Selasa, 25 Februari 2014

Tukar Ayat Negatif kepada Ayat Positif

Teks: Dalila Yusof
Bismillahiramaninrahim...

Selamat pagi dan selamat sejahtera. Seringkali kita terlalu berfikiran negatif bila berhadapan sesuatu masalah yang mendatang. Adakala kedengaran di telinga apabila hasil usaha tidak kelihatan orang sekeliling akan berkata:
Dapatkan perkhidmatan kereta sewa Inova dan Hiace di sini.

"Kamu takkan boleh berjaya"
"Usahalah sekuat mana kamu takkan berjaya"
"Tak nampak pun hasil"

http://www.cartoonmotivators.com/blog/its-all-doom-and-gloom-again/

Walaupun kadang-kadang sindiran atau kutukan itu sebagai gurauan atau hanya menunjukkan sesuatu yang realiti, tidak perlu didengari dan dilayani. Kutukan sebegini dinamakan kritikan negatif yang hanya menjatuhkan kita. Jangan serabutkan minda anda dengan kritikan yang menjurus sesuatu masalah tidak kekal dan boleh diubah terutama sekali dalam pencapaian hidup, perangai anda, dan sebagainya.
Bekerja dari rumah? Bagimana? Klik link di sini.

Kritikan negatif hanya bersifat subjektif, dan perlu diingatkan jika seseorang itu berfikiran negatif terhadap anda, mereka cenderung melihat sesuatu yang negatif dalam setiap perbuatan, perkatan anda. Tidak perlu memarahi mereka, hanya senyum dan iakan sahaja setiap perkataan mereka dan cepat-cepat berlalu pergi. Jika anda berterusan mendengar kritikan mereka, hanya akan meracuni minda anda.  Tiada apa yang dapat merubah permikiran mereka. Selagi anda tidak berubah, anda tidak mampu merubah tanggapan mereka terhadap anda. 

"Kita tidak dapat mengubah sesuatu melainkan menerimanya"
Carl Jung

Terima keadaan hidup anda, namun bukan bererti menyerah kalah sahaja. Konsep menerima di sini kita memahami keadaan hidup. Atasi apa yang anda tidak suka dengan menerima kenyataan yang ada-hindari daripada melawannya-gantikan dengan sesuatu yang positif. 
Tukarkan perkataan negatif dan kata-kata yang menyakitkan  kepada kata-kata yang menunjukan harapan dan percaya terhadap kebolehan diri:

Tukarkan daripada: "Aku tidak mungkin berjaya"
Positifkan kata-kata tersebut:
"Saya perlu berusaha lebih untuk berjaya" 

Tukarkan daripada: "Bodohnya aku ni
Positifkan kata-kata tersebut: 
"Aku dah lakukan kesilapan. Apa yang aku pelajari daripada kesilapan tersebut"

Tukarkan daripada: "Bodohnya aku ni". 
Positifkan kata-kata tersebut:
"Aku dah lakukan kesilapan. Apa yang aku pelajari daripada kesilapan tersebut"

Tukarkan daripada:"Aku dah memang macam tu"
Positifkan kata-kata tersebut:
"Aku mampu berubah. Aku perlu cari cara untuk berubah"

Tukarkan daripada:"Tak nampak hasil pun". 
Positifkan kata-kata tersebut:
"Walauapa pun terjadi aku akan berusaha bersungguh-sungguh, tiada usaha yang terbuang".

Bayangkan jika anda selalu mendengar perkataan negatif setiap hari bagaimana keadaan anda. Anda akan rasakan sangat tertekan, tenaga semakin lemah. Hari-hari yang berlalu terasa bagaikan hambar kerana anda rasa tiada jalan keluar buat diri anda. Terasa kepenatan yang melampau walaupun anda tidak melakukan sebarang kerja.

Jadi ambil masa kosongkan minda, buang segala perkataan negatif dalam minda anda. Masukkan hanya perkataan positif dalam diri anda, anda rasakan sesuatu yang bertenaga, menggerakkan anda kepada matlamat, impian hidup. Perkatan bermula daripada pemikiran, samada kita meluahkan secara lantang atau hanya pada diri sendiri, perkataan tersebut yang akan menentukan halatuju kita. Apa yang anda beri tumpuan akan berkembang dan akan memprogramkan anda untuk bertindak, jadi fikirkan apa yang anda ingini.

Begitu juga jika anda berhadapan dengan karenah suami dan anak-anak, pastikan anda sentiasa menjaga setiap tutur kata anda. Jika setiap hari mereka mendengar perkataan negatif keluar daripada mulut anda, semuanya akan tertanam dalam minda separuh sedar. Anda juga akan memprogram mereka seperti yang anda katakan. Jika anda mengungkit setiap perbuatan mereka yang lepas anda hanya memprogramkan mereka untuk melakukannya berulang kali.  Jadi hati-hati dengan setiap perkataan dan jadilah seorang yang baik dan berfikiran positif. Jika terlepas perkataan negatif daripada mulut anda, cepat-cepatlah mohon kemaafan supaya mereka faham anda tidak bermaksud begitu.

Jaga-jaga dengan apa yang anda fikirkan kerana jika berfikiran negatif, mampu meracuni minda anda malahan orang sekeliling. Jadi fikirkan positif sahaja namun masih berwaspada dengan orang sekeliling.


Jana wang melalui blog di Akademi Bekerja Dari Rumah

Ingin selesa berjalan jauh, sewa kereta MPV dan Hiace


Rujukan;
Andrew Matthews, Ikut Hati Anda
http://www.clutterdiet.com/



Iklan: 

Masak sendiri nasi arab di rumah dengan menggunakan pes segera nasi arab jenama al-bayt. Siap sedia beras basmathy dan rempah nasi arab. 


tempah segera di borang tempahan
atau boleh pm di fb rasmi saya 





Label:

Ahad, 23 Februari 2014

Tutorial Menambah butang "Pinterest Pin it" ke Blog

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....

Selamat pagi dan salam sejahtera hari ini saya akan berkongsi tentang tutorial memasang pin it button di blog anda. Pinterest ibarat suatu fail yang mengumpul kesemua tutorial kraft, resepi rujukan, dan pelbagai perkara yang anda minati daripada pelbagai blog. Namun, blog tersebut perlu mempunyai butang (butang) 'Pin it' supaya mudah pembaca mengumpulkannya dalam satu fail. Pada masa sama, 'Pinterest' berfungsi seperti blog yang juga mempunyai pengikut (follower). Apa yang tersimpan dalam fail 'Pinterest' anda boleh dilihat oleh pembaca di seluruh dunia. Jadi, kongsikan perkara baik dan elok sahaja untuk tatapan pembaca.

Sumber: Pinterest
Tutorial Mengait untuk aksesori bayi.
Perkara pertama dan paling penting untuk meletakkan butang 'Pin it', anda perlu menyediakan templat salinan sandar (backup copy) supaya jika berlaku sebarang kesulitan, anda mudah setkan kembali templat kepada templat asal.

  • Pada panel kawalan (dashboard) 'Blogger', pilih "Template" pada menu di sebelah kiri. 
  • Klik pada butang "Bakup/Restore" di penjuru atas kanan. 
  • Klik pada butang "Download Full Template"
how to backup your blogger template


  • Pilih di mana anda ingin simpan fail pada komputer dan klik pada butang "Save". Sekarang teruskan mengedit templat "Blogger". Jika terdapat sebarang masalah yang timbul anda hanya perlu memulihkannya menggunakan templat sandaran tersebut. 

Menambah butang "Pin it"


  • Langkah pertama sila salin kod di bawah. Jika terdapat sebarang masalah berbangkit anda boleh melawat ke laman sesawang Blogger sentral untuk menyalin kod tersebut di laman tersebut. 

<script>
//<![CDATA[
var bs_pinButtonURL = "https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3YthyphenhyphenU36zZp7XrltTfLlQ-xWemT_bo_agOU1yBrfLz38gKwCtMr259TwhYeDNrP3NZbUw0Nh_GfEx0KdYBRbzSlVdMQ3Qn9GVYyOhqMI-Fmw36wMRfcqyfOrE_wkVJKdYQgvxkz8rbgXJ/s1600/pinterestx1_72.png";
var bs_pinButtonPos = "center";
var bs_pinPrefix = "";
var bs_pinSuffix = "";
//]]>
</script>
<script src='http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.8.2/jquery.min.js' type='text/javascript'></script>
<script id='bs_pinOnHover' src='http://greenlava-code.googlecode.com/svn/trunk/publicscripts/bs_pinOnHoverv1_min.js' type='text/javascript'>
// This Pinterest Hover Button is brought to you by bloggersentral.com.
// Visit http://www.bloggersentral.com/2012/11/pinterest-pin-it-button-on-image-hover.html for details.
// Feel free to use and share, but please keep this notice intact.
</script>
  • Pergi ke templat "blogger" klik  Edit HTML
  • Cari tag </body> di bawah templat anda (a) dan salin kod di atas dan letakkan kod tersebut DI ATAS tag tadi. 
(a)
 (b)

  • Untuk menggunakan butang sendiri, gantikan kod MERAH dengan url butang baru anda. Dapatkan butang yang menarik di laman sesawang ini.
  • Klik kiri pada butang kesukaan anda di laman ini, salin url yang tertera. Gantikan pada kod yang berwarna merah. Jangan lupa "" ini perlu diletakkan semasa mengantikan kod. 
  • Untuk memudahkan anda faham rujuk video  di laman web di sini.
  • Jika anda ingin mengubah posisi butang tukarkan perkataan berwarna HIJAU ke :
topleft, topright
bottomright, bottomleft
  • Untuk menyimpan templat klik pada butang "save templat".
  • Lihat kembali pada paparan skrin blog anda, jika anda klik kiri pada imej di blog anda. Imej tersebut akan terus ke pautan "Pick a board" . Anda sudah boleh menguruskan fail "Pinterest " berkaitan blog

Jika anda klik kanan pada tetikus anda, terdapat imej butang "Pin it" pada imej di blog anda. Selamat mencuba.



Jana wang melalui blog di Akademi Bekerja Dari Rumah

Ingin selesa berjalan jauh, sewa kereta MPV dan Hiace

Rujukan: 
Pinterest
http://www.katrinaleechambers.com/how-to-add-the-pin-it-hover-button-to-your-blog-images/
http://www.digitalkonline.com/blog/how-to-add-a-pinterest-hover-button-to-your-blogger-images/

Label:

Jumaat, 21 Februari 2014

Tutorial Mengait Cekak Rambut Mudah

Teks: Dalila Yusof
 Bismillahirahmanirahim.....

Selamat petang  hari ini saya nak berkongsi tutorial mengait cekak rambut mudah. Biasanya saya akan jahit bunga kait pada cekak rambut plastik. Tetapi disebabkan anak saya suka mengkaji daya ketahanan cekak plastik tersebut, banyak cekak dipatahkan. Seronok bila dapat patahkan cekak seraya menjerit "Ya, aku menang". Adui..kalau sudah minat Upin Ipin, semua dialognya dihafal. Nasib baik boleh kait cekak rambut. Barang mainan pun habis punah dan hilang, nampak gayanya semua kena kait. Setakat ini sudah lebih 2 kali cekakku patah.



cekak yang telah berjaya dipatahkan...

Kebanyakannya belajar mengait hanya berpandukan internet seperti youtube, sudah tentulah menggunakan bahasa inggeris, begitu juga kebanyakan istilahnya. Jadi saya akan gunakan dwibahasa di sini memudahkan pembaca memahami tutorial ini. Pastikan anda mempunyai bahan-bahan berikut: 



  • Benang kait Nona 
  • Jarum kait saiz G (4)
  • Sebatang jarum jahit

Istilah kaitan



tali air(ta)=chain (ch)
sekali kait (skk)=slip sticth (ss)
langkau=skip

Cara-caranya:

  • Mulakan dengan 16 tali air
  • Chain 16


  •  Baris 1: Langkau 3 kait tali air
  • Skip the first 3 chains, 


  • Sekali kait pada kait tali air ke 4
  • Slip stitch into 4th chain 
  • *Kait 4 tali air dan langkau 3 kait tali air, sekali kait pada  tali air ke 4*
  • *chain 4 skip 3 chains slip stitch into 4th chain*

  • ulangi ** sehingga hujung baris, kait 4 tali air dan pusing
  • repeat ** until end of row, chain 4 and turn.
Pada tahap ini anda sudah mempunyai 4 gelung 
At this point you should have 4 loops

Baris 2: 
  • *Sekali kait dalam gelung pertama (ruang 4 tli air) dan kait 4 tali air ulang ** sehinggalah ke hujung baris, kait 4 tali air dan pusing.
  • *Slip stitch into the first loop (ch 4 space) and chain 4* repeat to the end of the row, chain 4 and turn.
Baris 3-62: ulangi baris 2 
Row 3-62: Repeat row 2


Nota penting : 
  1. Sila tambah atau kurangkan jumlah baris bergantung kepada saiz yang dikehendaki. (Please increase/decrease the amount of rows depending on the size of your head!)
  2. Paten ini sangat memberi jadi pastikan anda tarik dahulu cekak rambut sebelum mengukur. (This pattern makes the headband incredibly stretchy to keep checking to make sure its the right length as you go along.)
Jika sudah mencapai saiz yang dikehendaki, gunting benang tetapi pastikan tinggalkan hujung  benang yang panjang.  Ambil sebatang jarum jahit dan masukkan hujung benang yang ditinggalkan tadi, cantumkan dan jahit kedua-dua hujung cekak rambut. 
Finish off, leave a long tail. Taking a tapestry needle, thread it on to the tail you left, lay the two ends of the headband together and sew them together.
Model comel yang dipaksa, dan terpaksa mengayakan cekak rambut ibunya.
Cekak rambut ini cukup cantik dan sesuai jika ditambah dengan bunga kait atau reben. Tambahkan lagi kecomelan cekak rambut ini mengikut gaya dan kreativiti anda. Selamat mencuba... 

Rujukan: 
http://bitsandbobblesblog.blogspot.co.uk/2013/03/easy-crochet-lace-headband-pattern.html

Bagi pemula hobi mengait dapatkan kit pemula

Jana wang melalui blog di Akademi Bekerja Dari Rumah


Ingin selesa berjalan jauh, sewa kereta MPV dan Hiace





Label:

Selasa, 18 Februari 2014

Panduan Menghadapi Tekanan Bagi Suri Rumah Moden Bahagian 3

Panduan Menghadapi Tekanan Bagi Suri Rumah Moden bab 3

Urus stress dengan bijak
Surirumah juga seperti manusia biasa bukannya robot yang perlu bekerja 24jam, tidak perlu rehat dan tidur. Pastikan anda mendapat rehat dan pemakanan yang cukup, supaya anda tetap sihat dan kuat dalam menghadapi karenah kanak-kanak riang. 



a) Baca buku motivasi.
Bayangkan anda menonton cerita seram, bagaimana perasaan anda takut yang membuak-buak. Bagainmana pula perasaan anda ketika menonton cerita sedih, pasti anda sedih teresak-esak. Jadi bagaimana pula jika anda selalu membaca buku-buku motivasi, psikologi kanak-kanak, anda mudah memahami jiwa anak-anak dan sentiasa bermotivasi. Jadi pilihlah bahan bacaan anda, namun tidak salah menonton drama sekali-sekala. 


b) Blogging
Kehidupan di rumah agak membosankan terutama apabila keseorangan dan kusut memikirkan masalah yang timbul. Jadikan blog sebagai tempat meluahkan perasaan dengan cara positif, anda masih menceritakan masalah pada masa sama berkongsi cara untuk menyelesaikan masalah. Blogging umpama catatan harian, perkongsian pengalaman dalam mendidik anak-anak, mengatasi cabaran hidup. Apabila kita selalu menghadapi pelbagai permasalahan dalam rumahtangga ini menjadkan kita semakin matang menghadapi cabaran hidup.  Apa yang kita alami tak mungkin dialami oleh orang lain namun mampu memberi idea kepada pembaca kelak. Pada masa sama kita mampu menjadikan blog sebagai sumber pendapatan apabila pembaca setia menjadi pelanggan tetap. 

c) Masalah merupakan peluang.
Jadikan masalah sebagai peluang untuk merubah nasib anda. Jadikan masalah tekanan positif dalam hidup anda. Misalnya, anda tidak mampu membelikan mainan untuk anak anda. Anda boleh belajar membuat permainan sendiri samada melalui kemahiran mengait atau menjahit. Kini anda boleh belajar pelbagai perkara di internet. Saya hanya belajar mengait hanya melalui internet yang mempunyai pelbagai sumber paten yang percuma. Malahan, sumbernya dari serata pelosok dunia, Jepun, British, Rusia dan lain-lain. Pada masa sama, anda boleh menjana wang dari hasil produk tersebut. 
http://www.pinterest.com/debozark/crochet-toys/

d) Pandai Curi Masa Berehat
Apabila terlalu penat berehatla, jangan difikirkan sangat kanak-kanak ribena yang suka menyepahkan rumah. Biar sahaja mereka bermain sepuas-puasnya, ambil langkah mudah bermain bersama mereka akan turut melegakan tekanan anda. Bermain sorok-sorok ,berkejaran, main masak-masak, bermain dengan mereka sehingga mereka keletihan bermain. Kanak-kanak mudah penat, mudah lapar, jadi sesudah penat bermain dan kekenyangan mereka akan tidur dengan nyenyak. Anda juga dapat berehat dengan tenang dan selesa. Tak guna menekan diri menjadi terlalu sempurna, semuanya perlu pantas, semuanya perlu kemas dan semuanya perlu tersusun yang penting biarkan anak-anak cukup makan, rehat dan minum. Pentingkan apa yang penting dahulu barulah utamakan yang lain. 

e) Bersama orang yang sealiran
Jika anda berminat denagn blogging anda boleh mengikuti Kelas Online Blogging kami,. Jika anda berminat mengait anda boleh mengikuti kumpulan geng suka mengait di facebook. Hasilnya kita akan semakin teransang melihat mereka sering bersemangat dalam minat mereka. Malahan, kita boleh menghilangkan kesunyian ketika berada di rumah sambil bertukar-tukar pendapat. Bak kata pepatah, Kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, harumnya akan melekat pada kita. Kalau kita berkawan dengan penjual arang. Kehitaman arang akan melekat pada badan kita.  

f) mengadu pada Allah selepas penat berusaha.

Setabah mana pun kita sesudah berusaha kita tetap insan yang lemah apabila usaha masih belum membuahkan hasil. Setelah penat berusaha dan berusaha serahkan sahaja pada Allah s.w.t. Pohonlah kekuatan, kerana perempuan jika tidak bergantung harap pada Allah s.w.t. umpama boneka permainan di dunia. Mohonlah kekuatan dan mengadulah pada Allah, kerana Allah sahaja yang memahami hambaNya dan mendengar rintihan dan doa hambaNya. Waktu terbaik untuk berdoa dan bermunajat disebelah malam atau dinihari. Pada waktu yang tenang begini, Allah sangat hampir dengan hambaNya, merintihlah dan mengadu padaNya. Lakukan Solat tahajud dan solat sunat hajat untuk mengadu segala keresahan dan mohon ditunjukkan jalan untuk melakukan sesuatu dengan betul.  Sekurang-kurangnya kita akan merasa tenang walaupun masalah datang melanda.

Kita hanya manusia biasa yang takkan terlepas daripada cabaran yang mendatang . Jadikan cabaran itu sebagai peluang anda untuk merubah diri menjadi lebih baik daripada semalam. Bak kata Andrew Matthews dalam bukunya Ikut Hati Anda,  Hidup ini memerlukan bencana, kerana kita lebih mudah berubah atau belajar apabila ditimpa bencana. 

Jana wang melalui blog di Akademi Bekerja Dari Rumah
Ingin selesa berjalan jauh, sewa kereta MPV dan Hiace

Rujukan : 

  1. ebook Super WAHM, Super Mom, Asas Blog Penulisan, karya Masayu Ahmad 
  2. Ikut hati Anda, karya Andrew Mathews
  3. Rumahku, Ofisku karya Mazneera Zainal





Label: ,

Sabtu, 15 Februari 2014

Panduan Menghadapi Tekanan Bagi Suri Rumah Moden Bahagian 2

Bismillahirahmanirahim.

sambungan daripada Panduan menghadapi tekanan bab 1

3) Bijak Urus Keluarga

Sumber: http://termcoord.eu/2014/01/family-language-planning-and-active-bilingualism/

"Keluarga direka untuk mengajar kita tentang kasih sayang tanpa syarat"
Andrew Matthews, Ikut Hati Anda.

Jika rakan anda berbuat jahat anda boleh melarikan diri dari mereka, jika mereka berbuat baik anda akan menyanjungi mereka. Namun tidak bagi keluarga anda. Anda perlu menyanjungi setiap kelebihan mereka, dan menerima setiap keburukan mereka. Kita terikat dengan manusia-manusia yang mengetahui segala gerak-geri, kebaikan  dan setiap keburukan kita.  Kita terpaksa belajar menyayangi mereka tak kira bagaimana rupa mereka atau apa yang mereka buat pada kita.

Perlu dingatkan keluarga merupakan cerminan diri kita, apa yang kita lakukan pada mereka, mereka akan pantulkan kembali kepada kita. Jika kita selalu memarahi mereka, mereka akan memberontak dengan kita. Jika selalu kita menghina mereka, mereka akan menghina kita kembali melaui tindakan, perbuatan dan perkataan. Jika anda fikir wang sudah cukup untuk membahagiakan mereka, mereka akan memandang anda sebagai sumber kewangan mereka bukan menyayangi anda. Tidak seperti cermin disekeliling anda, ada cermin yang mengejek, cermin yang berpura-pura, cermin yang menjaga hati anda dan cermin yang cemburukan anda. Tetapi jika anda ingin lihat siapa diri anda, lihat pada bagaimana  keluarga anda melayani anda. Adakah mereka memberontak, melarikan diri dari anda atau menyayangi anda, menyanjungi anda. Itulah diri anda, jangan sesekali persoalkan mereka kenapa bersifat sedemikian rupa. Kaji kembali apa yang telah anda lakukan terhadap mereka. Jangan bandingkan betapa ramai di luar sana sangat baik dengan anda atau sangat jahat dengan anda. Apa yang anda lakukan, setiap kebaikkan atau keburukan anda keluargalah yang akan terkesan dengan perbuatan tersebut.

Namun, anehnya kita akan melayani orang asing, kawan-kawan lebih baik daripada keluarga sendiri. Kita lebih mendengar apa yang orang lain perkatakan lebih daripada anak-anak dan pasangan kita katakan. Adakalanya, kita menghabiskan masa, wang dan tenaga lebih banyak dengan rakan-rakan atau orang yang kita baru kenali lebih daripada keluarga sendiri. Adakalanya, kita pelik mengapa rakan-rakan atau orang lain seperti mengambil kesempatan ke atas diri kita. Namun apa yang kita tidak sedari kita sendiri memberi layanan yang buruk kepada orang yang lebih berhak, anak-anak dan pasangan kita sendiri. Keluarga ibarat diri sendiri jika kita sendiri tidak menghargai diri kita, orang lain juga tidak akan menghargai diri kita. Ubah persepsi kita pada keluarga kita sendiri, lenyapkan sifat suka membandingkan keluarga dengan orang lain, terima mereka seadanya.

a) Berikan anak keperluan bukan kemahuan.
Kelebihan menjadi surirumah ialah anda mampu mengawal setiap apa yang anak makan, anda mampu menapis apa yang terbaik untuk anak anda. Anda mampu mengadaptasi kaedah-kaedah yang meransang fizikal, mental dan emosi anak-anak. Uniknya seorang ibu mereka tahu apa yang terbaik untuk anak-anak. Tambahkan ilmu pengetahuan di dada supaya anda dapat membezakan keperluan dengan kehendak.

 Ath-Thabrani meriwayatkan daripada Ibnu Darda' ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang yang mempelajari ilmu pada waktu kecil adalah seperti memahat batu, sedangkan perumpamaan mempelajari ilmu ketika dewasa adalah seperti menulis di atas air". 
sumber: http://permatainn.blogspot.com/2011/12/didik-anak-cara-rasulullah-saw.html

7 tahun pertama ini anak memerlukan anda sebagai guru, pengawal peribadi, pelukis, pelawak, doktor peribadi,  dan kawan permainan. Dunia kanak-kanak dipenuhi dengan keseronokan bermain, jatuh, gaduh kemudian mereka akan kembali tertawa. Seronoknya berada di zaman mereka tidak perlu memikirkan tekanan di zaman dewasa. Mereka hidup dalam dunia tanpa peraturan dan tidak dapat membezakan mana yang betul dan salah.
  • Bijak tangani karenah anak.
Luangkan masa bermain Apabila mereka nakal atau bergaduh mereka hanyalah ingin perhatian anda. Pada masa sama mereka sedang mengkaji sebab dan akibat kenakalan mereka. Mereka nakal bukan untuk menyakitkan hati anda cuma mereka perlu belajar daripada kesilapan. Adatlah orang belajar banyak melakukan kesalahan. Bermain bersama mereka sehingga mereka kepenatan mereka akan memberikan anda ruang bekerja.Hasilnya, mereka tidak akan menerabur mainan, merosakkan mainan kerana anda telah mengajar mereka cara bermain. Ajar mereka menyimpan permainan selepas bermain, anda mengajar mereka cara bertanggungjawab menjaga dan menyimpan permaianan. 

Jangan sesekali membelikan permainan kemudian membiarkan mereka meneroka sendiri, hasilnya mainan cepat rosak dan cepat hilang. Beri perhatian kepada apa yang mereka lakukan. Ajari anak-anak dengan sabar dan pecahkan kepada beberapa langkah yang mudah. Anda perlu tahu bahawa kanak-kanak tidak mempunyai banyak pengalaman hidup dan mereka perlu belajar daripada anda. 

Teknik puji. Cuba bayangkan perasaan anda jika seseorang memaksa anda memberi barang dengan herdikan. Terasa seperti nak lempang je orang tersebut. Begitu juga kanak-kanak, jika anda inginkan mereka melakukan sesuatu beri pujian terlebih dahulu barulah menyuruh mereka melakukan sesuatu. Misalnya, "Kakak rajinkan, tolong kemaskan mainan ya".  Pantas tangan mengemas mainan dan seboleh-bolehnya dia akan mengemas mainan setiap hari kerana tertanam dalam otak separa sedarnya , dia rajin. Cuba guna ayat mengherdik, "Kakak ni malas, asyik menyepahkan mainan je, cepat kemas". Dia akan mengemas dengan rasa marah, dan arahan perlu diulang beberapa kali. 

Cuba renung kembali apa yang anda lakukan ketika sebelum berdoa dan sesudah berdoa, dimulakan dengan memuji Allah s.w.t disudahi dengan pujian juga. Allah s.w.t sudah mengajar kita adab jika meminta sesuatu aplikasikan dalam kehidupan harian. Mungkin nampak seperti membodek tetapi sebenarnya kita menghantar maklumat kepada otak anak satu keyakinan dalam diri mereka, mereka rajin, baik dan sebagainya. Jadi otak akan mengerahkan mereka jadi rajin, baik. Praktikkan setiap hari dan jangan lupa ucapan terima kasih. "Rajin anak ibu ni, terima kasih"

Ajar mereka berdikari Ajari mereka berdikari sedari kecil supaya mereka berdikari dewasa kelak. Latih anak untuk bermain sendiri namun masih dalam pengawasan anda. Malah, kerja rumah juga perlu diajar sedari kecil lagi, misalnya meletakkan botol susu dalam sinki. mengemas mainan, membuang sampah dan sebagainya. Latih anak daripada kerja rumah yang mudah ke berat secara berperingkat supaya mudah mereka fahami. 

Contoh tugasan kanak-kanak riang: 
Kemas mainan
Menyapu gunakan 'dustpan'
Membasuh pinggah mangkuk sendiri. 
Menyapu permukaan yang rendah. 
Mengumpul baju kotor dalam baldi

Terapkan apa yang anda ingini sedari kecil.  Jika anda ingin anak menjadi seorang doktor, terapkan minat menjadi doktor sedari kecil. Belikan permainan dan pembacaan menjurus ke arah itu. 


b) Bijak tangani karenah suami
Paling mudah urus kanak-kanak riang, rumah tapi yang paling susah jaga suami. Jika kita memarahi anak mereka tetap akan cari kita, namun jika kita selalu memarahi suami...Oh..silap hari bulan boleh cari bini baru.

Jangan sekali pun ubah perangai buruk . Terima segala keburukan mereka dan sanjungi segala kebaikan suami. Anda perlu tahu anda dan suami berlainan gaya dan budaya hidup. Bukan mudah untuk mengubah sesuatu perangai yang sudah diterap sejak kecil dan menjadi budaya dalam hidup suami. Bayangkan suami sudah selesa dengan perangai buruknya selama bertahun-tahun. Tiba-tiba anda muncul cuba merubah segala-galanya dalam hidupnya. Jika kanak-kanak kecil mampu dididik perangai yang baik. Namun tidak bagi suami, memakan masa bertahun-tahun mengubahnya. Hargailah pasangan anda sebagaimana anda mahu dihargai. Terima segala kebaikan dan bersabar dengan kekuranganya barulah suami melakukan perkara yang sama. 

Banyak memuji Jangan kedekut puji suami. Bayangkan anda jarang yang memujinya di rumah, tetapi di pejabat ramai yang memuji sifat baiknya. Mudah bagi orang luar mengambil kesempatan kebaikan suami. Jadi tidak salah memuji dan mengambil kesempatan kebaikan suami kerana manfaatnya lebih kepada kerukunan rumah tangga. Pujian jua menunujukkan anda menghargai diri suami berbanding anda mencelanya pasti suami tertekan dan melarikan diri.

Layanan "1st class". Memang penat menguruskan kanak-kanak riang namun layanan suami perlu diutamakan. Suami seringkali berdepan dengan wanita-wanita yang terurus penampilan dan berwangi-wangian. Jadi berikan layanan terbaik apabila berhadapan dengan suami, masakan yang enak dan memenuhi citarasa suami. Kadangkala tak salah memberikan sedikit masa mengurut suami takala suami penat seharian berkerja. Ini menunjukkan betapa perihatinnya kita kepada suami. 

Dalam berumatangga anda perlu menekankan betapa pentingnya kasih sayang, tumjukkan betapa anda menyayangi keluarga. Bukan sahaja dari segi perbuatan, layanan dan perkataan. Ucapkanlah betapa anda sayang keluarga setiap hari supaya mereka tahu. Duit boleh dicari dan diganti, namun layanan berbeza dengan individu yang lain. Cara masakan juga berbeza dengan masakan orang lain. Kesabaran itu penting dalam mengekalkan suatu perhubungan. 


Belajar asas blog dengan kami di Akademi Bekerja Dari Rumah.
Sewa kereta dengan kami di Sewa MPV dan Hiace

Rujukan: 
  1. Rumahku Ofisku, Mazneera Zanal
  2. Ikut Hati anda, Andrew Matthews
  3. Tidur Sebantal, Zalida Adam



  


Label: ,

Khamis, 13 Februari 2014

Panduan Menghadapi Tekanan Bagi Surirumah Moden Bah 1.


Panduan Menghadapi Tekanan Surirumah Moden Bahagian 1
Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmainrahim....

Adakalanya  menjadi surirumah sepenuh masa agak mencabar terutama yang mempunyai ijazah tinggi. Masih ramai yang yang mendapat tentangan keluarga terutamanya daripada keluarga khususnya ibu bapa. Namun bagi wanita itu sendiri, tidak perlu lagi memilih antara kerjaya dan anak. Tiada apa yang lebih mengembirakan melihat setiap perkembangan anak di depan mata. Namun masih ramai yang bertanggapan surirumah banyak masa dan hanya goyang kaki.  Namun hakikatnya tidaklah seperti yang digambarkan kerana surirumah menghadapi banyak konflik dalaman dan luaran dalam menghadapi kehidupan seharian.

a) Konflik dalaman.

1. Kesunyian.
Sumber: http://speaktoshadow.blogspot.com/

Kita sering dihantui rasa sunyi kerana tidak berpeluang keluar bersosial dan tidak bebas melakukan aktiviti fizikal seperti orang lain. Kadang kala kepala kusut memikirkan pelbagai masalah yang timbul berbanding jika bekerja masalah boleh dilupakan sebentar. Masalah dengan anak-anak yang pelbagai ragam. Seharian berada di rumah,  jiwa terasa kosong, otak pun terasa beku dan tepu. Keyakinan diri dan kemahiran sosial juga, semakin terhakis kerana hidup terasing dan hanya berkisar dengan sekitar tempat tinggal.
Jika bekerja mempunyai ramai rakan untuk berbual dan bertukar fikiran. Malahan, jika surirumah menceritakan kepenatan dan  pelbagai masalah yang timbul, tidak semua dapat memahami malah menekankan betapa pentingnya makan gaji.

2. Rendah diri.
Kita juga berasa rendah diri bila berhadapan dengan rakan-rakan yang berkerjaya dan berjawatan tinggi. Mereka sangat bergaya mengenakan mekap dan fesyen-fesyen terkini. Seharian berada di rumah mana mungkin berpeluang mengenakan fesyen-fesyen terkini lantaran bergelumang dengan najis dan muntah anak. Malah, dengan perbelanjaan yang cukup ketat dan hanya bergantung pada satu sumber mana mungkin mampu membeli barangan mekap dan baju yang cantik.

3. Karenah anak-anak 
Sumber: http://thehoopla.com.au/

 Adakala terasa seperti pecah kepala apabila anak-anak yang super nakal meneraburkan mainan mereka sesudah penat mengemas rumah. Kadang-kadang tertekan dengan karenah anak-anak yang suka bergaduh dan kuat menangis semata-mata untuk menuntut perhatian. Apatah lagi berhadapan dengan muntah dan najis anak-anak setiap hari. Ah...Kesemuanya menuntut kesabaran yang teramat tinggi. Namun, apabila disuarakan pada suami, suami mengingatkan betapa beruntungnya saya dapat menjaga dan melihat sendiri perkembangan anak-anak di depan mata. Jika dibandingkan dengan perempuan yang bekerja di luar sana yang sering bimbang anak dijaga oleh pengasuh yang belum tentu terjaga makan minumnya.

4. Tiada masa untuk diri sendiri. 


Sumber: http://www.beniceorleavethanks.com/2012/04/24/when-i-showed-my-husband-the-what-do-moms-do-all-day-picture/

Adakala dek kerana kepenatan yang melampau, surirumah akan mudah jatuh sakit. Namun tetap juga menggagahkan diri memasak dan melayan karenah anak-anak yang pelbagai ragam. Kanak-kanak riang sentiasa ingin mengikut ibunya ke mana sahaja, memasak, mengemas, hatta ke tandas sekalipun, ibarat rombongan cik Kiah lagaknya. Masuk juga walaupun busuk atau wangi janji bersama ibu sahaja.

b) Konflik luaran.

1) Tekanan daripada ibu bapa.  
Ibu bapa sentiasa risau jika anak mereka menghadapi kesusahan hidup. Mereka seringkali ingin yang terbaik untuk anak mereka. Mereka sering menekankan betapa susahnya hidup jika bergantung pada satu sumber pendapatan iaitu bergantung kepada si suami sahaja. Perkara ini sering dipersoalkan terutama jika bertemu. Bukan tak terfikir cuma tak sanggup membayangkan anak berjauhan dan ditinggalkan bersama pengasuh yang belum tentu terjaga makan minumnya.

2. Persepsi Masyarakat Sekeliling
Masyarakat sering mentafsirkan menjadi surirumah sangat merugikan dan tidak dapat 'apa-apa'. Mereka mendefinisikan 'apa' itu dengan jumlah pendapatan dan kejayaan dalam kerjaya. Persepsi ini timbul kerana masyarakat kini cenderung mengukur segalanya dari aspek material, sehingga menutup sebelah mata manfaat yang diperolehi jika si ibu sendiri yang menjaga dan mendidik anak-anak mereka. Apa yang mereka fahami konsep bekerja menjurus kepada makan gaji yang mempunyai pelbagai faedah seperti epf, kemudahan meminjam di bank dan sebagainya. Jika  mereka faham, tiada istilah rugi menjaga anak sendiri.

3. Tekanan Kewangan. 
Apabila bergantung pada satu sumber sahaja, kita tidak boleh membelanjakan duit sesuka hati. Banyak lagi benda yang perlu diutamakan dengan wang yang dikira terhad. Kadangkala sedih apabila tidak dapat menuruti permintaan anak-anak inginkan permainan. Apatah lagi mempunyai kelayakan yang membolehkan kita keluar mencari duit tanpa perlu bergantung pada suami. Kesemuanya harus disandarkan kepada suami seorang. Sedangkan suami mensyaratkan boleh bekerja namun anak-anak perlu saya jaga dan didik sendiri. Adui bagaimana ya...

Ambil sedikit sahaja masa untuk bersedih. Jika difikirkan tekanan yang menggasak daripada kiri dan kanan , atas dan bawah boleh sasau dibuatnya. Masalah atau konflik tidak boleh diselesaikan dengan hanya berfikir namun kita perlu lakukan sesuatu untuk menyelesaikan. Anda perlu memaksa diri untuk berubah barulah anda mampu merubah tanggapan orang pada anda.

1) Raikan Diri Anda 

Apabila menjadi seorang ibu anda perlu menjadi wanita yang sangat kuat. Jika anda tidak kuat, anda perlu pura-pura kuat menghadapi dugaan. Teringat kembali ketika melahirkan anak sakitnya Allah sahaja yang tahu, walaupun berkali-kali mengandung dan bersalin, sakitnya tetap sama. Terlalu takut nak hadapinya kembali. Itu petunjuk Allah,  betapa beratnya beban yang bakal dipikul untuk menjaga dan mendidik anak di dunia kelak. Hadapi hidup dengan tenang dan berpijak di bumi yang nyata. Tidak perlu membandingkan hidup anda dengan wanita bekerja di luar sana. Kelebihan anda, anda tidak terlepas setiap detik perkembangan anak anda, daripada berguling, meniarap, merangkak seterusnya berlari, berceloteh. Nikmati setiap masa anda bersama anak, bermain dan bergelak tawa bersama mereka. Masa yang berlalu tak mungkin dapat dikembalikan walaupun dengan wang yang banyak.

2)  Bina kekuatan dalaman sendiri.

a) Selesaikan semua perkara penting seawal pagi
Tidur awal dan bangun awal, rasai kedinginan waktu pagi yang nyaman. Bancuh secawan kopi, alas perut dengan roti, anda sudah bersedia hadapi hari dengan tenang.

b) Bijak merancang
Tidak semestinya duduk di rumah tidak perlu merancang. Kumpulkan semua resipi sarapan pagi, makan malam, tengahari dan petang. Rancang menu dan senaraikan barang dapur untuk seminggu. Ketahui matlamat anda, matlamat rumahtangga, anak-anak dan suami anda. Buat perancangan daripada sekecil-kecil perkara hingga perkara yang besar. Jadilah fleksible dengan jadual anda. Anda hanya mampu merancang, apatah lagi apabila berhadapan dengan karenah anak.  Catatkan impian anda dan fokus kepadanya setiap hari. Biarkan impian itu tertanam dalam otak dan mempogramkan anda untuk bertindak.

c) Selesaikan masalah dengan ilmu
Surirumah kini lebih bertuah jika dibandingkan zaman dahulu. Ini zaman tanpa sempadan, ilmu mudah diperoleh malah percuma. Tidak seperti dahulu kala, ramai yang mudah dan suka berkongsi pengalaman dan ilmu di dada. Manfaatkan internet dengan baik, carilah ilmu psikologi kanak-kanak, suami, resepi masakan, ilmu agama malah anda boleh mempelajari kemahiran baru daripada internet bukan sahaja bermain facebook.

Nantikan sambungan di bahagian 2 ya..

Belajar asas blog dengan kami di Akademi Bekerja Dari Rumah.
Sewa kereta dengan kami di Sewa MPV dan Hiace















Label: ,

Selasa, 11 Februari 2014

Apabila Anak Sudah Pandai Meniruvasi

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..

Hampir setiap hari menonton rancangan Upin Ipin kegemaran kanak-kanak masa kini, Sara dan Kina sudah pandai menghafal  setiap dialog rancangan tersebut. Malahan, sudah mampu meniruvasi setiap dialog dalam kehidupan seharian. Misalnya, "baba tengok ibu ni", diolah daripada "Opah tengok kak Ros". Adalagi, bila disuruh buat kerja, pergi ke tandas, atau apa sahaja, jawabnya "mana boleh, tak boleh" diolah daripada diolog kak Ros yang menegah adiknya bersifat nakal.

Ada satu frasa mengatakan "Children learn what they live, and live what they've learned " iaitu kanak-kanak belajar melalui cara hidup dalam persekitaran mereka dibesarkan, apabila besar kelak mereka akan menjalani kehidupan seperti mereka jalani dan pelajari sewaktu kecil dahulu. Setiap apa yang mereka lihat, mereka dengar, mereka rasa akan diadatasikan dalam kehidupan dewasa kelak.

Hati-hati apa yang anak tonton di televisyen. Sebolehnya rancangan berunsur teladan harus diutamakan. Kurangkan cerita yang berunsur keganasan walaupun cerita Ultraman. Cerita seperti ini hanya mengajar anak-anak hanya dengan bergaduh sahaja dapat menyelesaikan masalah. Tapis setiap apa sahaja rancangan tv yang walaupun siaran kartun. Antara cerita kartun yang sesuai ditonton  seperti:

Agent Oso
Rancangan yang mengajar kanak-kanak pelbagai kemahiran hidup seperti cara membersihkan  bilik sendiri, memakai baju dan sebagainya. Setiap kemahiran di ajar dan dipecahkan kepada 3 langkah mudah supaya kanak-kanak mudah memahaminya. Manfaatkan rancangan ini untuk mengajar mereka dalam suasana yang menyeronokkan. 


Dodo dan Syamil dari Indonesia.
Rancangan yang mengajar kanak-kanak tentang asas dalam Islam, bagaimana mengenal Allah, rukun Islam, fadilat solat dan sebagainya. Berikan mereka kefahaman mendalam dalam Islam sambil berhibur dengan rancangan ini. 

Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak. Jangan terlalu bergantung kepada pengasuh 100 %. Temani mereka semasa mereka menonton televisyen, terangkan apa yang bagus dan tak bagus buat mereka. Pada masa sama, kita memberikan perhatian setiap pertanyaan yang keluar daripada mulut mereka.


Children Learn What They Live
By Dorothy Law Nolte

          If children live with criticism,
               They learn to condemn.
          If children live with hostility,
               They learn to fight.
          If children live with ridicule,
               They learn to be shy.
          If children live with shame,
               They learn to feel guilty.
          If children live with encouragement,
               They learn confidence.
          If children live with tolerance,
               They learn to be patient.
          If children live with praise,
               They learn to appreciate.
          If children live with acceptance,
               They learn to love.
          If children live with approval,
               They learn to like themselves.
          If children live with honesty,
               They learn truthfulness.
          If children live with security,
               They learn to have faith in themselves and others.
          If children live with friendliness,
               They learn the world is a nice place in which to live.
sumber: http://www.empowermentresources.com/info2/childrenlearn.html

Menurut perspektif Islam, dalam jangkamasa 7 tahun pertama, anak-anak sangat bergantung kepada ibu bapa untuk memenuhi keperluan mereka. Otak mereka seumpama span yang mampu menyerap segala macam maklumat di sekeliling. Pada masa ini, mereka memerlukan pelbagai ilmu dan pengalaman untuk bersedia melangkah ke alam dewasa tanpa kita di sisi mereka kelak. Kita yang menentukan samaada mereka mampu meneruskan kehidupan ini dengan baik ataupun sebaliknya.  

Belajar asas blog dengan kami di Akademi Bekerja Dari Rumah.
Sewa kereta dengan kami di Sewa MPV dan Hiace

Pasti anda juga tahu pelbagai rancangan yang bagus untuk ditonton oleh anak-anak. Jangan segan-segan ya berkongsi dengan saya. 

Rujukan: youtube, Rumahku Ofisku, Mazneera Zainal

Label:

Ahad, 9 Februari 2014

Kenapa Perlu Berfikir Positif

Teks:Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Sebarang fikiran sedar, diulang dalam jangka masa tertentu, menjadi program.
                                                                                      Andrew Matthews
                                                                     Pengarang Buku Ikut Hati Anda

Jadi fikirkan perkara positif setiap hari. Tuliskan impian anda, baca setiap masa, setiap hari. Anda akan mempogramkan diri anda untuk mencapai cita-cita anda. 
 Mendaftar kelas asas blog dengan Di sini
Selamat malam..


Label:

Jumaat, 7 Februari 2014

Pengalaman Berdepan Dengan Karenah Jurujual Terdesak.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....

Semenjak berpindah ke rumah baru, ada sahaja jurujual yang datang mempromosi barang. Seram dengan pelbagai cerita taktik jenayah yang berlaku dewasa ini, saya tidak pernah sekali mengizinkan mereka masuk ke dalam rumah walaupun suami berada di rumah. Pernah sekali ketika waktu mula-mula pindah, seorang lelaki datang ke rumah menyatakan untuk membuat pemeriksaan kebocoran gas dengan nada serius.

 Saya yang sangat naif membenarkan dia masuk. Dia mula menerangkan bagaimana memeriksa gas bocor, sehinggalah mula mempromosikan produk beliau.  Beliau seperti mendesak kami untuk membeli produk tersebut dan menyatakan boleh membayar ansuran. Apabila kami enggan beliau ingin meninggalkan produk beliau dan menyuruh kami mencuba sambil menunjukkan rekod pelanggan beliau. Kami tetap tidak ingin membeli produk beliau. Akhirnya, suami menyuruh beliau meninggalkan nombor telefon dan kami akan menghubungi nombor beliau. kami membuat bermacam helah untuk menyuruh penjual itu pergi. Dengan bermuka kelat beliau memasang kembali injap silinder gas , sambil berulang-ulang kali menyuruh suami memeriksa kembali injap tersebut.

Ketika saya ingin memasak saya mula tercium bau gas, sah penjual tadi membocorkan injap gas kami kerana bengang. Cepat-cepat saya menutup dapur dan menutup injap gas. Silap haribulan boleh meletup rumah dibuatnya. Apa yang saya ingin kongsikan disini, produk beliau sangat bagus namun di sebab sikap beliau yang suka memaksa dan kurang sabar menyebabkan pelanggan lari. Cara mempromosinya sudah bagus namun taktik pemasaran dari rumah ke rumah sudah lapuk. Orang ramai sangat berjaga-jaga ekoran banyak kes penyamaran dan pecah rumah dewasa ini.

Bayangkan jika suami tiada rumah mungkin beliau menggunakan pelbagai cara untuk mendesak saya sehingga saya mebeli produk beliau. Huh..sungguh menakutkan. Apa yang seorang jurujual perlu tahu pelanggan tidak mungkin akan membeli produk anda serta merta mungkin pelanggan anda berminat pada masa akan datang. Seorang jurujual perlu arif dengan kehendak seorang pelanggan antaranya:

1) Dengari masalah pelanggan, kemudian pelajari sesuatu.
Fahami masalah pelanggan dahulu baru promosi barang anda. Kebiasaanya jurujual sibuk mempromosi barang mereka tanpa mngambil kira dengan organisasi atau  perniagaan pelanggan anda dahulu. Pendek kata berkenalan terlebih dahulu dengan pelangan bina situasi menang menang dahulu. Orang lebih selesa apabila kita sudah tahu masalah mereka dan berkenalan mereka. Mudah bagi kita membina pelanggan yang tetap bukan sekadar menjual produk.

2) Mempunyai pengetahuan yang luas.
Anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas berkenaan organisasi dan persekitaran pelanggan, bukan hanya berkenaan produk anda. Pelanggan sangat senang apabila masalah mereka dapat diselesaikan melalui belian produk atau perkhidmatan anda.

3) Membina hubungan kukuh dengan pelanggan.
 Anda perlulah mempunyai hubungan yang kukuh dengan pelanggan dengan membantu menyelesaikan masalah, bukan hanya terus pergi selepas menjual produk. Pentingnya perkhidmatan selepas menjual produk supaya pelanggan terus menjadi pelanggan tetap.

4) Pelanggan ingin anda menepati janji
Pelanggan mahukan produk yang dibeli bermanfaat dan nilai tambah seperti yang diterangkan si penjual. Bukan hanya omongan kosong si penjual semata-mata untuk melariskan produk mereka. Pastikan anda mempunyai jadual tetap berjumpa dengan pelangan. Penjual perlu memastikan perkara berkaitan jualan terutama perkhidmatan selepas jualan berjalan lancar. Pelanggan perlukan jurujual yang boleh dijadikan tempat rujukan selepas aktiviti jualan.

5) Pelanggan ingin rasa dihormati.
Penjual perlu melayan pelanggan dengan penuh rasa hormat supaya pelanggan akan rasa senang dengan anda dan akan mudah menjadi pelanggan tetap anda.

6) Bertindak balas dengan cepat
Berilah perhatian dan selesaikan segera sebarang masalah berbangkit selepas aktiviti jualan.

7) Fleksibel dan kreatif.
Fleksibel dan kreatif dalam menyelesaikan masalah yang timbul tanpa banyak halangan.

Kini penjual boleh memasarkan produk menggunakan medium blog. Anda boleh memasarkan produk anda dengan mudah. Pelanggan akan datang sendiri kepada anda tanpa perlu paksaan. Kongsikan pengalaman anda dan cara menggunakannya. Jadikan pembaca blog anda seperti rakan seterusnya pelanggan tetap anda. Ingin tahu caranya klik sahaja di sini

Sewa kereta MPV dan Hiace dengan kami di sini

Rujukan: Mengapa Gagal Menjual karya Zamri Aminuddin.


Label: