Sabtu, 24 Mei 2014

Kelebihan Penulenan Air Bio Pure K 200

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....


Selamat pagi dan assalamulaikum, hari ini nak ceritakan tentang mesin penulenan air elken K 200 ni. Mesin ini dihadiahkan oleh mak mertua sewaktu awal-awal pindah dahulu. Air paip memang sangat kotor, tak sampai 2 minggu dah berkeladak, menunjukkan betapa kotornya air paip. Bayangkan macamana nak minum air ini bila kita tak tapis, paling kesian dekat kanak-kanak ribena. Baru lagi nak hidup, buah pinggang dia perlu tapis semua benda kotor-kotor ini. 



Sewaktu catuan air, memang mesin air ini sangat berguna sebab waktu itulah air tersangatlah kotor. Setakat mandi tu, tutup matalah, tapi kalau nak minum tak sanggup, nak masak lagi. Kita yang dewasa ini perlukan makanan dan minuman yang berkhasiat. Inikan kanak-kanak yang masih tak tahu apa-apa perlukan lebih khasiat daripada kita supaya mereka kekal sihat dan ceria untuk teruskan hidup tanpa kita di sisi mereka kelak.  

Yang paling saya suka, produk ini banyak menjimatkan waktu dan gas untuk menjerang air, ibarat seperti termos panas, tekan sahaja mode air panas terus untuk buat minuman panas, dan lebih-lebih lagi susu anak. Senang sahaja, mode air panas ini dilengkapi dengan sistem keselamatan, tekan selama 2 saat barulah air panas akan keluar. Memang bagus terutama jika mempunyai kanak-kanak ribena yang memang tinggi sifat ingin tahunya, macam anak saya. Walaupun menggunakan elektrik, setakat ini bil eletrik saya masih lagi tak mencecah sampai RM 100, bagi keluarga kecil macam saya, minum susu, minum air masak, minum air panas, kadang-kadang mandikan anak-anak pakai air bio pure ini. Kebiasaannya, apabila sesudah air diambil, mesin ini secara automatik akan mengeluarkan air kotor mengikut saluran tersendiri. Jika anda berminat boleh hubungi saya segera. 





Nak tahu produk elken lebih lanjut klik di sini
nak tempah boleh isi borang 
Ingin bekerja hanya di rumah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-r

Perlukan kereta sewa dan MPV http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa












Label:

Khamis, 22 Mei 2014

Nak Baju Let It Go

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Akibat kemaruk dengan cerita Frozen, baju jalan pun nak mintak baju Frozen....Siap nangis lagi. Nanti ya sayang ibu siapkan kait barang tempahan, lepas ini ibu tumpu buat baju raya anak-anak ibu..dalam hati ini, baju eden pun tak siap lagi, gasaklah..anak oh anak.


Ingin bekerja hanya di rumah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-r

Perlukan kereta sewa dan MPV http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa



Label:

Rabu, 21 Mei 2014

Pikat hati Suami...

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....



Paling sukar nak pikat hati suami, tips;

Ayat al-quran, banyakkan bersyukur bukan hanya bersabar, masakan yang sedap...Nak sedap masak wajib sentiasa selawat dan masak dengan penuh kasih sayang. Kita yang kena pikat suami...

Label:

Ahad, 18 Mei 2014

Doa ibu sangat mustajab

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Apabila anak semakin meningkat dewasa, mereka semakin sukar mendengar kata dan agak suka mempertahankan apa yang dipercayai, atau disebut nakal. Mereka sedang belajar tentang erti kehidupan jadi memang banyak buat kesilapan, dan daripada kesilapan mereka akan semakin memahami erti kehidupan.

Kadang-kadang memang akan hilang sabar tapi jangan sesekali memaki hamun anak atau melabelkan anak denngan panggilan negatif kerana menjadi trademark dalam kehidupan mereka. Doa seorang ibu adalah mustajab walaupun di luar waktu solat, dalam bebelan harian. Jika kita tidak yakin pada anak kita. orang di sekeling juga lagilah tidak akan yakin dengan mereka, menyukarkan proses hidup anak. Kita ibarat merosakkan hidup anak sendiri hanya kerana geram dengan perbuatan nakal mereka. Perangai boleh diubah namun sukar untuk mengubah tanggapan buruk orang terhadap anak.

Jika kita ingin anak kita baik, panggilah dengan panggilan baik seperti yang diperkatakan oleh Uztaz Azhar Idrus.  Hati-hati wahai ibu, kita yang mencorakkan anak, mendidik mereka daripada sehelai kain putih kepada kain yang berwarna warni. Jika cantik acuannya cantiklah corak dan warna kehidupan mereka.


Label:

Jangan Takut Kerana Manusia.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Kadang-kadang kita terfikir membuat sesuatu untuk masa depan keluarga kita, tapi kita asyik berfikir tentang LOGIK, adakala takut nak melangkah semata-mata TAK PERNAH DIBUAT ORANG. Tak pun takut NANTI APA ORANG KATA ataupun NANTI MAK BAPAK KECIL HATI TAK IKUT CAKAP MEREKA.

Silapnya disini kita terlalu takut dengan manusia hatta ibu bapa sendiri. Kita lupa kita perlu HORMAT bukannya TAKUT..KAN? Sedangkan siapa yang merana apabila kita gagal? Siapa yang merana apabila kita tidak melangkah? TAKUT SUSAH? Kalau semua benda mudah, kita tidak memerlukan manusia lain untuk hidup ini. Tidak lah Allah s.w.t.  perlu cipta SYURGA dan NERAKA.

Yang penting

SOKONG diri dulu, baru orang lain akan sokong.
KUATKAN diri dengan ILMU, baru makin kuat.
TINGKATKAN USAHA, barulah ada HASIL.

USAHA, USAHA, USAHA, baru HASIL.

Jangan lupa pula, pada ALLAH tempat kita bergantung bukan manusia.

Kaki Novel







Label:

Isnin, 12 Mei 2014

Penghinaan, Usaha

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....



  • Biarlah kita dihina manusia kerana kita berusaha sekeras-kerasnya menjadikan diri lebih baik daripada semalam.
  • Jangan dihina kerana kita malas berusaha sekadar mengemis sana sini, sanggup berlapar perut semata-mata malas berusaha.






http://buasirotak.blogspot.com/2013/01/10-hari-tak-makan-nasi.html

  • Biar kita dimarahi kerana banyak buat silap semasa belajar, jangan kita dimarahi kerana tak nak belajar.
  • Berusahalah sedaya upaya untuk memenuhi keperluan kita, jangan terlalu meminta orang menolong kita untuk memenuhi keperluan dan kehendak kita. Sampai bila-bila pun kita akan rasa tak cukup. Sebab orang lain takkan faham dan larat memenuhi kehendak kita.











Label:

Jumaat, 9 Mei 2014

E-book Bersalin Alami

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....


Ebook Bersalin Alami

Teringat ketika pengalaman melahirkan Sara dahulu, masih mentah dan banyak yang tidak diketahui. Waktu awal kahwin dahulu, saya mengikut suami ke Kulai, Johor. Jauh sungguh dengan mak. Semestinya mak risau dengan keadaan anaknya jauh di mata. Saya memang rajin menelefon mak menanya itu ini sebab saya kosong mengenai mengandung dan melahirkan bayi. 

Iklan: 

Ingin bekerja hanya di rumah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html
Perlukan kereta sewa dan MPV http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa



Tiba hari yang dinanti, ya Allah sakitnya rasa kontraksi, rupanya sakitnya lebih kuat daripada pengalaman saya sakit sebelum. Memang lemah betul badan ini menahan kesakitan. Oleh kerana, ada komplikasi jantung  dan Thalasemia minor kami bergegas ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Sabar sahaja, apabila doktor menyuruh kami pulang kerana menurut beliau itu amaran palsu,  sakit juga semakin reda.

Namun, apabila balik, sampainya di rumah terasa kontraksi semakin kuat menyebabkan saya mundar mandir sehinggalah darah keluar. Kami bergegas lagi ke hospital, dan kali ini doktor menahan saya di wad. Terasa sakit semakin kuat namun apabila jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi, bukaan laluan bayi baru sampai 4 cm. Sepanjang malam menahan kesakitan dan tidak dapat tidur lena. Malah, makanan langsung tidak dijamah, keesokkan paginya menangis telefon mak. Mak hanya menyuruh bersabar menahan sakit dan banyakkan berzikir zikir Nabi Yunus. Memang terasa kuat sedikit apabila membaca zikir tersebut. 


Tidak lama kemudian, jururawat datang kerana kesiankan saya yang menahan sakit teramat sangat dia mencadangkan untuk memecahkan air ketuban. Dan...sakitnya lagi kemuncak, tanpa suami di sisi, saya hanya berbekalkan zikir, sakit pinggang makin terasa. akhirnya dalam tengahari itu, Sara dilahirkan, syukur merah dan sihat. Kali pertama melihat anak sendiri, perasaan yang menyeronokkan hilang rasa sakit. Saya menyusukan Sara kali pertama, perasaan pertama kali melahirkan memang sakit tapi bersyukur semuanya selamat. 

Pengalaman mengandungkan anak, melahirkan memang menyeronokkan, tapi saya pasti ramai yang takut sewaktu sakit bersalin. Ketika mengandung anak kedua dan ketiga saya tak suka duduk diam sahaja, takut bayi lambat keluar dan sukar bersalin. Macam-macam aktiviti yang saya buat, alhamdullilah setakat ini tak sampai 4 jam sahaja sakit. Dan bayi juga tiada masalah, sampai bidan pun hairan laju je keluar, sampai tak tunggu baba datang dah keluar. Tiba sahaja suami, anak dah selamat dilahirkan. Nak tahu  petua-petua mengurangkan  rasa sakit bersalin? Anda boleh mempelajari pelbagai teknik mengurangkan rasa sakit kontraksi melalui ebook Bersalin Alami oleh Iryani Ahmad (Protege awal kelas blog penulisan blog ebook bersama pn Masayu Ahmad) hanya berharga RM 25 sahaja. 

Apa yang seronok tentang buku ini:

Ebook ini ditulis oleh Puan Iryani Ahmad dan terbahagi kepada 4 perkara utama.
Puan Iryani Ahmad akan menerangkan:
  1. Petua melawan rasa sakit contraction digantikan dengan perasaan seronok.
  2. Apakah struktur utama tentang petua dan tips yang membuatkan wanita hamil tidak lagi was-was dan takut mahu bersalin.
  3. Bagaimana tiru dan buat semula teknik bersalin alami – Untuk kelahiran akan datang.

Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk tiru & buat.

Ebook ini diolah semula dalam bentuk pengamatan pengalaman.
Iaitu tuan/ puan akan belajar dengan cara:
  1. Setiap kelahiran adalah pengalaman terindah.
  2. Menggunakan gambar yang mudah untuk kita faham nota dan belajar.
  3. Setiap isi bab yang santai sekitar 1 mukasurat– Supaya anda rasa seronok dan cepat faham
Dapatkan segera.


Label:

Promosi menarik bulan mei ini

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....

Promosi MEI





Ebook PROMOSI Mei & Jun: Dua ebook dapat RM50

Ebook 101 Idea Homebased Bisnes + Super Super Mom

Boleh tempah sekarang 

Label:

Khamis, 8 Mei 2014

Ayuh Surirumah Majukan Diri

Teks: Dalila Yusof
 Bismillahirahmanirahim..

 If your mother quit her role as mother, entire lives would be turned upside down; society would suffer greatly. The ripples of that tragedy would be felt for generations. If she quit her job as a computer analyst, she’d be replaced in four days and nobody would care. Same goes for you and me. We have freedom and power in the home, not the office. But we are zombies, so we can not see that.

Yes, my wife is JUST a mother. JUST. She JUST brings forth life into the universe, and she JUST shapes and molds and raises those lives. She JUST manages, directs and maintains the workings of the household, while caring for children who JUST rely on her for everything. She JUST teaches our twins how to be human beings, and, as they grow, she will JUST train them in all things, from morals, to manners, to the ABC’s, to hygiene, etc. She is JUST my spiritual foundation and the rock on which our family is built. She is JUST everything to everyone. And society would JUST fall apart at the seams if she, and her fellow moms, failed in any of the tasks I outlined.

Read more at http://themattwalshblog.com/2013/10/09/youre-a-stay-at-home-mom-what-do-you-do-all-day/#iZRY5qxCDZlSpEB7.99 

Maksudnya: Jika kita berhenti kerja tiada siapa yang ambil peduli, bos kita akan menggantikan kita dengan pekerja yang lebih baik daripada kita. Ya, mereka akan mengadakan jamuan perpisahan untuk kita. Mereka bersedih hanya sementara sahaja, selepas itu akan ada yang menggantikan kita.

Tapi jika seorang ibu lari meninggalkan kerja dan tanggungjawabnya sebagai seorang IBU, semuanya menjadi kucar kacir, masyarakat yang akan merana lebih-lebih lagi si kecil hilang belaian seorang ibu. Malah ini akan berlanjutan ke generasi seterusnya. Memang seorang ibu, HANYALAH seorang ibu yang HANYA melahirkan anak ke dunia ini, dan ibu HANYA membentuk, mendidik dan menjaga anak-anaknya. Ibu HANYA menguruskan, memimpin, dan memastikan urusan rumah tangga berjalan dengan lancar sambil menjaga anak-anak yang bergantung sepenuhnya padanya. Ibu HANYA mengajar anak-anaknya bagaimana menjadi seorang INSAN, dan semakin mereka membesar Ibu hanya melatih mereka semua benda yang perlu diketahui kelak tanpa seorang ibu disisi, daripada moral, adab, ABC, hinggalah kebersihan tak lupa juga aspek keagamaan. Seorang ibu adalah asas kerohanian dan tapak untuk keluarga yang dibina. Daripada ibulah segalanya bermula, Dan masyarakat akan pincang jika seorang IBU gagal melaksanakan tugas yang diberikan. Jadi janganlah kita memandang remeh pada peranan yang hanya dilakukan seorang IBU terutamanya surirumah. Adakalanya, seorang BAPA juga terpaksa mengambil alih tugas seorang ibu. Jadi hargailah ibu kita selagi mereka ada kerana besarnya peranan ibu terhadap kehidupan kita.

Buat surirumah mungkin ada yang memandang hina status kita mari tingkatkan diri daripada 'duduk' di rumah kepada bekerja dari rumah.

 Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas berikut :

 1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

 2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

 3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

 4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

 5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

 6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

 Bagaimana kelas ini dijalankan? Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian). Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Protege akan dimasukkan dalam group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui pm di facebook atau group kelas. Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.

 Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa protege sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan. Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu protege menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini protege tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka. Protege dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.

 Kelas ini di mana? Uniknya kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.

 Saya bekerja tak ada masa? Disebabkan tuan/puan tak ada masa, itu sebab kelas ini masanya fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.

 Saya tak ada produk. Produk kami sediakan. Boleh jadi rakan niaga akademi. Jika sudah ada produk lagi ok. Berapa lama boleh pandai? Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat tuan/puan boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. Cepat lambat adalah bergantung pada protege sendiri. Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah kalian boleh mula menggunakan blog, facebook dan fanpage untuk menjana pendapatan pula. Apa lagi yang kami dapat? Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog. Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.

Untuk maklumat lebih lanjut klik sahaja  Kelas Online

Ingin bekerja hanya di rumah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html
Perlukan kereta sewa dan MPV http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa

Label:

Strategi Pengurusan Masa WAHM

TEks: Dalila Yusof
Bismillahirahmainrahim.....

Bekerja sebagai WAHM menuntut kita banyak bersabar dan bijak menguruskan masa, apatah lagi kerja rumah yang tidak pernah habis. Saya kongsikan di sini beberapa  tips menguruskan masa daripada Pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah, Masayu Ahmad.

Strategi pengagihan tugas untuk WAHM & SAHM

Teks: Masayu Ahmad



Foto kredit: http://www.treehugger.com

Apabila berada di rumah anda tidak akan menang tangan untuk melakukan semuanya seoarang diri. Ditambah pula dengan bilangan anak yang ramai mungkin tiga hingga lima atau lebih.

Apabila anda sudah mengambil keputusan berada di rumah atau bekerja di rumah, sangatlah perlu untuk membuat pengagihan tugas dan menggunakan bantuan dari luar. Anda masih buntu, cara berikut mungkin dapat membantu.

Pembantu rumah

Ini mungkin bagi mereka yang berkemampuan, masih memerlukan bantuan pekerja di rumah dan juga mempunyai anak-anak kecil yang ramai. Tidak semua orang bernasib baik memiliki pembantu rumah yang rajin, setia dan tidak banyak kerenah. Walaupun mempunyai pembantu rumah anda perlu berdispilin dan terus fokus dengan kerja anda.

Gunaka sebaik-baiknya masa yang ada untuk bekerja dengan lebih tekun. Pada masa yang sama tidak melepaskan 100 peratus tanggungjawab menjaga anak kepada pembantu rumah. Menyediakan jadual tugasan kepada pembantu rumah juga adalah salah satu cara yang baik, agar pembantu anda mempunyai skop kerja yang jelas.

Pembantu mingguan

Tidak semua orang yang suka jika ada orang asing berada di rumah. Anda merasakan tidak bebas dan kurang selesa. Kini sudah ada khidmat pembantu rumah pada hujung minggu atau pada hari-hari tertentu sahaja.

Agihkan kerja-kerja yang tidak anda gemar lakukan kepada pembantu seperti ini seperti membasuh bilik air, menggosok baju dan mengemas rumah.

Pembantu seperti ini boleh didapati daripada agen-agen atau orang perseorangan. Anda boleh juga mengiklankan sendiri. Kerana ada juga individu yang suka bekerja tanpa terikat dengan jadual yang ketat.

Menghantar ke pusat jagaan

Anda boleh menghantar anak-anak ke pusat jagaan. Anda boleh kelaskan hanya pada waktu-waktu tertentu contohnya separuh hari, hari minggu atau hanya pada waktu-waktu anda sibuk sahaja. Ini memudahkan anda mengimbangi antara keperluan untuk melaksanakan kerja dan pada masa yang sama rumah tangga tidak terabai.

Pengurusan masa

Setiap orang memiliki putaran 24 jam sahaja. Anda perlu tahu apa jadual harian, bulanan dan tahunan. Perancangan yang jelas, spesifik dan realistik sangat membantu untuk anda mencapai matlamat yang disasarkan Walaupun anda bergelar suri rumah atau wanita yang bekerja di rumah, jangan sia-siakan masa kepada perkara yang tidak berfaedah.

Tumpukan kepada matlamat pendidikan anak-anak, aktiviti menjana pendapatan, ibadah, hubungan kemasyarakatan dan aktiviti kekeluargaan. Barulah hidup terisi dan masa tidak dibazirkan begitu sahaja kepada perkara melalaikan dan sia-sia.

Ingin dapatkan pelbagai tips WAHM boleh berkunjung ke blog beliau http://naufalsayang.blogspot.com/





Label:

Rabu, 7 Mei 2014

Granny square oh granny square

Teks: Dalila Yusof
Bismillahiramanirahim...

Selepas projek mengait untuk acara jualan di Stadium Kuala Selangor, memang banyak lebihan benang yang tinggal. Projek yang paling mudah untuk menggunakan lebihan benang adalah "granny square". Mudah kerana patennya senang diingati. "Granny squares" merupakan projek kait yang paling popular, dan boleh dicantum  untuk dijadikan pelbagai produk yang menarik sebagai bola kait, alas meja, kotak tisu,  dan lain-lain lagi



Jika anda masih baru dengan hobi mengait ini, ini merupakan projek yang sangat menarik dan mudah difahami. Hari ini saya kongsikan bagaimana saya mengait "granny square" ini. 

Bahan-bahan yang diperlukan: 
Jarum Jahit
Lebihan benang pelbagai warna.
Gunting
Jarum kait bersaiz 3.5m

Oleh kerana saya banyak mempelajari seni mengait dalam bahasa Inggeris jadi saya banyak menggunakan istilah bahasa Inggeris, secara tidak langsung menyenangkan kita untuk mempelajari tutorial kait dalam bahasa inggeris.
Istilah: 

ch-chain: tali air (ta)

ss-slip stitch: sekali kait (skk)
dc-double crochet: sekali belit (skb)
2 ch space: 2 chain space

Simbol kait:
http://www.craftyarncouncil.com/chart_crochet.html












Cara-caranya:

Carta 1
http://frettanfriends.blogspot.com/2011/04/granny-square-crochet-ball.html
Untuk Baris Pertama



1. Mulakan dengan mengait 5 chain.

2. Slip stitch pada chain pertama untuk membentuk satu bulatan.
Gambar 2 a
Gambar 2b

3. Kait 3 chain seperti dalam gambar 2a, 3 chain tersebut akan dianggap sebagai 1 dc. Kemudian, kaitkan 2 dc  dalam bulatan yang terbentuk, sekarang, kita akan dapat 3 dc. Seterusnya, kaitkan 2 ch yang dipanggil 2 ch space seperti yang ditunjukkan dalam gambar 2b.



4.  *Kemudian kait 3 dc dalam bulatan tersebut, seterusnya kaitkan 2 ch.*
5.  Ulangi langkah 4  sebanyak 2 kali. Jadi, kita akan dapat 4 kumpulan 3 dc dan 4 kumpulan 2 ch space. 

6.  Sejurus itu, slip stitch pada ch yang ke 3 pada 3 ch yang pertama tadi. Selesai pada baris pertama, tarik benang dan gunting, matikan benang. 
Selesai sudah baris pertama, kita berganjak ke baris ke 2, 

1.  Tukarkan kepada warna benang lain, slip sticth pada mana-mana 2 ch space. Mulakan dengan mengait 3 chain yang dikira sebagai 1 dc.
Gambar 1 a. 

2. Kaitkan 2dc seperti dalam gambar. 
Gambar 2 a.

3. Kaitkan 2 ch yang dikira sebagai 2 chain space, kemudian kait sekali lagi 3 dc. 
Gambar 3 a. 

4. Kaitkan 3dc, 2ch, 3dc di setiap 2 chain space seperti dalam gambar 4 a. Slip stitch pada dc yang pertama. 
Gambar 4 a. 

Untuk baris ke 3 dan ke 4, paten adalah sama mengikut langkah 4 kecuali ruang di tengah-tengah di antara dua  kumpulan 3dc, 2ch, 3dc, kait hanya 3dc seperti dalam gambar di bawah.

Jadi, kita akan mengait 3dc, 2ch, 3dc pada setiap penjuru granny square yang kita panggil 2 chain space. Kemudian, kaitkan 3dc di setiap ruang di antara 2 kumpulan 3dc, 2ch, 3dc. Jika anda tidak faham boleh rujuk carta 1.

Granny square yang sudah siap dikait dengan pelbagai warna yang menarik. Entri yang akan datang saya akan kongsikan bagaimana kita mencantumkan granny square menjadi  bola mainan yang sesuai untuk bayi. 


Ingin bekerja hanya di rumah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html
Perlukan kereta sewa dan MPV http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa






















Label: