Tutorial membaca pembaris inci bah 1.
Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...
Cara baca pembaris/ tali pengukur dalam inci
Assalamualaikum, hari ini saya ingin berkongsi nota membaca pembaris
atau tali pengukur jahitan. Dulu sewaktu saya mula menjahit, saya banyak guna
pola baju dari Internet. Cukuplah gila memuaturun segala macam pola, namun tak
semuannya mengikut saiz anak-anak saya yang amat kecil molek. Gigihlah, suruh
mak dan mak su ajar bagaimana nak buat pola. Agak keliru waktu itu, mak dan mak
su suka sebut suku dan 3 suku sewaktu
mengajar.
Waktu itu, saya tak berapa faham nak baca ukuran pada tali
pengukur. Agak pelik, waktu itu saya rasa pembaris inci sepatutnya ada 10 sengatan. Rupanya memang pembarisnya hanya ada
8 sengatan. Kemudian, mak ajar cara membaca pembaris inci satu persatu. Rasa
rendah diri dengan mak yang tak belajar tinggi tapi ilmunya lagi tinggi
daripada anaknya. Hu..hu..memang mak makan garam lebih daripada anaknya. Cuma
ilmunya, sahaja tak diterbitkan dalam buku.
Kalau tidak tentu dah berjilid-jild buku diterbitkan.
- · Perbezaan sengatan pembaris sentimeter dan inci.
Rajah
1
Jika merujuk pada Rajah 1, sengatan pada pembaris sentimeter
adalah 10 sengatan kecil berbanding pembaris inci mempunyai 8 sengatan sahaja. Jadi cara pembacaannya pun berbeza. Setiap
satu sengatan kecil pada pembaris sentimeter bernilai 0.1. Manakala, pembaris
inci pula satu sengatan kecil bernilai 1/8.
Rajah 2
Bacaan bermula dengan 0,
kemudian diikuti dengan:
1/8 inci
2/8 inci =1/4 inci (suku
inci)
3/8 inci
4/8 inci=1/2 inci
(setengah inci)
5/8 inci
6/8 inci= ¾ inci (tiga
suku inci)
7/8 inci
8/8 inci=1 inci
Selain menggunakan
pecahan, 1 sengatan kecil disebut juga 1 hoon iaitu 1/8 bersamaan 1 hoon, ¼ bersamaan
2 hoon, jadi 1 inci bersamaan 8 hoon.
Label: Diari WAHM