saya pernah menulis tutorial mengait "granny square" yang sangat mudah ini. Projek ini boleh dijadikan sebagai projek untuk menghabiskan benang yang berlebihan. Cara cantuman "granny square" juga saya pernah terbitkan artikel mengenai pelbagai tutorial yang boleh diikuti di cara mencantumkan granny square




Iklan: 

Bagi yang mahu belajar Kelas Asas Blog secara Offline, Pihak ABDR mengadakan Kelas Offline di Shah Alam. 


Jika berminat hubungi saya: 

Email : dalilayusof86@gmail.com

sms / wsapp / : 0193229480

atau fb: https://www.facebook.com/dalilayusof




Label: