Assalammualaikum sahabat
Asalnya saya mahu buku kan kisah-kisah
#rezekiajaib yang terjadi pada saya sepanjang 7 tahun menjadi
suri rumah. Banyak sungguh. Memang benar janji-janji Allah itu. Namun selepas menulis hari demi hari, saya rasa, saya patut himpunkan kisah-kisah
luar biasa yang terjadi pada ibu-ibu
surirumah yang lain. Saya yakin kasih sayang Allah itu tiada sempadannya. Benar ramai pernah merasainya.
Kisah suri rumah banyak yang luar biasa. Banyak kali Allah berikan rezeki-rezeki tak terduga. Kita semua pernah alami. Justeru itu saya mengajak ibu-ibu diluar sana berkongsi cerita dengan saya. Ia akan dihimpunkan dalam satu buku. Moga ia menjadi bahan bacaan motivasi dan semangat buat ibu-ibu yang sedang atau baru saja bergelar ibu suri rumah sepenuh masa.
Ingat tak kisah si ibu yang tak pernah lepas mengucap bismillah? Satu hari suaminya membawa pulang sebuah guni berisi ular. Mahu saja dia berharap si ular mematuk isterinya kerana dia benci akan isterinya yang lagak soleh dan tidak lepas dengan kalimah bismillah setiap melakukan pekerjaan. Dengan kuasa Allah, semasa si ibu mahu membuka guni tersebut, dia seperti biasa mulakan dengan ucapan bismillah dan kemudian menyeluk guni itu. Subhanallah, dia menggenggam beribu-ribu keping wang emas. Si suami kebingungan. Kenapa ular bertukar menjadi emas?
Begitulah rezeki luar biasa yang hadir apabila kita bersangka baik kepada Allah. Dan janji Allah, akan hadir rezeki pada setiap anak. Dan akan bertambah rahmat dan kasih sayang apabila bantu pelihara rumah suami. Ayuh kongsiakan kejadian luar biasa yang kalian alami. Kemudahan yang diperolehi, rezeki yang datang berkunjung atau kegembiraan yang dirasai.
Moga ia bantu meningkatkan motivasi ibu-ibu yang sedang bergelut dengan tenaga dan emosi kerana "terpaksa" pulang ke rumah setelah mempunyai kerjaya atau pendidikan tinggi kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan.
Khairunnisa Hamzah
Salah seorang penulis Buku Rezeki Luar Biasa Surirumah.
Berminat utk order, Sila klik 👇👇👇
Label: Rezeki Luar Biasa Surirumah