Sabtu, 30 Ogos 2014

Tutorial Kait Bunga Maybelle.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Hari ini saya ingin berkongsi nota tutorial kait bunga Maybelle, projek saya untuk bulan ogos ini. Masih dalam proses menyiapkan alas sofa  menggunakan bunga maybelle kait yang dijadikan granny square. Proses yang agak menyeronokkan, kadang-kadang timbul juga bosan tapi kena paksa diri untuk teruskan. he...he....Hobi mengait ni, memang mengajar erti kesabaran sungguh.

Okey, mari kita mulakan tutorial. Dalam tutorial ini, barang paling penting adalah:


  • sebuku benang nona sebarang warna, saya gunakan warna maroon, ( tak ingat no berapa he..he)
  • jarum kait saiz 4.0 mm (G) (beli kat daiso berharga RM 5)
  • Gunting 
  • Jarum jahit


Cara-caranya:



  1. Naikkan 10 chain (ch), sambungkan dengan slip stitch pada kaitan pertama untuk membentuk cecincin. 





    2. Naikkan 3 chain (ini dikira sebagai 1 double crochet, dc), kaitkan 23 double crochet, dc di dalam cecincin, slip stitch ke chain yang ke 3 pada kaitan pertama tadi. (Kira semula pastikan ada 24 dc termasuk 3 chain tadi) .




3. Naikkan 5 ch, langkau 2 dc kemudian sc ke dc seterusnya, kemudian ( naikkan 4 dc, langkau 2dc kemudian sc ke dc seterusnya) ulangi () sebanyak 6x. Kemudian, sambungkan dengan slip sticth pada kaitan yang pertama. (Pastikan terdapat 8 ruang yang kita sebut di sini sebagai 4 chain space)



4. Slip stich pada 4 chain space yang pertama. Naikkan 3 ch (kita kira sebagai 1 dc), Naikkan lagi 1 dc pada ch space yang sama, naikkan,  2 ch. Kemudian naikkan 2 dc dan seterusnya naikkan 1 ch pada ch space yang sama. Kemudian (2 dc, 2 ch. 2dc, 1ch pada ch space seterusnya). Ulang () sehingga 7 kali, kemudian  naikkan 1 ch, dan sambungkan dengan sl st pada ch ke 3,  kaitan pertama tadi.



Round 4
Sl st pada 2 ch space yang pertama.
Naikkan 3ch, kemudian naikkan 6 dc pada space yang pertama, sl st pada ch space yang seterusnya.
(Naikkan 7 dc pada 2 ch space, sl stitch pada ch space  yang seterusnya) ulangi sebanyak 7 kali.
sl st pada ch yang ke tiga kaitan pertama. Tarik benang yang tercangkuk pada jarum panjang-panjang kemudian gunting. Kemaskini benang dengan menyelit benang pada kaitan.
Dah jadi satu bunga maybelle.


Okey, rasa pening apabila baca semula tutorial, biasa baca dalam bahasa Inggeris. Boleh tinggalkan sebarang pertanyaan di bawah jika tak faham okey?


Rujukan daripada;

6ichthusfish



Label:

Khamis, 28 Ogos 2014

Ilmu perlu dikongsi atau disorok

Teks: Dalila Yusof
Bismillahiramanirahim

Sewaktu pulang ke kampung, dahulu, nenek bercerita ada seorang yang pandai mengait, menjadikan hasil kait sebagai sumber pendapatan. Apabila diminta mengajar, dia menolak. Risau sungguh, jika periuk nasinya ditutup. Ruginya dia, menolak pintu rezeki yang lain. Bagi saya, jika tak mahu mengajar secara percuma, kenakanlah bayaran. Ilmu itu takkan habis walaupun dikongsi tetapi akan bertambah lebih daripada yang kita beri. Jangan takut jika orang meniru kita itu akan jadi lebih baik daripada kita. Gunakan pengalaman yang ada untuk jadi lebih baik daripada semalam. Jangan suka berada di takuk yang sama, iaitu zon selesa, sentiasa cabar diri untuk maju ke zon kurang selesa. Hidup ini hanya sekali, gunakan peluang di depan mata.
Dapatkan perkhidmatan kereta sewa Inova dan Hiace di sini.

Pada zaman serba canggih ini, ilmu makin mudah diperoleh. Ramai sungguh yang suka berkongsi ilmu-ilmu yang mereka peroleh daripada pengalaman mereka yang mahal. Gunakan internet sehabis baik, cari ilmu baru, baca dan buat kajian, untuk permulaan kita kaji yang percuma dan murah, sudah faham gali ilmu daripada seminar berbayar pula. Resepi , motivasi, apa sahaja kemahiran yang kita ada mengait, menjahit, kita ajar dan beri secara percuma, jangan tunggu orang memberi baru kita memberi, ruginya kita di situ. Walaupun kita beri secara percuma, tapi kita dapat kemahiran mengajar di situ, Pengalaman yang tiada siapa nak bagi...hu2, tak semestinya apabila kita tahu dan pandai sesuatu kemahiran, kita pandai mengajar orang, jadikan blog sebagai platform latihan untuk mengajar orang seterusnya membuat buku tentang kemahiran kita.


Berminat menjaga sendiri anak namun mahu menjana pendapatan di rumah? sertai Akademi Bekerja dari rumah

Sayang sungguh segala pengalaman kita yang mahal ini tidak dicoretkan dalam bentuk penulisan. Pernah juga saya bertanya dengan emak, tentang kemahiran mengaitnya. Emak memberitahu banyak yang dah dia lupa. Begitu jugalah kita apabila sudah tua kelak. Mungkin ada yang kita tahu, tapi tak ramai yang tahu perkara tersebut. Kita belajar daripada pengalaman hidup, dan pengalaman setiap orang juga berbeza-beza. Tak salah berkongsi pengalaman yang kita ada, samada berbayar atau percuma. Supaya apa yang kita tahu mampu memberi manfaat kepada se
mua. 


Dapatkan air bersih apabila menggunakan penulen air Elken

Seloka Kait




Kata nenek: Ambillah duit tu, saya boleh kumpul semula melalui hasil jualan kait saya. 


Iklan: 

Masak sendiri nasi arab di rumah dengan menggunakan pes segera nasi arab jenama al-bayt. Siap sedia beras basmathy dan rempah nasi arab. 


tempah segera di borang tempahan
atau boleh pm di fb rasmi saya 





Label:

Selasa, 26 Ogos 2014

Usaha sentiasa dapat hasil.



Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

yemista
Susah jugak nak buat tutorial ni..jangan nangis..cuba lagi...kadang2 apabila kita lihat hasil kerja orang, kita akan selalu pertikaikan cara mereka. Pernah kan terdetik dalam hati,

Tips supaya menulis blog dengan kosisten

 "Eh, dia ni buat benda ni susah sangat. Buat sahaja macam ni, buat sahaja macam itu", 

Cuba buat, nanti kita tahu betapa susahnya nak hasilkan sesuatu walaupun hanya catatan di blog. Teori sebenarnya lagi mudah daripada praktikal! Hu2...., 

Dapatkan air bersih apabila menggunakan penulen air Elken


Kebiasaannya orang yang suka mengarah memang akan rasa semuanya mudah, berbanding orang yang melakukannya. Orang yang bijak kurang bercakap, banyak bertindak. Kutip banyak-banyak pengalaman hidup, supaya nanti kita tahu apa yang kita nak lakukan nanti. Biarkan orang sekeliling mengata, jangan berhenti lagi daripada bergerak ke hadapan. Yang penting kita lakukan sesuatu, tak dapat hasil kita dapat pengalaman. 


Iklan: 

Masak sendiri nasi arab di rumah dengan menggunakan pes segera nasi arab jenama al-bayt. Siap sedia beras basmathy dan rempah nasi arab. 


tempah segera di borang tempahan
atau boleh pm di fb rasmi saya 



Label:

Selasa, 19 Ogos 2014

Penukaran Istilah kait UK kepada US

Teks: Dalila Yusof 
Bismillahirahmanirahim...


Selamat petang buat pembaca sekalian, hari ini nak kongsikan nota perbezaan antara istilah kait UK dan USA. Mungkin bagi yang masih baru dalam hobi mengait ini mereka tak perasan bahawa kedua-duanya menggunakan istilah yang sama tapi rupanya menerangkan kaitan( crochet stitches) yang sangat berbeza. Misalnya, dalam projek bulan ogos ini, projek bunga maybelle, saya bagi contoh di sini. 



UK terms


10 chain, join with sl st.

Round 1
3 chain (counts as 1 tr), 23 tr. sl st into 3rd chain.

Round 2
5 ch, miss 2 tr then dc into next treble, [4ch, miss 2 tr then dc into next 
tr] x 6 sl st into 1st chain.

Oleh kerana, sudah biasa menggunakan istilah kait US, maka saya terus mengait kaitan treble, tr. Tapi, jika ditukarkan kepada istilah kait US. 

USA terms

10 chain, join with sl st.

Round 1
3 chain (counts as 1 dc), 23 dc. sl st into 3rd chain.

Round 2
5 ch, miss 2 dc then sc into next dc, [4 ch, miss 2 dc then sc into next 
dc]  x6 sl st into 1st chain. 

Ini menyebabkan hasil kaitan saya salah, dan menyimpang daripada paten yang diberikan. Jadi boleh rujuk dalam jadual yang diberikan supaya anda juga tidak keliru seperti saya. 
US TermUK/Australian Term
chain (ch)chain (ch)
slip stitch (sl st)slip stitch (sl st) (sl)
older patterns: single crochet (sc)
single crochet (sc)double crochet (dc)
half double crochet (hdc)half treble (htr)
double crochet (dc)treble (tr)
triple crochet (trc)double treble (dtr)

US TermUK/Australian Term
fasten offcast off
skip/ skip overmiss
gaugetension
yarn over (yo)yarn over hook (yoh)


Perkembangan daripada projek granny square bunga maybelle, baru dapat siap mengait dalam 20 keping granny square sahaja. Sudah tertinggal trak nampaknya.  Tak mengapa boleh cuba lagi sampai laju. Perlu letak tarikh akhir untuk setiap projek supaya boleh cabar diri jadi semakin baik dan laju mengait. Amin....Selamat tinggal jumpa lagi.  



Iklan: 

Masak sendiri nasi arab di rumah dengan menggunakan pes segera nasi arab jenama al-bayt. Siap sedia beras basmathy dan rempah nasi arab. 




Label:

Ahad, 17 Ogos 2014

Kasut Kait daripada granny square untuk Aisyah

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...


Hampir 3 hari, Aisyah demam, apabila demam mula nak berkepit, tak bagi ibu buat kerja. Tak menangis, tapi nak berpeluk dan bermain dengan dia. Beberapa hari ini, di Selayang asyik hujan sahaja, sejuk bukan main. Kaki Aisyah terasa sejuk seolah-olah baru sahaja direndam dalam ais. Jadi hari ini terpaksa lupakan projek granny square, kait dahulu selipar untuk Aisyah. Masih dalam cuba-cuba dan banyak kesilapan dan masih tak kemas. Macam kelakar pun ada kan, model tengah nyenyak tidur.


Tapi, memang walaupun sudah pakar dalam asas kait, tetap perlukan kesabaran mengait apa sahaja termasuklah kasut, bunga dan lain-lain lagi. Yang penting sabar dan tekun mengait pasti jadi. Ilham kait kasut ini saya ambil daripada blogger Russia, ravliki tak paham pun apa yang ditafsirkan dalam bahasa Inggeris. Istilah kait dalam Rusia memang sukar difahami kecuali kalau ada dalam bentuk simbol. 

Paten granny square ini, saya pernah tulis dalam blog saya, boleh rujuk granny square oh granny square. Granny square ini dicantum menggunakan teknik whip stitch (jahitan sembat), dan saya hanya memerlukan 5 keping granny square sahaja untuk sebelah kasut. 

Hobi mengait memang sangat mencabar, tapi yakinkan diri untuk teruskan supaya kita dapat hasil yang menarik dan membanggakan. Hari ini, tak kemas, cuba lagi dan cuba lagi sampai kemas. Kita tak berjaya bukan kerana tiada bakat tapi cuma tak biasa, jadi biasa-biasakan, dengan mencuba sampai berjaya. Kita gagal bukan kerana kita tak mampu, cuba mungkin kita terlalu pentingkan kesempurnaan. Tutup mata dan tutup telinga sahaja, buat sahaja walaupun pada mulanya tak berjaya, kutip seberapa pengalaman yang boleh dapat daripada kegagalan. Dan gunakan pengalaman itu, untuk paham apa yang perlukan kita lakukan untuk berjaya. Selamat tinggal jumpa lagi. 

Psst..Nak cuba masak nasi arab sendiri, tapi tak tahu nak dapatkan rempah? Boleh beli dengan saya, satu kotak siap satu set beras basmathy dan rempah nasi arab. Senang tapi bawang, ayam, tomato, anda yang sediakan ye..

No. Tel: 019-3559480
atau pm di FB rasmi saya: dalilayusof



Label:

Khamis, 14 Ogos 2014

Projek Kait Bulan Ogos 2014

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Sudah lama berangan nak kait pelbagai alas meja, alas sofa dan macam-macam lagi untuk dijadikan perhiasan rumah. Namun, banyak sungguh aral yang melintang, projek kait memang mengambil lama yang panjang berbanding menjahit. Tapi, kedua-duanya tetap memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi dalam menghasilkan karya yang cantik. Ditambahkan dengan ketenangan, kasih sayang dan keyakinan tinggi, membezakan produk buatan tangan dengan buatan mesin. Ada nilai kemanusiaan yang tak dapat diganti oleh mesin yang tak berperasaan.


Berminat bekerja dari rumah? Ragu-ragu, untuk menghantar anak ke pengasuh? Klik Akademi Bekerja Dari Rumah. 



Memang pencetus semangat betul, melihat hasil kait blogger bunnymummy ini. Saya sudah mulakan mengait granny square sejak tiga hari lepas, untuk membuat alas sofa dalam masa sebulan . Anggaran untuk dua sofa perlu siapkkan sebanyak 100 keping granny square. Jadi dalam masa sehari perlu siapkan sebanyak 5 keping granny square. Tapi baru siapkan 3 keping granny square sahaja, tak mengapa. Kita fikir boleh mesti boleh. Baru boleh siapkan, biasa memang lambat sikit nak mula awal-awal, sebab masih tak boleh nak hafal paten kait. 


Salam sayang pembaca senyap sekalian, saya akan sentiasa mengemas kini perkembangan projek ini. Tak sabar rasanya nak habiskan projek ini. Biasanya saya buat akan sentiasa tergantung begitu sahaja. Seronok tengok perkembangan projek ini dalam blog. 

Syawal masih belum lagi penghujungnya. Berminat nak dapatkan pes segera nasi arab jenama al-bayt.

No. Tel: 019-3559480
atau pm di FB rasmi saya: dalilayusof





Label:

Sabtu, 9 Ogos 2014

Kait bunga Maybelle

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Selamat pagi buat pembaca sekalian, semalam dalam kesibukkan dengan bertandang ke rumah kakak, sempat juga sebelum itu mengait bunga maybelle ni. Kait banyak-banyak boleh buat granny square nanti, berangan nak hias rumah pakai bunga ni. Semoga angan-angan ini menjadi kenyataan, amin..

Paten kait bunga ini saya ambil daripada 6ichthusfish, bunga ini juga boleh dikait jadi granny square. Tutorial membuat granny square bunga maybelle ini boleh rujuk di myrosevalley. Rasa teruja apabila tengok bunga ini bila dah siap. Kalau dah siap kait banyak, lagila gembira melompat keriangan. 

Nanti saya akan kongsikan perkembangan projek ini lagi. 


Label:

Jumaat, 8 Ogos 2014

Projek jahit gaun

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim…


Selamat pagi buat para pembaca sekalian dengan internet yang kadang-kadang tak stabil, susah nak update blog hari ini. Semoga Allah s.w.t.  permudahkan segala urusan kita semua. Projek raya kedua saya lakukan adalah menjahit gaun untuk anak saya. 

Saya guna paten daripada blog prudentbaby, seperti biasa saya hanya perlu print paten, tekap pada kain, gunting dan jahit. Tapi diingatkan sentiasa ukur pada anak, supaya ukuran tepat. Bagi saya yang mempunyai anak yang saiz badannya kecil, mungkin tidak mempunyai sebarang masalah.



Walaupun mampu nak belajar menggunakan internet sahaja, saya tetap meringankan mulut bertanyakan kepada orang lebih berpengalaman dalam menjahit, seperti mak saya. Zaman yang lebih canggih ini, boleh gunakan kumpulan suka menjahit online  dalam facebook yang kebanyakkan ahlinya sangat berpengalaman dan boleh menunjuk ajar. Apabila kita belajar seorang diri, kita lebih mudah tersasar dan tersesat sebenarnya maka carilah orang yang berpengalaman dan bijak pandai dalam hal tersebut. Namun, kita tetap perlu banyakkan membaca untuk menambah ilmu, jangan terlalu bergantung dengan cikgu sahaja,

Menjahit walaupun sebenarnya lagi cepat daripada mengait, tetap memerlukan seni dan kesabaran yang tinggi. Semasa nak menjahit ini saya gunakan mesin jahit mini global, jahitannya taklah secantik mesin jahit Singer, tapi masih boleh digunakan terutama untuk orang yang baru berjinak-jinak dalam bidang jahitan. Harga mesin ini saya beli tidaklah sampai RM 100 pun, ada rezeki baru nak beli mesin jahit yang lain. Jangka hayatnya pun taklah lama macam mesin biasa itu, cepat rosak. Mesin jahit ini tak boleh menggunakan benang yang sangat tebal, bagi saya mesin jahit ini hanya mampu melakukan projek-projek mudah sahaja tidaklah mampu menjahit langsir.

http://aslidalias.blogspot.com/2012/05/sy-like.html
Pastinya apabila kita membuat sesuatu untuk anak kita, kita rasa seronok dan bangga apabila dia pakai nampak cantik dan comel. Rasa bersemangat nak buat banyak kali, hu..hu....Jumpa lagi para pembaca, sekian salam sayang daripada saya.

Iklan: 

Pejam celik, pejam celik, syawal sudah masuk hari ke 13, ramai yang membuat rumah terbuka. Jika berminat untuk dapatkan, pes segera nasi arab, mudah siap sekali dengan beras basmathy dan rempah boleh hubungi saya di: 

No. Tel: 019-3229480
pm di FB rasmi saya: dalilayusof







Label:

Rabu, 6 Ogos 2014

Projek jahit baju peasant dress

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahirahmanirahim....

Sudah lama tak berblogging rasanya tak , susah pula nak mulakan. Jadi lepas ini, wajib teruskan blog tanpa ada alasan nanti berat nak mulakan lagi. hu..hu...Hari ini, nak ceritakan serba sedikit projek raya yang saya buat sepanjang bulan ramadhan yang lepas.

Projek raya saya bermula dengan menjahit baju untuk tiga anak dara pingitan saya. Memang rancang  nak buat baju sahaja tak terfikir nak buat seluar atau kain. Anak-anak saya sedang belajar meneroka dunia mereka, melompat, memanjat dan berlari itu adalah satu yang normal bagi mereka. 

Saya memang langsung tak pernah belajar menjahit baju daripada sesiapa pun, hanya bergantung sepenuhnya dengan internet. Saya belajar daripada blog once upon a sewing machine, sudah siap dengan paten hanya tinggal untuk print dan tekap pada kain, dan gunting, sudah siap untuk dijahit. Terdapat pelbagai saiz daripada saiz 1-4 tahun. Sesuai untuk mereka yang baru nak belajar menjahit, terutama surirumah yang tak boleh meninggalkan anak-anak yang masih kecil semata-mata nak belajar menjahit. Ya, di zaman kecanggihan teknologi ini, tiada lagi istilah katak bawah tempurung untuk surirumah. Manfaatkan ilmu yang kita boleh pelajari menggunakan internet tanpa perlu keluar rumah. 

Meskipun, kebanyakan blogger luar negara menulis dalam Bahasa Inggeris, kelebihan bagi surirumah yang memegang ijazah dan diploma untuk memahaminya. Tak sia-sia sebenarnya ilmu yang kita pelajari di universiti, asalkan kita tahu menggunakannya di mana-mana sahaja. Ilmu untuk diamalkan bukan untuk dibanggakan. 

Meskipun, patennya percuma namun anda perlu ubahsuai mengikut saiz anak anda. Bagi saya saya perlu lebarkan sedikit di bahagian ketiak kerana tersangat sempit untuk memasukkan tangan. Selain itu, lebihkan sedikit dalam 1/2 inci daripada ukuran paten, untuk memudahkan anda menjahit kelak. 

Adakala saya seronok menjahit daripada mengait, kerana hasilnya cepat disiapkan berbanding hobi mengait. Namun, kedua-duanya memberikan kepuasan yang tak terhingga buat saya. Sebenarnya, bosan jika kita, surirumah hanya menjaga anak di rumah. Kerja memang tak pernah habis, namun kita tetap mengimpikan mempunyai duit sendiri, berkerjaya seperti wanita lain. Namun, pada masa sama mahu anak terdidik sempurna, jadi pilihlah bekerja dari rumah. Penat memang penat, lebih penat daripada bekerja makan gaji. tapi tiada apa yang dapat menggantikan  kepuasan melihat anak tersenyum riang di depan mata. 

Salam sayang buat pembaca, jumpa lagi ada banyak yang saya ingin kongsikan, banyak jugak projek yang lakukan. 

Iklan sebentar: 

Raya-raya ni jangan minum sangat minuman bergas atau ais, perbanyakkan air kosong. Nanti, sakit pulak musim raya ni, peringatan diri yang asyik minum ais, pantang nampak. hu2.  Pastikan air yang diminum air yang bersih, berminat nak dapatkan mesin penulen air Bio Pure Elken, boleh hubungi Pn. Zainab Awang, 0192621399.

Dapatkan keterangan lebit lanjut dengan dalila elken





.

Label: ,