Ahad, 21 Jun 2015

Work in pogress Kopiah kait

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Hari ini dalam proses lagi menyiapkan tempahan kopiah, jadi akan senyap sebentar, tapi saya cuba juga menyediakan entri terbaik untuk pembaca blog saya.

Jumaat, 19 Jun 2015

Tudung Maryaa untuk gadis comel 1-3 tahun

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..


Assalamualaikum, tak sabar nak kongsi entri kali ini. Ini tentang tudung raya cik ecah yang dihadiahkan oleh rakan ABDR TuanFadzilah TuanSulaiman, salah satu koleksi beliau untuk gadis kecil berumur 1-3 tahun. Wah, bergaya sakanlah cik Ecah tahun ini. Baju kurung
 tersebut pula dijahit oleh nenek. Sudah lengkaplah baju raya cik Ecah tahun ini.
tips sebelum berhenti kerja


Memang sangat selesa dan cantik dipakai oleh Cik Ecah. Material tudung adalah daripada kain cotton, sangat sesuai dipakai oleh si kecil, ringan dan pastinya menyerap peluh. Kanak-kanak kan kuat berpeluh. Berlari, memanjat, bermain dengan sepupu sepapat. Kalau dah 
bermain tak ingat dunia dan lupa pada ibu bapa.
Tak lupa juga Awning tudung juga sangat lembut, lagilah menambahkan keselesaan pada cik Ecah memakainya. Dan ada lagi yang menarik, siap dengan brooch bunga felt yang 
cantik dan menyerlahkan lagi kecomelan tudung ini. Harganya pun taklah terlalu mahal, 
hanya berharga RM 20 sahaja. Berpatutan dengan material kainnya dan jahitannya pun 
tersangatlah kemas.


Suka tengok cik Ecah selesa bertudung, nampak macam dah besar. Cepatnya budak kecil ini membesar. Dulu-dulu kuat melalak, sekarang kuat melawa. Jadi ibu perlulah cepat-cepat siapkan baju anak dara 3 orang  ni. Disamping, menyiapkan tempahan kopiah yang makin meningkat ini. Nanti ada rezeki ibu belanja kasut raya ok..
Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tudung ini bolehlah layari blog ini Tudung raya, si cilik 1-3 tahun..Ada macam-macam warna sebenarnya tudung ni. cantik-cantik warnanya, boleh juling biji mata melihatnya.  Sila dapatkan sebelum kehabisan stok. Sekian terima kasih kerana sudi membaca. Semakin sibuk dengan tempahan kopiah semoga saya masih sempat menyediakan entri yang terbaik buat pembaca sekalian. Jumpa lagi ya. 



Label:

Selasa, 16 Jun 2015

Tutorial menghalang pencuri gambar di blog

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Baru-baru ini, kecoh tentang kes pedofilia, jadi rasa sangat takut memaparkan hasil kait kerana rata-rata hasil kait saya menggunakan anak-anak sebagai model. Tak dapat dibayangkan jika gambar anak dijadikan sumber sebagai aktiviti yang tak berfaedah. 

tips sebelum berhenti kerja

Jadi hari ini saya cuba google tutorial menjadikan gambar di blog lebih selamat dan sukar di curi. Saya temui penyelesaiannya di blog blogsentral. "Disabling right click atau context menu" merupakan salah satu cara yang popular untuk menghalang imej dicuri. Walaupun berkesan untuk menghalang gambar dicuri, tapi adakala menyukar pembaca yang jujur untuk ke setting "going back, page reload, Bookmark dan Open Link in new window." 



Iklankan homestay anda bersama kami, yuran hanya sekali sahaja
Ada dua cara untuk security ini, yang pertama untuk semua imej dan yang kedua untuk satu imej. Saya pilih untuk semua imej, langkah pertama pergi ke  template Edit HTML dan salin skrip di sini  selepas </head> tag.

Sudah selesai save template tadi, dan cuba klik kanan pada mouse dan akan keluar dialog image context menu is disabled. Maknanya anda sudah berjaya. 





Tak semua boleh dikongsikan pada tatapan pembaca, perlu banyak memilih dan berhati-hati. Pastikan kita memilih yang positif sahaja untuk dikongsikan. Kerana di internet akan berkekalan dan perkongsiannya lebih meluas. Semoga perkongsian saya bermanfaat buat semua. Terima kasih dan selamat mencuba. 




Label:

Khamis, 4 Jun 2015

Cara memegang jarum kait

Teks: Dalila Yusof



Mula-mula kita kenal dulu setiap bahagian jarum kait.

Credit http://www.crochetguru.com/hold-a-crochet-hook.html


Manfaat SOHO dalam keluarga 
Cara memegang  jarum kait.


Ada dua cara untuk memegang jarum kait. Kita perlu bereksperimentasi untuk mencari cara pegang jarum yang mana memberi keselesaan pada kita untuk mengait.  Sewaktu kita mengait ini, kita perlukan keselesaan dan juga mood yang sangat baik.

 Setiap hasil kaitan, adalah menggambarkan emosi setiap pengait, adakah selesa sewaktu mengait, seronok, gembira, yakin atau kita rasa tak selesa, sedih. Kalau kita yakin hasil kait kita cantik, maka cantik lah hasil kait tu, kalau kita tak yakin memang akan jadi tak berapa cantik.  Sebab itulah, kita katakan barangan handmade ini dibuat dengan kasih sayang. Kerana untuk menghasilkan sesuatu cantik dan menarik memerlukan kesabaran dan kasih sayang dalam proses penghasillannya.  

  • Memegang seperti memegang pisau 



1.   

Tangan kita akan memegang jarum kait. Bahagian pemegang jarum kait akan berada pada tapak tangan dan ibu jari serta jari tengah akan memegang bahagian thumb rest. Jari telunjuk akan berada pada shaft. 

  • Memegang seperti memegang pensil



Posisi kedua, kita memegang jarum kait seolah-olah kita memegang pensil. Ibu jari dan jari telunjuk berada pada thumb rest, dan jari telunjuk berada pada hampir pada throat jarum kait. 


Jarum kait mestilah berada menyerong sedikit ke arah kita, bukan  ke bawah atau ke atas. Sewaktu awal mengait, normal jika memegang terlalu ketat. Hasil kaitan pun agak ketat, dan sukar untuk dikait. Tapi, apabila kita dah biasa mengait, kita akan rasa selesa, dan tangan akan jadi lebih relaks. Lama-lama hasil kait akan jadi lebih kemas dan cantik. 

Kelas Asas blog secara offline di Shah Alam Jun ini. 

Rujukan :

http://www.crochetguru.com/hold-a-crochet-hook.html



Label:

Cara memegang benang

Teks; Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Mula-mula, kita perlu belajar membuat slip knot,




1. Kita perlu buat satu loop dengan menyilangkan benang.


Anda mempunyai homestay, iklankan bersama kami, klik di kelebihan pengiklanan homestay bersama ABDR untuk maklumat lebih lanjut.  



2. Angkat loop dan letakkan di atas tali benang yang datangnya daripada gulungan benang, bukan yang hujung benang.





3. Tarik tali benang yang berada di tengah-tengah loop.




Kelas asas blog & Fanpage serta beriklan di Instagram secara offline kini dibuka untuk bulan Jun. Terbuka khusus untuk surirumah dan sesiapa sahaja yang mahu menjana pendapatan dari rumah. Untuk maklumat lebih lanjut sila klik di sini. 


Tarik sehinggalah membentuk satu loop dan knot. ( tarik loop dengan tangan kanan, tarik bahagian bawah benang dengan tangan kiri serentak) 

6. Letakkan jarum kait ke dalam loop.




7. Tarik sehingga  slip knot menjadi kukuh pada bahagian shaft.







Apa kata protege ABDR mengenai kelas asas blog. 

Cara memegang benang dengan tangan. 


Cara memegang benang bergantung kepada keselesaan kita. Perlu ingat, benang tidak boleh dipegang terlalu kuat. Benang perlulah mudah bergerak melalui jari kita tapi kita masih mengawal ketegangan benang. 


Credit:tothemoonandbackblog

  • Kita akan memegang benang pada tangan yang kiri, jarum pula dipegang pada tangan kanan. 
  • Dengan tapak tangan kiri menghadap kita, hujung benang yang daripada gulungan benang berada di belakang jari kelengking, di atas jari manis dan jari tengah dan di atas  jari telunjuk. 
  • Jari kelingking dan jari manis akan menggenggam benang  ke  dalam tapak tangan. 
  • Proses mengait akan menggunakan tali benang daripada jari telunjuk kemudian akan bertemu dengan slip knot pada jarum kait. 
  • Gunakan jari telunjuk dan ibu jari untuk memegang benang yang tergantung di bawah slip knot. 
  • Kali pertama memang rasa kurang selesa. Jawapannya kita perlu biasa-biasakan sampai sudah terbiasa baru selesa. Pendek kata perlu sentiasa berlatih mengait, gunakan paten-paten yang mudah dan ringkas seperti bunga ya. 
Rujukan: 
http://tothemoonandbackblog.net/2015/01/how-to-hold-the-hook-and-yarn.html


Kalau tak faham boleh tanya ya. jangan segan-segan. 



Label:

Rabu, 3 Jun 2015

Pengalaman demostrasi kait di Tv Al-hijrah bah 2

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, malam isnin saya tak mampu nak lelapkan mata memikirkan slot demonstrasi diy di Tv Al-Hijrah. Memang tak diheboh-hebohkan sebab gemuruh nak demo depan tv secara langsung pula tu. Dalam blog, bolehlah bersedia, ayat boleh dikarang panjang berjela. Yela kita banyakkan membaca kemudian menulis. Saya siap karang apa yang nak dicakapkan nanti di Al-Hijrah.




  • Hari Isnin sudah tiba. 
Paginya saya bersiap, bangun seawal 5.30 pagi, mandi dan solat, dalam doa saya mohon semuanya berjalan lancar. Menggigil betul apabila fikirkan demonstrasi secara langsung. Tak ramai yang saya beritahu, yang paling penting saya maklumkan pada cikgu blog saya Pn Zaila. Seperti biasa beliau selalu memberi galakan pada saya untuk maju ke depan. Terima kasih cikgu, memang selalu memberi semanagt tak putus-putus sampai saya yakin melangkah.  

Saya sampai di studio lebih kurang pukul 7.30 pagi, rupanya slot saya bermula pukul 9 pagi. Ada masa dalam 1 jam lebih, untuk menenangkan pemikiran yang gemuruh. Makanan turut disediakan untuk mengalas perut yang lapar, tapi saya menjamah sedikit sahaja buat alas perut. Terasa selera makan hilang mungkin dek  kerana perasaan  gemuruh di dada tidak hilang lagi. Sebelum masuk ke studio, saya dimekap oleh mekap artis. Fuh, kalau nak harap saya mekap sendiri, memang tak jadilah. Bukan reti pun bermekap bagai selepas ada anak tiga orang ni. he..he..


  • Dalam slot DIY Mengait. 
Sebelum slot saya bermula, saya sempat melihat cara krew tv bekerja, sangat efisien dan pantas, mereka bijak mengatur masa yang pendek. Sempatlah tengok Ahmad Maslan bercakap mengenai topik GST, macam biasalah kan. Saya sempat bertanya juga dengan pengacara yang bersama saya, Amie Sofia Ahmad berkenaan slot saya. Terima kasih tunjuk ajar ya, beliau menasihati saya jangan terlalu gemuruh di depan tv. Jika tidak memang akan nampak gemuruh. Sewaktu tu memang darah gemuruh memang naik kembali, rasa nak lari tapi kaki terikat dah. 

Credit Pn Zaila Mohammad



Rasanya sewaktu siaran berlangsung selama 10 minit, memang tak sempat langsung nak ajar satu persatu lagipun dengan istilah kait yang agak memeningkan. Apa itu loop, slip stitch, single crochet, half double crochet? Tak mampu nak diterangkan dalam satu masa, dengan masa yang terlalu singkat. Rungut rakan-rakan, kamera tak fokus pada tangan, memang susah nak faham. Insyaallah saya akan terangkan dalam blog satu persatu nanti. 

Bagi saya pengalaman ni, memang sangat membantu saya mengajar kemahiran kait dengan lebih baik. Dalam studio tanpa penonton depan mata, saya tetap gemuruh, tapi insyaallah saya akan belajar pertingkatkan diri ke arah lebih baik lagi. 

Sekalung penghargaan buat rancangan Assalamualaikum siaran tv Al-hijrah dalam usaha memperkenalkan crafter ke mata masyarakat Malaysia. Di barat rancangan DIY sudah banyak disiarkan namun di Malaysia, masih lagi kurang  dipertontonkan. Kebanyakkannya lebih kepada rancangan masakan, semoga selepas ini rancagan diy dan kraf akan tumbuh lebih banyak bak cendawan tumbuh selepas hujan. 

Dalam satu artikel yang saya pernah tulis sebelum ini, bertajuk Saya Hanyalah Surirumah, saya memetik kata-kata  Dr Hemantt Mittal dalam kajiannya tentang surirumah di  India,  beliau banyak menemui ramai surirumah yang hebat-hebat, namun tersembunyi disebalik status surirumah. Salah satu sebabnya, tiada sokongan daripada pasangan, ramai yang memperlekehkannya, dan tiada yang menunujukkan jalan kepada mereka bagaimana mampu mereka merubah menjadi surirumah yang luar biasa berbekalkan pengalaman yang mereka lalui. Usah dikejar dan cuba meraih sokongan dan simpati orang lain sebelum menyokong diri sendiri. Buruk akibatnya, orang makin perlekehkahkan kita dan memijak kita hingga lunyai. Tapi apabila kita sudah yakin dan bergerak ke depan, tiada siapa mampu menghalang. 

Jadikanlah medium blog sebagai salah satu batu loncatan ke hadapan. Usah banyak berfikir, rancang dan teruskan lakukan sahaja. Jika silap, perbaiki daripada semasa ke semasa. Salah satu kebaikkan kita, kita mampu memikirkan pelbagai idea yang bernas. Namun, hanya mampu berfikir, tapi tidak mahu lakukannya takut diketawakan. Jadi selepas ini terus sahaja lakukan, tanpa berfikir panjang. Orang gelak pun gelaklah, kita dapat pengalaman yang kita akan guna pakai sehingga hujung hayat.  Daripada situ, kita akan mampu dan yakin ke hadapan. 

Sekian sahaja buat masa kini, semoga ceria selalu. 

Nota pendek: banyak sungguh mak jemah menulis di blog, dulu-dulu tak sepanjang ini. Berkat tunjuk ajar guru blog dan pembacaan yang meluas, blogwalking dan buku, serta pergaulan yang meluas dengan rakan-rakan memang membantu dalam penulisan di blog. Semua orang ada bakat penulisan namun jika kita kita tidak  mengasah bakat tersebut , bakat akan terpadam mengikut masa. Jika kita asah dengan latih tubi berterusan insyaalah semuanya akan jadi mudah. Tiada usaha yang terbuang begitu sahaja. 


Bak kata cik Abang ni la kan..





Bagi yang berminat untuk untuk menyertai kelas blog penulisan dan blog bisnes, boleh rujuk yuran kelas online ABDR di sini ya.

Kami juga menjual pelbagai ebook yang memuatkan pengalaman dan tips berguna untuk para surirumah di luar sana yang masih mencari panduan bekerja dari rumah, antaranya: 








Boleh rujuk ebook ABDR untuk maklumat lebih lanjut. 



Label:

Selasa, 2 Jun 2015

Pengalaman demostrasi kait di Tv Al-hijrah.


Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, terima kasih kepada rancangan Assalamualaikum di tv Al-Hijrah kerana sudi menjemput saya ke studio semalam, melakukan demonstrasi kait di slot diy,  1/6/2015. Hari ini baru berkesempatan menulis di blog. Saya siapkan dahulu tugas-tugas hakiki yang saya tinggalkan untuk mempersiapkan diri dalam slot diy tersebut.



  • Jemputan ke slot diy 

Semuanya bermula pada 29 haribulan  Mei 2015, hari jumaat petang. Saya mendapat mesej whatssapp jemputan  daripada salah seorang pengacara rancangan Assalamualaikum, Cik Raja Sofie Raja Arif. Bagi saya ini satu peluang yang sangat berharga dan tidak boleh dilepaskan. Yelah, kalau orang lain perlu membayar untuk bercerita tentang produk sendiri. Saya dijemput tanpa perlu membayar satu sen.

  • Sokongan daripada guru blog



 Saya selalu merujuk kepada guru blog saya, Puan Zaila Mohammad, kami berhubung melalui facebook sahaja (salah satu kelebihan pelajar ABDR, kami boleh berhubung dengan guru kami secara online, walaupun selepas kelas sudah habis). Beliau selalu mengingatkan saya jika kita mahu mulakan sesuatu yang kita tiada pengalaman langsung mengenainya, lakukan sahaja. Kemudian, kita perbaiki dari semasa ke semasa. Saya terima sahaja tawaran tersebut tanpa berfikir panjang. Suami juga turut menyokong keputusan tersebut. Dan kebetulan suami on call pada malam ahad tersebut jadi hari isnin keesokkannya, suami ada masa untuk menghantar dan menjaga anak-anak waktu siaran berlangsung. 

Salah satu kelebihan ABDR, gurunya sangat menyokong setiap apa yang protege lakukan dalam meningkatkan kemahiran diri. Terima kasih juga buat Cikgu Nisa yang sangat membantu, dan bersemangat dalam mengajar dan meyakinkan saya untuk melakukan  walaupun saya bukan lagi protege bawah beliau. 









  • Hasil kait Produk kait Sarakina

Antara hasil kait daripada Produk kait Sarakina yang saya bawa semalam di tv al hijrah, mungkin ada yang tak nampak sangat. Topi dan beg kait itu, saya berusaha kait dalam masa 2 hari, alhamdullilah siap juga untuk dipertontonkan. 



\


  • Bermula daripada blog ke kaca tv


 Bukan senang nak ke tahap ni, Alhamdullilah banyak pengalaman yang saya dapat semalam. Antara kelebihan aktif berbloging bersama ABDR:


1. tak perlu tagging rakan-rakan di fb untuk mengiklankan produk sendiri.


2. tak perlu masuk dalam group  fb untuk pengiklanan, boleh tempek  iklan dalam blog sebanyak mungkin.


3. Melatih menulis  dalam bidang yang kita minati, seperti saya berlatih menulis paten  mengait di blog ,sudah yakin  seterusnya boleh dibukukan  menjadi ebook ataupun buku. Kemudian boleh menjana pendapatan melalui ebook pula. Ataupun dijemput menulis artikel di majalah atau demonstrasi di tv.


4. salah satu cara kukuhkan kemahiran diri. Makin banyak kita berkongsi di blog dan Fb kita semakin faham kemahiran yang kita minati.


5. Bina penjenamaan diri dalam bidang kita. Orang akan kenal kita melalui kemahiran. Misalnya, orang akan tahu saya pandai mengait melalui perkongsian di blog.


6. Pertukaran link antara blogger ABDR yang kini sudah melebihi 1000 blog sangat membantu dalam menaikkan traffik blog dengan cepat.  


7.Boleh mula bisnes dengan modal rendah (perlu bayar yuran pakej sahaja) dengan menjadi ejen dropship, kutip komisen anda tanpa perlu keluar rumah. Urusan penghantaran dilakukan oleh pihak kami. 

8. Meluaskan pasaran bakal pelanggan dengan jaringan blog di Akademi Bekerja Di Rumah bagi yang mempunyai produk sendiri. 

9.  Perkara utama apabila berniaga online kita perluaskan perhubungan terutama antara peniaga online. Kami terdiri daripada kumpulan blogger yang kebanyakkannya surirumah dan ada juga berkerjaya, merupakan usahawan online yang berjaya. Boleh belajar dengan mereka yang berjaya bagaimana mengurus rumahtangga sambil menjana pendapatan dari rumah. Lebih luas jaringan, lebih luas perniagaan anda. 
  


Cukup setakat ini penulisan saya, entri seterusnya saya kongsikan pengalaman di tv Al Hijrah pula. 



Bagi yang berminat untuk untuk menyertai kelas blog penulisan dan blog bisnes, boleh rujuk yuran kelas online ABDR di sini ya.

Kami juga menjual pelbagai ebook yang memuatkan pengalaman dan tips berguna untuk para surirumah di luar sana yang masih mencari panduan bekerja dari rumah, antaranya: 




Boleh rujuk ebook ABDR untuk maklumat lebih lanjut. 

Label: